Thursday, March 5, 2009

Maa....ja...a....

Awalan Kitab Badrul Mazi yg Ustaz Shamsuri selalu baca.
Aku masukkan dalam FM Modular pada kereta aku. Banyak ceramah beliau yg didownload dari laman web + Ustaz-Ustaz yang lain. On the way nak gi antar anak sekolah, antar anak KAFA, antar anak tuisyen..Ceramah ini berkumandang dalam kete aku. Tapi selalunya tak dan habis dah sampai ke opis atau rumah. FM modular ni kalau mula balik dia start dari awal balik..dan tak de boleh forward.

Semalam lepas mengendalikan bacaan Yasin dan Tazkirah di Pusat Islam..diadakan meeting Jawatankuasa Konvo PTSS bersama JPP.Buat kat Pusat Islam (dah jadi boss Pusat Islam..tu la port senang bebudak nak jumpa). Disini aku letakkan beberapa syarat dan undang-undang.
Tarian Kebudayaan...Cancel. Kalau Zapin Johor Lelaki OK.
Futsal Perempuan..Cancel
Band JRV - syaratnya lagu-lagu ketuhanan, puisi,,Kalau lagu-lagu tangkap lentok, cintan-cintan.....Cancel
Penyanyi - Duet cannot.Gelek-gelek cannot...
Rabu depan meeting ke 3, pasal Budget dan Paperwork nak kena siap. ASAP

CC lama tak jengok. Maher pun tak ambik gaji. 2 PC repair masih terperap dalam kete aku. Berapa kali dah terhentak langgar bumper dan lubang..Tah-Tah dah sewel.

Subuh..ramai jemaah dari Poli lain datang. (yg terlibat dgn sukan takraw). Aku respect kat PKB yg berderu-deru mai subuh. Malu la kat bebudak PTSS yang masih berselimut..

Waktu keje..Pagi buat Borang Pinjaman Alatan Pusat Islam, Buat soalan Kuiz On Line and as usuall dalam kul 10 aku akan ke Pusat Islam tengok apa-apa yang patut sebelum Jumaat. Ada PDA pun dia tak buzz pasal nak observation Azrul Nizah..Dah balik opis kul 11 baru terperasan. MMmm...

Lepas Jumaat antar Solehin Tuisyen dan lepas tu buat takzirah dan perjumpaan dengan pekerja koperasi lak. Tak pernah buat pun sebelum ni..Ni yg First and hopefully won't be last.

Esok pagi antar anak Tuisyen lepas tu kena wakil Pengarah ke Perasmian Seminar Pengimarahan Masjid "Siapakah Ahlu Al Sunnah Wa Al Jamaah kat Masjid Tuanku Syed Putra Kangar. Nasib baik bebudak mutimedia PTSS ada kat sana boleh la layan...
"Laporan: Majlis menjemput Tuanku Raja Muda Perlis, yang aku nampak simple je event dan persiapan. jauh berbeza kalau PTSS anjur event. Kalau Pusat Islam nak anjur pun boleh je. Aku sempat jadi jurufoto waktu keberangkatan YM Raja. Exco pun berdiri je menunggu, Penasihat Agama pun gitu gak adelah dekat 1/2 jam terpacak. Tuanku raja bersila je, Rostrum ambik JKR punya. Karpet merah sekerat je. Tu pun lagi 15 minit Raja Muda nak mai baru pasang.
Tak mana warna kuningnya sangat even stage pun biru. Backdrop mcm banner gantung tepi jalan (Kat masjid negeri).Teks Ucapan Penganjur pun tak address keizinan untuk memberi ucapan. Cuma teks ucapan Exco Agama je yg ok. Itulah kekadang kite2 je yg beria-ria sesangat."
::
Nakje rasanya ambik cuti rehat....

No comments: