Friday, March 20, 2009

Ronda-ronda dalam Kamsis

Pagi tadi gi Radix Alor Star. Tah apa kemaruk pi makan lagi kat Radix Fried Chicken selepas mengambil Road Tax Kereta aku. Terima Call dari KJ mintak ke Mesyuarat Kualiti di Pulau Pinang ari Isnin Jalan...Aisey lagi tertangguh P&P aku minggu depan. Spoil jugak bila nak observer bebudak LI minggu depan terpaksa di tangguh sebab ada org tak buat keje sampai abis...Bengang pun ada...Aku sejak dua mejak ni bukannya suka ber"outstation" ni, aku tak nafikan staf baru, muda, anak tak de sekolah memang suka sangat kalau outstation..Tunggulah masa nya nanti bila dah beranak pinak. Mungkin bila dah tua bangka sok baru suka balik..

+++++++
Jumaat kira ngam-ngam je jemaah nak cukup 40 org. Ustaz pun slow motion je baca khutbah bagi nak cukup Umat. susah sikit nak jumpa staf sokongan dan cleaner ...Kat mana gamaknya mereka solat Jumaat?

Sebelah petang gi Bank in duit Koperasi. Zul SMS suruh tengok org pasang mesin Bio Water kat kamsis.
Waktu ronda2 aku bagi Gred A kat blok B4
- blok yg bernasib baik sebab CC kat situ, Bilik rekrasi tempat aku pasang Bio Water pun Ok. TV pun OK channel clear..Ko org jaga elok2 no. Mesin air pun OK.

Tang blok lelaki (Blok A) nak pengsan dan muntah bila masuk. Tikar getah baru pun dah koyak rabak, Tilam dan kerusi biru bersepah..merata tempat.Aikk..karpet Pusat Islam pun ada..????Musykil ni..
Macammana la bebudak ni boleh hidup..Tak boleh buat Laki diorg ni..Fail..Cancel..

No comments: