Tuesday, March 24, 2009

Bengkel Pindaan Dokmen Kualiti



ini satu lai perkara yg aku kembali TERJEBAK.
Dah dekat 5 tahun meninggalkan hal-hal dokumen kualiti. Banyak dah know how yg dah format...ada saki baki pun jadilah nak refresh balik.
Ada ayat-ayat 1998 yg masih ujud, perkara2 1998 yg dibincang balik. Bab sejarah ISO ni semenjak zaman Puan Zaidah Harun, Th Haji Ibrahim, Ir Pn Aisyah berulang kembali tapi dalam keadaaan , suasana lebih tenang berbanding dulu..Mana tak..dulu nak selaras ...semua Poli..la ni nak buat sendiri2, dulu mana de Internet nak surf sambil buat keje..EEE..yahhh.

Balik ni nak mintak endorse KJ supaya penggantian kuliah aku kat e-learning sahaja..sign kat catatan FRP.

Friday, March 20, 2009

Ronda-ronda dalam Kamsis

Pagi tadi gi Radix Alor Star. Tah apa kemaruk pi makan lagi kat Radix Fried Chicken selepas mengambil Road Tax Kereta aku. Terima Call dari KJ mintak ke Mesyuarat Kualiti di Pulau Pinang ari Isnin Jalan...Aisey lagi tertangguh P&P aku minggu depan. Spoil jugak bila nak observer bebudak LI minggu depan terpaksa di tangguh sebab ada org tak buat keje sampai abis...Bengang pun ada...Aku sejak dua mejak ni bukannya suka ber"outstation" ni, aku tak nafikan staf baru, muda, anak tak de sekolah memang suka sangat kalau outstation..Tunggulah masa nya nanti bila dah beranak pinak. Mungkin bila dah tua bangka sok baru suka balik..

+++++++
Jumaat kira ngam-ngam je jemaah nak cukup 40 org. Ustaz pun slow motion je baca khutbah bagi nak cukup Umat. susah sikit nak jumpa staf sokongan dan cleaner ...Kat mana gamaknya mereka solat Jumaat?

Sebelah petang gi Bank in duit Koperasi. Zul SMS suruh tengok org pasang mesin Bio Water kat kamsis.
Waktu ronda2 aku bagi Gred A kat blok B4
- blok yg bernasib baik sebab CC kat situ, Bilik rekrasi tempat aku pasang Bio Water pun Ok. TV pun OK channel clear..Ko org jaga elok2 no. Mesin air pun OK.

Tang blok lelaki (Blok A) nak pengsan dan muntah bila masuk. Tikar getah baru pun dah koyak rabak, Tilam dan kerusi biru bersepah..merata tempat.Aikk..karpet Pusat Islam pun ada..????Musykil ni..
Macammana la bebudak ni boleh hidup..Tak boleh buat Laki diorg ni..Fail..Cancel..

Thursday, March 19, 2009

Balik Kampung..Daulat Tuanku

Daulat Tuanku...patik pulang mengadap duli tuanku...Mohon perkenan tuanku untuk membubarkan DUN bagi patik memilih memanda menteri mewakili rakyat tuanku. Ampun Tuanku...







Jalan Turap baru....@ Changkat Jering..bukan Tangkai Jering..Adakah ini projek Mee Segera??Bukan...dah lama dah cadangan nak turap ni...he..he..



Kempen - Kempen dan jalan-jalan Zooommm Taiping...Tengok ade gak Projek "mee segera". Sementara tu hantar Mak periksa mata di Taiping

Tengok Muzium Taiping..Free dan under renovation..

Ada mcm YB Taufiq...

Anak aku suka tengok binatang yg dah diawet keras..especially Kerbau dan Kucing Hutan



Balik Perlis as usual singgah di SP. Biasalah pekena Radix Fried Chicken.

Saturday, March 14, 2009

Cuti sekolah datang kembali..

