ex student Sek Keb Raja Perempuan Mazwin, Sek Keb Clifford, Sek Keb Karai, Sek Men Raja Muda Musa, Sek Men Clifford, Sek Men Teknik Pulau Pinang, ITM Arau, UUM , ITTHO , NIIT India
Sunday, December 28, 2008
Cuti-Cuti Malaysia
27-28/12 bercuti ke Pasir Salak Resort bersama keluarga sebelah my wife. Nice Resort and swiming pool utk berendam mcm badak air.
kalau buat Kem Motivasi pon OK. Sebijik rumah RM145/= dua bilik tidur (airond)satu ruang tetamu. Ni rate cuti sekolah kira murah le. Kalau banding Resort Sungai Perak kat kuala..sini ok lagi sebab Kolam Renang dekat.
Plan balik melalui IPOH singgah rumah Opah and Abang di Pengkalan Pegoh.
Aktiviti:
12.00 tgh bertolak dari Kay-Kay..Lewat sejam dari rancangan asal..biasalah bila bawak bebudak...
1.30 ptg Sampai di resort..Bukak juadah makan tengahari.
2.00 ptg Berendam di kolam
4.30 ptg Minum petang mengkala cover balik makan tengahari bagi mengisi kelori-kelori yang terbuang waktu dikolam. Jaga baby pun boleh hilang banyak kelori.
7.00 ptg Majlis sambutan Awal Muharram-kongsi surau dgn group lain bacaan Doa Awal dan Akhir tahun vesi Johor..Kalau kat Perlis ...ehem...tak ikut sunnah..?
lps Isyaq Barbeque kat tepi sungai.
Thursday, December 25, 2008
menarik untuk dibaca
Disebabkan TPSA btahu dlm taklimat Cuti , PPPT berkait dgn pekeliling KPT yg dikeluarkan oleh KSU dan tak terbabit dgn pekeliling KPM. Macammana pulak dengan yang ini...
Ke.mungkin ...ade pekelilling KP pulak nak ikut.
Isu ini dah masuk sampai membincangkan warta dalam Perlembagaan Malaysia -yg menyatakan bahasa penghantar bahasa kebangsaan. Dah masuk perbincangan meja bulat...mcm2 dah..
Kalau dibaca:
hanya UITM dan UIA sahaja yg dibenarkan menggunakan bahasa penghantar BInggeris.
EEmmmm Macam-macam ade...manusia ni..
Wednesday, December 24, 2008
Cuti Rehat
Ada yg kata RUGI? Nak sedap kan hati -Jangan RUGI Akhirat...
Apa-apa pun aku nak sambung balik kampung Cuti..yg tinggal serdak je lagi ni..
Code ayat Pn Roshadah PET yg aku nak tulis:
"Cuti Rehat ni maknanya cuti untuk berehat"
-
Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?
Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H
So..org yg mula2 aku tengok balik kampung dan-dan tu je..ialah Ustaz Ajak.Wooo..very fast no..
++++++++++++
On the way balik kampung singgah di Kulim Hi Tech menziarahi Bapak Saudara yg kena sakit jantung...Lama dah tak gi KULIM ni..sekenang akulah ialah waktu gi Tilawah Al-Quran Zon Wilayah Utara Sekolah Teknik dulu. Waktu aku form 5. Yg aku tak leh lupa ialah bila johan jatuh kat sekolah vokasional Kulim..student2 dia bersorak mengkalakan Johan Akademik Fantasia...Itu dulu..dah..lama dah..waktu aku form 5.
++++++++++++++
Pasal Claim ari tu..setelah di selidik..
1. Pn XX Unit Kewangan btahu Elaun Harian tak leh tuntut jika kemudahan makan disediakan. Yang faham sebelum ni elaun makan je tak leh tuntut.
2. Elaun harian ialah perjalanan atau bekerja melebihi 8 jam tetapi kurang 24 jam. lama dah faham cuma bezanya yg faham sebelum ni Lama masa Perjalan pergi + Lama masa Perjalan Balik (hari berbeza) kalau lebih 8 jam boleh claim harian rupanya tak leh...
Pn XX Unit Kewangan btahu masa pergi (bertolak dari rumah) dan masa sampai (kat hotel) kena lebih 8 jam..
So..kena betulkan balik formula Excel Borang Claim aku
Petikan dari http://nota2u.wordpress.com/
Bertugas Rasmi Di Dalam Negara
- Elaun Makan
- Seseorang yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya (25km jalanraya) bagi tempoh 24 jam atau lebih. Dikira dari waktu bertolak hingga sampai ke rumah. Kadarnya merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
- Tidak boleh dibayar bagi kerja luar melebihi tempoh 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
- Tidak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur. Boleh tuntut bahagian yang tidak disediakan dari kadar elaun makan:-
- 20% jika tiada sarapan pagi;
- 40% jika tiada makan tengah hari; atau
- 40% jika tiada makan malam;
- Tidak layak jika penganjur memberi wang makan. Jika tidak cukup ikut kadar, boleh tuntut bakinya.
- Elaun Harian
- Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabatnya melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam.
- Kadarnya separuh dari kelayakan elaun makan.
- Pn XX btahu tak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur.
+++++++++++++++++++++
Cuti Rehat
- [Terbaru] Perubahan kadar Cuti Rehat tahunan & tawaran opsyen mengenainya.
- Merujuk kepada PP.14/2008 (pegawai perkhidmatan awam), PP.15/2008 (perkhidmatan polis) & PP.16/2008 (perkhidmatan maritim).
- Kelayakan Cuti Rehat lantikan mulai 1/1/2009 mengikut kadar baru & tiada lagi kelayakan Cuti Rehat 30 hari.
- Opsyen diberi kepada pegawai lantikan sebelum 1/1/2009 untuk bersetuju atau kekal.
- Gred 1 - 20 tiada terkesan dengan pekeliling ini.
- Pegawai Penjara (28 hari setahun) & Pegawai Pendidikan sebagai guru tidak terlibat.
- Pekeliling tiada menyebut perubahan kadar GCR.
- Nota taklimat pekeliling oleh JPA.
- Cuti bergaji penuh yang boleh diambil bila-bila sahaja tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan kiraan kelayakan cuti bagi tahun tersebut.
- Jika kelayakan cuti tahunan 30 hari, 6 bulan pertama ia layak mengambil cuti 15 hari sahaja. Jika ia bersara, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan, maka kelayakan cuti bagi tahun itu hendaklah dikira semula dan jika telah terlebih cuti, hendaklah dikembalikan semula emolumen bagi tempoh cuti tersebut.
- Cuti rehat bukan hak seseorang pegawai, ia perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan terlebih dahulu. Pegawai yang meninggalkan tugas tanpa kelulusan cuti terlebih dahulu boleh dianggap tidak hadir bertugas dan tindakan tatatertib boleh diambil.
- Pegawai yang bercuti rehat boleh dipanggil bertugas semula atas sebab kepentingan perkhidmatan awam.
- Kelayakan cuti merujuk kepada PP.20/2005 - Kadar Cuti Rehat Tahunan Pegawai Perkhidmatan Awam sebagaimana berikut:-
- Pengurusan Tertinggi = 30 hari.
- Gred 31- 54 = 30 hari
- Gred 21 - 30 = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
- Gred 1 - 20 = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
- Kelayakan cuti anggota Pasukan Polis merujuk kepada PP.21/2005 - Kadar Cuti Rehat Tahunan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagaimana berikut:-
- Penolong Penguasa Polis & Keatas = 30 hari
- Sub Inspektor - Ketua Inspektor = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
- Konstabel - Sarjan Mejar = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
- Boleh dibawa ke tahun hadapan jika tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidamtan, boleh dikumpul dalam tempoh 2 tahun ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga.
- Boleh dikumpulkan sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tertakluk kepada:-
- separuh dari kelayakan cuti pada tahun tersebut dan tidak melebihi 15 hari;
- jumlah terkumpul tidak lebih 120 hari bagi sepanjang tempoh perkhidmatan (PP.7/2003);
- pegawai yang memilih skim KWSP boleh kumpul GCR (PP.5/2004).
- pegawai lantikan kontrak (contract of service) boleh kumpul GCR (SPP.17/2008) tertakluk:-
- tempoh kontrak tidak kurang setahun; dan
- dibuat tambahan kandungan perjanjian kontrak mengenai GCR bagi kontrak bermula 1/1/2009.
- Pengumpulan luar biasa cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat boleh diluluskan oleh kuasa tertentu bagi tujuan perjalanan ke sebarang laut yang diluluskan tertakluk kepada jumlah cuti yang diperlukan untuk tujuan perjalanan tersebut. Pengumpulan ini bermula pada kelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tidak termasuk cuti yang telah luput.
Menanggung Kerja
- Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas jawatannya sendiri.
- Menanggung kerja bagi 1 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
- Layak dibayar elaun jika tidak meninggalkan tugas bagi:-
- 28 hari berkerja berturut-turut; atau
- 14 hari berkerja berturut-turut jika pernah menanggung jawatan yang sama.
- Hari berturut-turut termasuk:-
- cuti kelepasan am;
- cuti mingguan;
- cuti rehat sebab kecemasan; atau
- cuti sakit terkumpul tidak lebih 5 hari.
- Tidak layak jika meninggalkan tugas 14 hari berturut-turut termasuk kelepasan am dan cuti mingguan.
- Layak dibayar elaun lebih masa setelah ditolak 2 jam 15 minit daripada waktu berkerja pejaabat.
- Kadar Elaun 25% daripada gaji permulaan pada P1T1 jawatan yang ditanggung kerja.
- Sila rujuk PP.17/2007 - Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Friday, December 19, 2008
Hapieeee....Happining..Sukeeee.....ati.....
Atlast Alhamdulillah siap menyemak 43 skrip jawapan pelajar Perbankan Di Malaysia. Tahap Gabenor Bank Negara punya jawapan student. Ade gak yang fail..ramai gak tak score. Walaupun soalan -soalan last sem naik sebijik dan merupakan tugasan diorg jugak + tugasan akhir Pasaran Wang dan Ekuiti...yang keluar, masih ade yg tak leh jawab....Tu kira tuhan dah "blackout"kan minda kot..Mane dak..Tugasan Copy Paste Internet, Print Kawan punya tukar cover je...Ade betulkan...?
Nak marah ade jugak..tapi marah mcm mane student dah balik kampung. Apa2 pun nasib baik ade e-learning..boleh la post kat e-mail diorg...
Nampak sesangat student jarang menghadapi susah bila keje susah sikit dah mengomen salahkan org lain/keadaan. Interview susah sikit dah tak pi..Bukan nya susah apa..susah nak gi KL kalau mak pak tak hantar teman..Aisey..
+++
Cerita bab tugasan..kekadang muak jugak tengok student punya tugasan..Terutama yg melibatkan penulisan. Dah makin senang hidup..seolah2 internet lah sumber rujukan penulisan. Tak de jumpa tajuk yg dicari kat internet, kata..tajuk susah. Zaman dulu..jenuh menjengah library U,ITM, Public Library, Interview org ramai, Pengarah Urusan dsbnya nak dapatkan sumber penulisan. La ni semua just nak duduk depan Internet. Tapi bila tak berkat tugasan tu..itu yg soalan sama jawapan dengan tugasan pun tak leh jawab...Dah..tuhan gelapkan sekejap
Sebab tu dalam Generik aku bagi tugasan suruh cat dinding, buat mlm pra graduan, perjumpaan pelajar JPG, Perasmian Unit Inovasi ..tak leh copy-copy internet la..Tapi larat ke..Ini pun dah buntu nak fikir utk next semester. Shila plan dlm meeting buat Hari Keluarga JPG..he..he...dah ade satu dah..
+++++
Ini gambor waktu Present Kursus MIS,MMedia dan Web Development di NIlai. KJ dia ade tanya PTSS nak bukak ke DEC...?Tengok gaya Boss la nanti..Boss nampaknya lebih suka kat Keusahawanan lagi sebab lepas balik Nilai masuk opis on Monday, ade memo suruh ke Putrajaya bagi MENYAKSIKAN Majlis menandatangani MOU KPT Dgn Kem Usahawan MEDC.
Buka apa-apa sangat..mungkin nak ambik info kalau ade..
Since paper belum marking..aku past kat org lain je lah...Tak larat dah nak buat claim..
Sebut pasal claim..nak compem balik tentang kelayakkan Elaun Harian yg aku claim asik kena pangkah je. Aku Faham lain dari yg org kewangan faham kot.....Menarik ni..sebab sejak kat Sabah aku buat tuntutan, hasil kursus induks. Mcm tulah aku buat..
Adakah AG Sabah mungkin faham lain..AG Perlis faham lain...Nanti cite..nak dapat Info dulu...