La ni dah kul 1 pg, Tah apasal mata takleh nak lelap lagi. Mungkin penangan kopi Radik yg aku minum petang tadi kot. Tapi selaunya , tak delah effect mcm ni . Sedang dok surf internet aku terjumpa balik Laman web lama Politeknik Kota Kinabalu..wa boleh baca balik prestasi Koperasi PKK Berhad. Masih ingat lagi waktu tu PKK beroperasi di rumah kedai, so koperasi tak de pun kedai. ..tapi boleh untung gile punya banyak. Tak tahu la apa khabor nye koperasi ni sekarang.
++++++++++++++
Aku ambik cuti seminggu (5 hari) sempena cuti sekolah..Surenya balik kampung berkempen..
Nak jalan ke mana yehh..Ialah..untuk anak-anak melihat dunia. Jom Zooommmm Malaysia bagi meningkatkan "permintaan domestik" ( dalam Pakej Ransangan Ekonomi).

Thursday, March 5, 2009

Maa....ja...a....

Awalan Kitab Badrul Mazi yg Ustaz Shamsuri selalu baca.
Aku masukkan dalam FM Modular pada kereta aku. Banyak ceramah beliau yg didownload dari laman web + Ustaz-Ustaz yang lain. On the way nak gi antar anak sekolah, antar anak KAFA, antar anak tuisyen..Ceramah ini berkumandang dalam kete aku. Tapi selalunya tak dan habis dah sampai ke opis atau rumah. FM modular ni kalau mula balik dia start dari awal balik..dan tak de boleh forward.

Semalam lepas mengendalikan bacaan Yasin dan Tazkirah di Pusat Islam..diadakan meeting Jawatankuasa Konvo PTSS bersama JPP.Buat kat Pusat Islam (dah jadi boss Pusat Islam..tu la port senang bebudak nak jumpa). Disini aku letakkan beberapa syarat dan undang-undang.
Tarian Kebudayaan...Cancel. Kalau Zapin Johor Lelaki OK.
Futsal Perempuan..Cancel
Band JRV - syaratnya lagu-lagu ketuhanan, puisi,,Kalau lagu-lagu tangkap lentok, cintan-cintan.....Cancel
Penyanyi - Duet cannot.Gelek-gelek cannot...
Rabu depan meeting ke 3, pasal Budget dan Paperwork nak kena siap. ASAP

CC lama tak jengok. Maher pun tak ambik gaji. 2 PC repair masih terperap dalam kete aku. Berapa kali dah terhentak langgar bumper dan lubang..Tah-Tah dah sewel.

Subuh..ramai jemaah dari Poli lain datang. (yg terlibat dgn sukan takraw). Aku respect kat PKB yg berderu-deru mai subuh. Malu la kat bebudak PTSS yang masih berselimut..

Waktu keje..Pagi buat Borang Pinjaman Alatan Pusat Islam, Buat soalan Kuiz On Line and as usuall dalam kul 10 aku akan ke Pusat Islam tengok apa-apa yang patut sebelum Jumaat. Ada PDA pun dia tak buzz pasal nak observation Azrul Nizah..Dah balik opis kul 11 baru terperasan. MMmm...

Lepas Jumaat antar Solehin Tuisyen dan lepas tu buat takzirah dan perjumpaan dengan pekerja koperasi lak. Tak pernah buat pun sebelum ni..Ni yg First and hopefully won't be last.

Esok pagi antar anak Tuisyen lepas tu kena wakil Pengarah ke Perasmian Seminar Pengimarahan Masjid "Siapakah Ahlu Al Sunnah Wa Al Jamaah kat Masjid Tuanku Syed Putra Kangar. Nasib baik bebudak mutimedia PTSS ada kat sana boleh la layan...
"Laporan: Majlis menjemput Tuanku Raja Muda Perlis, yang aku nampak simple je event dan persiapan. jauh berbeza kalau PTSS anjur event. Kalau Pusat Islam nak anjur pun boleh je. Aku sempat jadi jurufoto waktu keberangkatan YM Raja. Exco pun berdiri je menunggu, Penasihat Agama pun gitu gak adelah dekat 1/2 jam terpacak. Tuanku raja bersila je, Rostrum ambik JKR punya. Karpet merah sekerat je. Tu pun lagi 15 minit Raja Muda nak mai baru pasang.
Tak mana warna kuningnya sangat even stage pun biru. Backdrop mcm banner gantung tepi jalan (Kat masjid negeri).Teks Ucapan Penganjur pun tak address keizinan untuk memberi ucapan. Cuma teks ucapan Exco Agama je yg ok. Itulah kekadang kite2 je yg beria-ria sesangat."
::
Nakje rasanya ambik cuti rehat....