+++++
YM bebudak SMD yg aku susun ikut Intake..
Saturday, December 13, 2008
Berpeluang Bercuti
++++++++++++++++
Sok pagi beri taklimat Orientasi DEC. Politeknik Nilai ade 2 org je pensyarah IT. Student sem 2 ade 14 org..Aik..baguih lagi SMD nampaknya. jangan Lupa nanti bukak la integrasi DEC then top up dengan student SMD. Kalau kursus MIS dan Mulitmedia dan WEB Development bleh le 2 org ni coverkan. Aku cerite le balik pengalaman waktu mula2 SMD nak setup kat PTSS dulu. Tugasan-tugasan yang boleh di buat. Duit nak dapat dari mana. Cabaran-cabaran dan bla..bla..bla..
Waktu tu aku tak ambik port sangat bila KJ diorg bincang pasal Cuti Rehat 25 hari. Kalau aku masuk point post aku semalam alamat lari topik pulak nanti.
++++++++++++++++++
Habis Present, check out ziarah gi rumah Pn Rusilah @Pajam - anak-anak aku nak sesangat jumpa Adam (best prend diorg dulu)
Lepas sembahyang gitu gi Nilai 3 beli sarung tilam dan mainan anak-anak (dah janji lama dah ni..)
Then ke rumah Abang Nan kat Sungai Buluh. Bermalam 2 malam sebab sok nye bawak anak-anak jalan-jalan naik LRT dan Monorel
Naik LRT dari PWTC ke Hang Tuah (anak aku boleh tanya apasal boleh sampai Melaka ni..)
Then Monorel dari Hang Tuah ke Bukit Bintang vice versa..(Aku lak tinggal handphone so no gambar2 diambil).Kalau boleh nak tunjuk bersesaknya naik Monorel ni..(Pak Lah tak leh buat apa-apa ke?)
Sampai kat BB.
Tak leh lama kat sana sebab si kecik ni asik nak berjalan je...lepas tu jalan ikut suka dia je nak kemana..Kita nak kekanan dia nak kekiri..Kita nak naik dia nak turun..
Dan tukar power adapter dgn tengok harga GPS dgn makan kat McD The Mall. Tak beli apa-apa pun..
Balik rumah abg nan anak aku sambung main PS2
Harga PS2 kat Low Yatt RM499-note kalau sesapa nak beli.
Nat Book mcm aku punya RM1499
GPS brand China dari RM6++ sehingga RM1+++
++++
Pagi ni shoot balik Perlis. Sok jaga exam pagi..
Friday, December 12, 2008
Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 14 2008 Cuti rehat
Kadar Cuti Rehat
4. Kadar baru kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam (kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/ Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah/ kolej komuniti/ politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas) lantikan tetap adalah seperti di Jadual 1 berikut:
Adakah ini bermaksud 1hb kita tak perlu kerja sebab belum ada pekeliling JPA berkenaan Cuti Rehat PPPT?
Wednesday, December 10, 2008
Selamat Hari Rayee....
Wife aku and the Geng mengambil peluang ni untuk mengadakan majlis reunion ex student Sek Bukit Merchu di Safari Sungai Perak Resort. Dia organize Pertandingan Mewarna yang tak pilih kroni untuk menang..(Maknanya anak sendiri tak menang la tu..).
Tak lama raya di Kampung then kena perderas balik Poli sebab hari Rabu jadi Ketua Pengawas Peperiksaan lagi. Sempat la
a. buat last minute preparation untuk Mesyuarat Orientasi DEC di Allison Hotel Nilai..
b. Beri Polimas En Zaki fail RP
c. Hantar report Mlm Pra Graduan kat Kewangan
d. Cash kan duit OS 42 kat CIMB
e. Tidor....waktu opis..
Petang tu 6.00 ptg shoot balik ke Kay-Kay ade kenduri Khatan anak sedara. Sampai kul 9.15 malam
Khamis pagi sambung journey bertolak ke Nilai...(bersambung)
TO do:
a. Semak Skrip Jawapan Staf (tunda Monday)
b. Marking Paper Perbankang 43 skrip jawapan
Wednesday, December 3, 2008
Minggu Peperiksaan
Balik dari Key L , yg paling tenang bila anak2-anak dah tidor, kalau dak dalam kete mcm tongkang pecah dan huru hara. Tak kira le yg si kecik dgn abang2 nya. Tulah 3 hero aku punya perangai..
++++++++++
The next day jadi Ketua Pengawas Peperiksaan. Dewan aircond mengantok siol...Ini gambar view dari tempat aku terlena...
+++++++++
Markah PB dikemaskini. Ade student complent markah..aku booo layan setengah2 tu yg tak de alasan kukuh. ramai yg tak faham markah pembahagian utk tugasan, kuiz dan Ujian.
Next sem
1. Tugasan hantar kat wakil kelas dgn ditandatangani.
2. E-learning still ON
3. Lambat hantar bagi 0
4. Plan awal tugasan2- since 2 paper ni baru this sem aku ajar. Next sem mungkin mantap / mantop sikit.
5. Buat kahana dlm kelas aku tolak PB
++++++++++++
Still to do:
a. Kemas bilik aku
b. Edit video Pra graduan / Perasmian Unit Inovasi
c. Claim in advance Nilai dan Putrajaya
d. report aktiviti Interaksi Jabatan, Mural. Inovasi Keusahawanan dan Malam Pra Graduaan
Monday, December 1, 2008
Memorandum KPT dan SMIDEC
Semalam bertolak dari Poli Ke KL dari jam 11 pagi. Singgah makan tengahari di Juru sebelum singgah di Kay-Kay utk solat Zohor dan mengziarahi org tua di sana. Dalam kul 5.30ptg gitu, bertolak ke KL. Si Taufiq meragam dalam kereta due to tak puas tidor buai rumah tok firdaus gamaknya. Dalam kul 8.30 mlm sampai di rumah Kak Cik Dah kat Bukit Puteri Rawang.
Taufiq still meragam malam tu and esoknya dah ok but not 100%. The next day, check inn kat Oriental Crystall Hotel Kajang (sebelum tu survey tempat interview).- Actually, hotel ni aku pernah duduk waktu mesyuarat semak semula kurikulum SMD (yg akan ditutup) dengan Mr Paneer. The same Bangla yg keje bukak pintu hotel still working there.
Dalam kul 2ptg gi ke Pusat Konvensyen Antarabangsa PutraJaya utk menengok Majlis Menandatangani Memorandum antara KPT dan Smidec.
Utk pengetahuan;\
Majlis ini tak lebih dari Plan KPT dalam menggalakkan pelajar IPTA utk menyertai bidang Keusahawanan. Plot test yg dulu ialah UKM. Ade la dia tunjuk kan apa yg pelajar2 telah buat selama 3 bulan attach dengan Syarikat2 SME ini.Antaranya:
Redesign Papan Tanda Sykt, redesign Business Card Sykt, Susun balik fail syarikat. (rasa mcm tak de ape la sangat)-tapi ikut Laporan ianya telah meningkatkan revenue sykt terbabit. Buat masa sekarang 5000 org akan dipilih utk menyertainya.
Bagi aku mcm kata pengarah , buatla
1. Program anak angkat dengan Penjaja Pekan Rabu.
2. Jangan bagi budak LI di Pejabat2 yg duduk saje..sekurang2nya ajar mereka to do something utk meningkatkan perkhidmatan ditempat keje. Sebab ramai pelajar aku LI di pejabat kerajaan so, think something utk meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan pun dah cukup dari dok duduk saje..(aku kate..).
(Gambar-Pekene Satey Kajang Hj Shamsuri)
Saturday, November 29, 2008
Tugas Beress.....
Anyway, dah jalan dah business di kios2 di unit ni. Barang tender pun dah sampai, Alamat jenuhla nak buat inventori. Dihari yg sama ade kursus CPCM yg perlu dihadiri. Ni la yang aku buat (gambar) waktu kursus..buat claim perjalanan, isi borang keluar,YM. Ambik pulak Seat Kelas 3 kat belakang sekali..alamatnya..Kursus ni tentang penggunaan MS Office Access dan Excell.Nak sharp balik skill skill lama da...
++++++++++++++++
Petang Jumaat ade meeting Jabatan. Aku mengetengahkan usul "Tugasan dikira sebgai kehadiran" dalam post yg dulu..Malas dah nak ambik port meeting-meeting ni bila PB tak siap lagi. Anyway berjaya gak siapkannya.
++++++++++++++++
Dan lagi hasil-hasil fizikal modul kemahiran generik. Setengah tu hasil yg tak nampak. Mcm Perasmian Inovasi ade la hias Bilik Inkubator Unit tersebut.
Yang tak buat lagi ialah editing video Mlm Pra Graduan dan Perasmian Unit ni. Tak dan nak suruh budak2 suruhan buatkan.
++++
Ooo..satu lagi akaunperbelanjaan Mlm Pra Graduan mcm over spending je...
MARKING PB
Cabaran dalam memasukkan markah PB
1. Nak marking
2. Bila student kata hantar tapi aku kata dak. Nasib baik pakai e-learning. Aku lebih percaya sistem dari kata-kata student ni..Sampai ke sudah aku tak caye...
Contoh;
Statistics
Statistics of user
- Last name : OMAR
- First name : NORHAZWANI
- Email : sweet_aries88@yahoo.com
- Access to course and tools [Close]
Click on the month name for more details
Month | Number of access |
---|---|
August 2008 | 2 |
September 2008 | 2 |
October 2008 | 4 |
November 2008 | 4 |
Total | 12 |
- Results of the exercises done [Close]
Scores of exercises done
Exercises | Worst score | Best score | Average score | Average Time | Attempts | Last attempt |
---|---|---|---|---|---|---|
KUIZ PERTAMA | 36 | 36 | 36 | 59 min. 39 sec. | 1 | 2008-08-22 22:25:09 |
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER | 20 | 20 | 20 | 4 min. 28 sec. | 1 | 2008-10-25 20:43:28 |
- Learning Path [Close]
Progress in learning paths
Learning Path | Progress | |
---|---|---|
Sample learning path | 0% |
- Work uploads [Close]
Work uploaded by the student in the name of 'Authors'
Assignment | Work title | Author(s) | Score | Date |
---|---|---|---|---|
No Result |
- Documents [Close]
Documents downloaded by the student
Document |
---|
/Bank_Negara_Malaysia.url |
/Bank_Pusat.pdf |
/Bank-Bank.url |
/BANKING_SYSTEM_OF_LABUAN.doc |
/Evolusi_Sistem_Kewangan.pdf |
/inflasi.pdf |
/Institusi_Kewangan.doc |
/Monetary_Policy_Statement.doc |
/Rancangan_Pengajaran/RMS_P2112.pdf |
/UNIT1.DOC |
/UNIT2.DOC |
/UNIT3.DOC |
- Forum usage [Close]
- Messages posted : 0
- Topics started : 0
- Last messages
Topic Last messages No Result
Sunday, November 23, 2008
PENANGUHAN DAN PENGGANTIAN KULIAH
Maklumlah semester ni je 4 kali aku keluar meeting / berkursus (tu kira sebulan la tu dari Isnin sampai Jumaat) tapi bukanlah berturut-turut. Tu belum masuk meeting yg dalaman (org pengurusan selalu la buat meeting ni), kekadang ada perjumpaan pelajar dgn HHP dsbnya yang dibuat masa-masa kuliah.(Aleh-ale kena la ganti..Sepatutnya lah...)
Kalau seminggu kuliah koorg 12 jam (ini kira paling minimalah KKursus boleh dapat). Agak-agaknya lah, bila koorg balik mesyuarat, sure ke koorg boleh ganti balik 12 jam tu. (kalau nak ikutkan jam pertemuan student menengok muka lecturer). Ini bukan nak kira pandai-pandai ko laa..nak "BUYUK"/TIPU...tapi ini kira kalau JUJUR la Si Mamat tu...
Ini juga tak kira kalau ada "assist lecturer"- ialah bagi poli yg berlebih lecturer bolehla buat..
Cadangan Penambahbaikkan.
a. Dalam aku dok buat kurikulum baru dia ada menatang namanya RTA- Recommendation Time Allocation. Bagi setiap Bab ade menatang ni. (la ni pun ade RTA)
Contoh:
Bab 1 : Pengenalan kepada Teknologi Maklumat RTA 0 jam(Teori):4 jam(Praktikal)
Kita selalu takrif atau menganggap, 4 jam praktikal itu adalah pertemuan dengan pelajar di mana lecturer kena masuk kelas, jumpa pelajar, ambik attendence, lepas tu merepek 4 jam ..brok..brek....brok..brek..
Kalau takrif ini yg applied pakat...PUNAHLA.. Bila masa koorg nak ganti dengan jadual student yg pack mcm sardin. Kalau buat kelas malam kul 8 pun..kul 12 baru habis..LARAT Ke...So cadangannya : jangan applied penakrifan sebegitu.
b. Content atau Hours : Isi Kuliah atau Jam Kuliah
Boleh takrifkan content dengan hours.
Maknanya content Pengenalan kepada Teknologi Maklumat boleh dihabiskan/dipermudahkan/ dikuliahkan diape-ape jelah dalam 1 jam je why not? Perlu diingat RTA 4 jam tu termasuklah kalau nak buat kuiz, tugasan, latihan bukan kuliah je..
Kan ke kita gi kursus cthnya ...hanya 3 hari. Kalau ambik Jam Kursus 8 pg hingga 5 ptg..tolak minum dan rehat lebih kurang sehari 8 jam kuliah. So 3 hari sama dengan 24 jam kuliah = 6 minggu) sedangkan budak ambik kursus tu sampai 1 semester (= dengan 13 minggu). Tapi Content masih sama .
So cadangannya : Content perlu dihabiskan tetapi bukan mesti mengikut Jam Kuliah.
c. Kalau koorg pernah develop kurikulum baru yg ikut MQA standard. Kita kena buat SLT (Student Learning Time). Dalam menatang ni dia ade allocation utk masa pembelajaran pelajar. - - Kenapa dalam kuliah, waktu kita buat kuiz, kita kira sebagai Jam Kuliah? Ialah sebab kuiz kita buat waktu kuliah.
- Tetapi kenapa waktu kita beri tugasan kat pelajar, kita tak kira sebagai Jam Kuliah? Sebab tugasan, projek kekadang kita suruh balik buat atau hujung semester baru hantar.
Tetapi di dalam SLT , SLT mengira tugasan, kuiz,projek dsbnya sebagai sebahagian dalam Jam Kuliah.
So cadangannya: Tugasan/Projek kita kira sebagai Jam Kuliah
d. E-Learning applied sebagai penggantian kuliah- dulu dah explain
Kesimpulannya:
Proses penanguhan dan pengantian kuliah boleh dibuat dengan:
a. Memasukkan elemen tugasan sebagai sebahagian jam pengantian kuliah
b. Mentakrifkan RTA bukan bermaksud Jam Pertemuan secara fizikal Lecturer bertemu Pelajar
c. Gunakan e-learning
Kita ni bukannya Pilot yang takrif Jam Penerbangan..maknanya 1200 jam penerbangan bermaksud 1200 jam la dia dah bawak kapal terbang selama ni..
p/s tak yah buat prosedur baru tapi buat Surat Pekeliling Edaran je...
Saturday, November 22, 2008
Program Minggu ni
Jadi panel penilai pembentangan Projek Pelajar Semester Akhir Diploma Pengurusan Pelancongan.
Jumaat:
Majlis Makan Malam Pra Graduan JPG di Dewan Besar. Wakil KJP yg tak dapat hadir. Persiapan sejak khamis lagi...Alhamdulillah dah selesai..
Ahad:
Student nk menyiapkan Mural di JPG Aktiviti Kursus Generik
Rabu:8.15 pagi
Perasmian Unit Inovasi dan Keusahawanan . Aktiviti Kursus Generik.
Khamis:9 malam
Perhimpunan Raksasa JPG- Aktiviti Generik sebagai penutup event semester ini.
Wednesday, November 19, 2008
Menerap, bertatih, berjalan, berlari, jatuh tersembam
Dalam kesibukkan minggu 2 akhir semester dengan markah PB ngak masuk lagi dong...Peratusan kehadiran dok kira lagi dong.....Tugasan ngak marking lagi dong...Mula lah nak berkira-kira nak..tut..tut...
Pagi tadi Pengarah yg baru panggil untuk sesi taklimat. Gi jelah dengar Vision dan Halatuju Pengarah yang baru. Sebarkan kat staf JPG melalui YM je..Ok ape..daripada tak tahu menatang ape...Baca blog aku pun ramai yg tahu..apa yg aku fiikir, buat dan tak buat...
Lepas tu masuk kelas. Baru nak start gear 1, org maintenence talipon suruh bukak CC sebab nak sembur Ubat Anai-Anai. Nak ehhh... ingatkan sudah beres semalam. Aku suruh diorg tunggu sampai aku habis kelas...
Last-last habis kelas aku pun lupa..atau buat-buat lupa...
Baru nak start gear 2, Mr Luu..pulak call nak hantar barang kat Unit Inovasi-banyak barang Tender dah sampai. Nampaknya bersungguh - sungguh betul diorg buat business kat kedai Unit Inovasi. Tapi jangan lupa...keje-keje inovasi dan keusahawanan macammana..dah buat ke..Dokumen Perjanjian, Pemasaran. Jangan tang situ je keje kencang..tang lain merungut keje banyak le, tak de kebajikan le, kelas le, banyak tugas sampingan le...
Nasib baik dah start gear 3 tak de kekacauan berlaku..
+++++++++
Cover Kuliah Kemahiran Generik dengan Kursus Kemahiran Penggunaan Matematik pada kul 4-5ptg. Actually lewat start due to NoteBook problem tak leh display pakai projector. Nasib baik aku bawak NET BOOK aku ni.
++++++++
berkira-kira nak bawak family berjalan-jalan ke KL pada 11-14/12/2008. Minggu exam ni...Dah reschedule jadual pengawasan exam dengan Usop. Ini bersempena Kursus Orientasi DEC di Poli Nilai. Nak masuk sem 2 dah student diorg.
++++++++
Malam Pra Graduan-
a. Ambik kunci dewan
b. Semak Tek Ucapan TPSA
Perasmian Unit Inovasi-
a. Tempah PA System
b. Jemput Pengarah
Perjumpaan Pelajar JPG-
a. Reschdule tarikh..takut clash dengan persiapan meja exam.
p/s
a. Ada masalah apa ya ..akhi Ustaz Hasminuddin
b. Saya belum mendapat Ilham
Apa yg aku dah habiskan waktu gi KL
a. Beli bateri komputer Nadzri-refund
b. Beli FM modular Ustaz -refund
c. Beli Beg Galas
d. Beli Beg Tangan kat wife aku
e. Beli Power Adapter salah soket nak kena hantar balik
f. Beli Bluetooth FM Modular
g.Tiket LRT Monorel
h. makan kat Mc D BBintang
i. last sekali beli Ben 10 mainan anak aku..Tah amendenye...
Tuesday, November 18, 2008
Belum buat keputusan
.WHY.
..Kenapa EN Rashdan...
...Hang tak dapat semalam ke..
.....Keje banyak sangat relax la sekejap...
dsbnya..
TQ very much
Tapi nasib baik ade sorang mamat ni tak kene sembur dengan aku..Serbu masuk bilik aku terus cakap..
" Jawatan ketua kursus hang tak de dah le...jadi pensyarah biasa le hang..." belum sempat aku nak balas dia dah tarik balik kenyataan dia..Kalau dak...
Macam kebulor sangat ke nak jadi KKursus ni..macam la dapat elaun , kena bayar balik elaun adele...
ex KJ pun ade talipon, Org kurikulum pun ade telepon. Diorg suruh run kursus DEC (E-Commerce). La ni...aku tunggu pengarah je. Malas nak proposed apa-apa dah..Lantakla..$#$$%@#^&%^- belum habis bengang
+++
Menyelesaikan beberapa perkara regarding of Malam Pra Graduan dengan pelajar. Jadi pemerhati dan pembuat keputusan dasar je. Banyak yg student yg kena decide sendiri. Bagi resposibilities bnyak kat diorg. Perkara-perkara yg dasar dan yg penting je aku campur tangan. Koorg tengoklah malam sabtu nanti. Jadi ke , tak jadi ke, elok ke tak elok ke..itulah Student Activities-Ikut Jiwa Diorg.
Kekadang diorg ni banyak terpengaruh dengan cite TV, Aktiviti JHP, JRV, nak buat mcm JRV nak buat mcm JHP.
Aloo..diorg dah memang ade subjek seni persembahan, ade subjek memasak dan catering, ada subjek video broadcasting, ade subjek Event management. Budget mana dapat? Collect duit gak...waktu daftar dulu....ko org baru collect RM10 pun dah mengeletar..
Angkut sekali anak-anak aku ke Kangar. Wife aku kursus sampai Selasa...
+++
Next sem, Dasar baru kalau masih jadi Penyelaras Aktiviti Jabatan
a. Student sendiri buat kertas kerja
b. Kalau Tak buat, jangan harap aku nak suruh buat atau aku buat.
c. Iklankan jawatan kat student utk sertai aktiviti- so tak de alasan tak dapat sijil.
Monday, November 17, 2008
Penutupan kursus Sijil Pemprosesan Data dan Sijil Teknologi Maklumat di Politeknik
SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2006
i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan ialah pada Gred FT17:T1 P6) atau
- Harap harap En Tajul Ariffin (SPPoli), En Mohd Nazari (SPPoli), En Hikmatullah Hajid ade terbaca pekeliling ini..Sektor Pengurusan Politeknik Dato Imran Ketua Pengarah, Haji Ghaus Pengarah Bahagian Kurikulum
(Saje TAG nama diorg , kot2 boleh keluar dalam Google Search Engine)
ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik (komputer)......
Aku tak heran kalau nak jumudkan program ni kalau SKIM yg disebutkan di atas akan di jumudkan juga. Ini skim yang dah sedia ada oleh JPA , mengapa kita tak mengambil peluang yang ada?
B) Maka tak heran lah nanti seperti mana yang berlaku di Low Yatt la ni bilamana Juruteknik pun ambik warga pekerja asing.(Actually banyak gak iklan Juruteknik Komputer kat Low Yatt)
Setahu aku sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah je ambik warga asing?Terkejut beruk aku ari tu...
Mungkin aku boleh mengambil Iktibar dari peristiwa ni...sambungan yang lalu
Untuk Staf SMD yang ada..aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan koorg. Aku belum lagi nak buat keputusan status koorg walaupun keputusan bayang-bayang tu dah ada. Nak buat kursus baru la ni aku pun tak de mood. Tak kira le org kata "You jangan moody sangat" Setan hasut pulak...Ala...buat pe susah2 pikir..gaji DH cam tu gak...Hmmm...Nantilah aku ambik ketenangan sikit. Mungkin kalau ade hujah yg aku boleh terima maka keputusan aku akan berubah. Kalau ade perkara yg "favour" kat aku..Siap le...
Lepas ni nak post kat group SMD pulak
p/s Lepas ni latih je Juruteknik buat macam ni
a. kumpul komputer,
b. panggil syarikat,
c. bukak sebutharga,
d. hantar kedai,
e. bayar guna LO.
Tak yah assign ramai juruteknik...PAR / PT pun boleh buat
Thursday, November 13, 2008
Decision Making-
Semalam call Alif (Student yg uruskan dinner Pra Graduan). Dimaklumkan dari 150 yg dijangka hadir hanya 75 org sahaja yg nak hadir. Puncanya ? kata:
1. "Tak mahu bayar RM10."- duit yg aku angap sebagai cengkeram kehadiran.Takut2 mcm last2 sem..beri makan free..ramai yg tak datang ..makan membazir.Duit Rakyat ni tau? Duit pembayar culai.
2. "Nak duit saham dalam bentuk tunai."-aku cadangkan dulu gunakan duit ni utk Pra Graduan cenderahati/hiasan./ buat jadikan cenderahati VCD utk Mlm tu
Nasihat:
Sebagai Ketua tak kira ke Ketua Pengarah ke Pengarah ke KJ ke KKursus...Pengarah Program ke..kita diberi jawatan yg lain dari org lain "DH52 ke JUSA ke" ialah antaranya untuk kita "MEMBUAT KEPUTUSAN"
Dalam membuat keputusan kita bukan semestinya akan mendapat populariti,persetujuan 100% dari semua...tetapi apa-apa pun Keputusan mesti dikeluarkan agar orang bawah kita yang hendak melakukan kerja dapat memulakan langkah.
So Aku dah buat beberapa keputusan:
a. Majlis makan malam tetap di Dewan Besar..(Ini ramai tak setuju)
b. Bayaran budget RM6K digunakan untuk makan, hadiah,cenderahati dan hiasan
- so aku bahagikan kepada
Hadiah RM1000
Hiasan RM1000
Makan RM5000 (RM25*200org)
Actually kalau tengok short RM1000- cari duit jabatan kot?
c. Hapuskan bayaran RM10 dan Bayaran saham
"Kalau dulu cenderahati budget RM10 yg diorg bayar, Hiasan RM10 dari saham koperasi atau vice versa"
So kemungkinan cenderahati semua dapat tak de lah...dan hadiah utk permainan pada mlm tu/pelajar cemerlang di kurangkan atau tak de.
Sebab dalam meeting nak macam-macam..
a. Nak hiasan cantik - mcm Jamuan Raya
b. Nak makan sedap
c. Nak cenderahati utk semua
d. Kerusi nak bubuh skirting utk 200 kerusi dan 10 meja - tau ke kena dobi dia sampai RM300
Alllooo..semua tu mcm Pak Abu kata "You nak cantik kenala belanja lebih.."
So itulah KEPUTUSAN..
dan sebagai ketua..kita
a. kena buat keputusan
b. buatlah diikuti dgn doa dan sembahyang sunat istikharah.
c. jgn harapkan semua setuju / ramai setuju sebab ramai setuju tak semestinya betul. Sebab Rasulullah s.a.w yg bawak benda yg benar pun..sikit yg ikut..ramai yg bangkang. Adakah Rasulullah tak betul? Dak kan?
Sebenarnya RM6K bukannya besar sangat kalau nak aktiviti yg grand. Ke..koorg tak nak buat grand. Kalau tak nak kita buat mcm kenduri kawin je..Kalau saya nak buat KEPUTUSAN ..buat mcm kenduri kawin amacam?Bukan kenduri kawin artis..tau
Itu belum lagi nak dengar pot..pet..org yg tak hadir mesyuarat/tak jadi ajk / kaki komen itu dan ini. Sebab banyak meeting yg aku hadir KETUA tak buat keputusan sungguhpun berbincangnya dah sejam.
Takut buat keputusan...tapi itulah Ketua namanya..
org yg
a. tak banyak buat kerja tapi banyak buat keputusan
b. bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan anak buah dan bukannya menjadikan anak buah sebagai kambing hitam utk dipersalahkan. Itu baru boleh kata..jadi ketua TANGGUNGJAWAB NYA BESAR.
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
AnCasa Hotel KL
+++++++
News yg tak beberapa suka ialah bila lihat Kertas Kerja Penutupan kursus SMD yg dibentangkan oleh Unit Pengambilan pelajar.
Nak buat Paper Work mem"bangkang"? Sapa nak bentangkan?So here some tips.
a. Kalau pasal permohonan SMD?
- ikut kertas kerja memang ramai yg memohon, tapi yang layaknya sikit. Adakah salah kursus SMD atau salah kat SPM dia org, atau salah kat syarat kelayakan kita?
Statistik Jul 2008 mohon 246 layak 182 Norm 240.
So...kena kaji kelayakkan kemasukkan ke Poli bukannya tutup pengambilan.
Selama ni pun ada kursus lain yg susah gak nak cukup norma.
Polisas sampai pernah kena buat 2 kelas. Mungkin boleh norma kepada satu kelas. Aku pun ernah nak 1 kelas jadi 2 kelas 3 semester sudah..geng Budak yang balik LI nanti.(tak tahu kot boss aku adjust macammana kot)
b. Setahu aku takda Unit terbabit tanya pandangan KJ/KKursus SMD.
c. kalau pasal gunatenaga..setakat ni banyak kekosongan Juruteknik Komp FT17 sekolah yang belum diisi.(maklumat dari budak2 smd yg baru posting FT17 kat sekolah). Cuma persoalannya Kurikulum Program ni kena la revise, alatan kena la update bagi menjadikan mereka kompetatif di pasaran. Kedai2 PC berlambak2 di luar sana. ??nya how good our student, tu yg kena revise kurikulum, banyakkan beri trouble shooting Komputer/KKomuniti pun revise dah..dapat MQA lagi..SITnya
d. Sambung belajar dlm IT di Perdagangan? Habis apa gunanya kita buat Diploma E-Commerce? Itulah way diorg..
e. Satu lagi, aku pernah buat paper work bagi menukar nama SMD yg keliru (aku rasa JPA tak keliru-sebab Pekeliling Dia org ade menjelaskan pasal FT17 Prosesan Data). Yg kelirunya kita..Mungkin dgn nama baru boleh burst kat permohonan? Ade sebut ka dlm meeting terbabit.
So skop penulis Kertas Kerja ni melihat Asas Pertimbangan dari sudut Unit pengambilan bukan dari sudut Bhg Kurikulum. So org Kurikulum yg hadir?Tahu ke tak tahu a sampai e tu?
Sambung meeting.......................
++++++++++++++++++++
Aware of
Looks Stupid, be stupid
Friday, November 7, 2008
Laporan Seminggu
Khamis 6 Nov
2.30 ptg
Bertempat di Makmal CAD 1 PTSS diadakan Taklimat Penggunaan E-Sis. Diberitakan oleh TPSA bahawa PTSS menduduki antara rangking yg rendah dari segi maklumat data dalam E-SIS (tak update la tu kot). Taklimat telah diberi oleh En Syahrain (yg muka dah berkelat dalam minggu ni cakap benda yg sama selama 3 hari brturut2)-Ialah taklimat dibuat berperingkat2. Walaupun peserta menghadapi cabaran kelembapan internet tahap cipan namun kesabaran menunggu amat-amat di hargai.
Telah diadakan majlis bacaan yasin dan sembahyang hajat bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester. Jika minggu sudah dibuat bagi JPG, minggu ini bagi JKM dan JKE. Kehadiran pelajar memberangsangkan sebab habis kuih muih yg dibekalkan, namun kehadiran pensyarah / pengurusan tinggi PTSS amat mengecewakan pelajar (kata seorang pelajar yg mengelolakan acara).
Berlangsung mesyuarat Malam Pra Graduan JPG bil 2. Mesyuarat yg dihadari AJK yg dilantik dan wakil-wakil kelas berlangsung dalam membincangkan perancangan mlm terbabit. Ianya dipengerusikan oleh aku sendiri dengan peruntukkan RM6K rasanya tak da masalah kewangan cuma kalau nak ada masalah AJK je..kot2 tak perform.
8-11 pagi
Masuk kelas Banking dan Generik. Awal2 pagi terima call mesyuarat di
TPSA memaklumkan usaha2 sedang dilakukan dlm menyelesaikan masalah Elaun Tanggung Keje DH44 yg memasuki ulangtahun pertamanya September yg lalu. Beliau juga memaklumkan penghentian pengambilan pelajar SMD ..sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya org atas buat keputusan tu. Yg dengar kata graduan IT dah banyak lahir…Tah la samada technichen computer banyak kosong ke dak kat agensi sekarang ni.
Tukar Unit jadi Jabatan = DH44 boleh jadi DH48
Tukar Bahagian jadi Sektor = Jusa C boleh jadi Jusa A
Tukar Dip jadi Adv Dip = DH52 jadi Jusa C
DH41 nak jadi DH44
Lulus Induksi boleh naik pangkat
Lulus PTK+ Induksi baru boleh naik pangkat
Lepas tu lulus PTK + Induksi + CPCM baru boleh naik pangkat
Lepas tu Lulus PTK + Induksi + CPCM+ PAK baru boleh naik pangkat
Lepas ni mungkin Lulus PTK DH (yg baru) + CPCM + PAK +CPCPOT+CPCP + English Enhancement ....then .. baru ………Sabor je lah….
1.06ptg
Solah Jumaat---Bertugasnya Bilal bin Rabah. Melaporkan kehadiran lewat jemaah-jemaah yg tinggal jauh berbatu-batu dari masjid sehingga terpaksa masuk masbuk. Tajuk khutbah: Pembalasan di Padang Mahsyar oleh Ust Hasminuddin
Mesyuarat Jabatan
Dilaporkan perkara-perkara yg berlaku dan akan berlaku. Memaklumkan kpd pensyarah berkenaan majlis Malam Pra Graduan.
Ade tapau Bihun..sedap…
Ade dinner DPM 6 kat Jitra Golf Resort. Bayor sorang RM30/= so..nak makan banyak2..
Wartawan:
Rush done
Melaporkan dari PIslam PTSS
Monday, November 3, 2008
New weekkkkssss......
Sabtu - Handling Alatan PA and Video utk Kursus Kesedaran Keusahawanan anjuran Unit Inovasi dan Keusahawanan. Jadi MC bidan terjun.
DK 1 nampaknya mcm tak pernah bersapu..penuh taik cicak..Nak btahu sapa ni?
Disamping tu ambik masa ajar Editing Video guna Edius kat Staf JKM utk Perhimpunan Jabatan ari Rabu ni. Kalau jadi Rabu ni ade la tayangan dia.
Isnin -
Meeting Post Mortem Konvo batal..Dah aku menapak naik tangga tingkat 4 baru btahu CANCEL. Kelas pun aku dah tunda.Bengong betol rasanya....nak marah pun ada...siol...
Report pasal Lampu PIslam yg dah terbakau. Kalau dewan besar kalau ade event..lampu sebutir terbakau pun dan-dan tu ganti. Ni dah sampai 4 biji terbakau..ni...
CC Lelaki kembali beroperasi. beri short course kat pekerja baru. Mlm tadi kurang sambutan macam biasalah...
LILI @Poli Nilai call pasal 12/12 nak buat meeting pasal e-commerce. Musim exam ni rasanya...Booking aku siap-siap diorg ni. Rasa bebenor diri ni penting chewah....kembang nye idung....
Malam meeting dgn student pasal Malam Pra Graduan pulak. Aku rasa ni event penutup aku nak handle sem ni. Sem depan cari org lain pulak la...Khamis ni meeting kali ke dua. Cadang nak buat on 21/11 kat dewan besar. Peruntukan OS42 yg telah diluluskan TPSA
Terpaksa buka balik soalan di web e-learning aku..Ade lagi student belum menjawab?Terjumpa web Poli Kota Melaka yg buat e-learning sama mcm aku. Baguih le..boleh apply ke dak kat sana?Kena tanya pegawai Multimedia diorg..
Thursday, October 30, 2008
PTK VS AJK
Dengar desas desus tahun depan PTK utk DH (yg perabut tak de ni) akan buat 11 soalan esei jawab 4...begitu ke citenya. Sapa boleh beri komen?
+++++++++++++
Tak habis2 -habis dengan jadi AJK sesaje...
Pesta Konvo jadi AJK Aktiviti; baru bontot nak ambik port adalak Jamuan Hari Raya jadi lak AJK Teknikal dan Video baru nak bukak FRP ada Kursus Keusahawanan jadi lak AJK Alatan (Projector dan Video),baru nak tengok result PTK ada Kursus Perkahwinan JPA, jadi pulak AJK Alatan dan Siaraya. Haa..kau...nak suruh aku jadi AJK apa lak lepas ni...GET OUT and GET LOooSE........!!!!! #$&*#@!!%$#
++++++++++++++++
InsyaAllah...minggu depan sebagai ALP Koperasi yg memegang port folio CC, CC Lelaki kembali beroperasi . Semenjak ditutup dari 7/8/2008 disebabkan tiada pekerja , Baru minggu sudah student DHK call nak keje (setelah puas aku menunggu) sementara di CC. Student JTM pun ada call tapi dia LI sem depan..So aku tak ambik dia. Jadi ptg tadi aku sibuk la mencuci balik dan update apa2 yg patut kat CC. (burung mati pun ada da...).Nak harap org lain? Eeemmm...Harammm...cakap dlm meeting je bergegar..
Anyway tq kat semua bekas-bekas pekerja CC yang tak salah aku dah dekat 6 org.
Gamak-gamak nye lah...ade ke org nak pertimbangkan kenaikan gaji /pangkat kalau keje mcm ni?
p/s Minggu Depan ari satu kena masuk mesyuarat Post Mortem Konvo pulak....mau dekat 4-5 jam jugak meeting ni..Ade karipap?..bihun ke?..mee ke???
Tuesday, October 28, 2008
Jamuan Hari Raya PTSS
Saturday, October 25, 2008
Thursday, October 23, 2008
TRIP WAY HOME
Member collect kat KK hantar ke SPetani
Ambik ADR kat SPetani
Singah kat Radix FC makan tengahari.
Meng "Celcom Broadband" kat situ .Lepas tu baru perderas balik Poli.
Sempat mengziarah Abg Ayob di Manjong...yg pesat membangun bukan mcm Arau..
+++++++++
Change the name of
p2113 Tek Maklumat Perniagaan kepada P2113 Information System For Business. Masukkan penggunaan Aplikasi Point Of Sales dan beri perisian ACE POS kat staff poli PSAS. Lupa langsung nama diorg sebab aku tak dan meng "TAARUF"
sEKIAN LAPURAN DARI RADIX fRIED CHICKEN- GAMBAR AKAN DISERTAKAN KEMUDIAN