Wednesday, September 24, 2008

Jadi Baby Sitter+MC ari ke4

GI Pusat Kesihatan extend MC lagi. Apa tah nak buat..ari ni kena jadi baby sitter sekali. Nak pi opis kesihatan ok la tapi muka dan badan-lebih senang tak berbaju. Org kata lepas ni dia boleh berjangkit, kang gi opis ade member2 kena jangkit nak raya2 ni..tak pasal...

Apa2 beberapa perkara opis boleh diselesaikan kalau on line wpun kat rumah. Yang tak leh buat, kelas di alam maya je. Lokasi aku ni boleh la sebab infrastruktur ada. Lokasi student?Apa pun tak de..

Penyelaras Aktiviti JPG-
yang aku paham la bila org lantik {KJ} memegang jawatan ini (dulu pernah dah tulis), maka bidang tugasnya antaranya menyelaraskan aktiviti jabatan:
Aktiviti go through penyelaras. So aktiviti aku kategori kepada 3:
a. Aktiviti Kelab Jabatan- Interaksi Jab, Motivasi Usahawan,Mural JPG, Dinner Pra Graduan
b. Aktiviti Politeknik-Sukan PTSS (mintak nama team je..), Pesta Konvo-semua kelas.
c. Aktiviti Kelas/Program- DSK4A(Berbuka Puasa Anak2 Yatim), DSK4B(Jamuan Hari Raya-dengar kate kena buat utk PTSS),SPP4-Hiasan Unit Inovasi,
Tah mana satu aktiviti yg sama dengan takwim tah?..


Ada 1 aktiviti lepas tanpa pengetahuan penyelaras tapi dah lulus Pengarah dan KJ. Aku tak kisah sebab dia tak pakai duit tabung pun.
Yang aku kisah bila dia buat waktu P&P kuliah. nanti jadi masalah Pensyarah nak kena ganti kelas dan tak di" info"kan. Masuk kelas, buta-buta je..student dah gi berjalan ke KL.
So,
a.aku cadangkan dapatkan surat pelepasan pensyarah terlibat.
dah dapat baru la ON-nak gi bila2 pun boleh...
Supaya nanti tak de yg membebel...Mungkin student tak faham dan berkata

"Pengarah dan lulus kenapa Pensyarah nak tahan-tahan pulak."
Pengarah lulus dengan andaian tak de masalah sebelum/semasa dan selepas aktiviti berlaku nanti. Kalau ada masalah mungkin dia pun akan "pending" paper work tu.
Ambik cth: hujan lebat dgn petir waktu aktiviti yg "Pengarah dan Lulus"Sebelum ni. Semasa aktiviti Ujan Lebat + Kilat, Pak guard (yg mungkin org kata tak de kena mengena dgn Papaer work diorg) suruh batal "So..nak batal ke dak?." Atau nak call Pengarah dulu mintak pandangan?

Jgn lupa, dulu ade budak buat keje gila main bola (aktiviti ni) tengah2 kilat....bukan semua student sama...yg letak otak kat kepala lutut pun ada.

Sebab pelaksana je yg tahu hiruk pikuk /patah seliuh dlm pelaksanaan aktivtiti. Kalau Boss jawab, saya dulu pun dah biasa buat keje ni
bla..bla..bla...Jawab je dalam ati..."Dah lama dah tu zaman dia...."Didik lah anak kamu mengikut zamannya.."(Hadith ke?..lupa lak..)

Same isu bila buat Perarakan Tanglung, sapa pun tak bantah.

Tapi kalau di Banner buat "Malam Cahaya Ramadhan"
acaranya
1. Nasyid
2. Bazar Ramadhan
3. Perarakan tanglung
kan ke pelik jadinya. Buat acara Panjut Tujuh Likur pun sebenarnya tak sesuai.

Kalau wording "Malam Cahaya September " ke ok la sikit..
Jawapan pelajar kat web "Pengarah dan lulus kenapa..................nak tahan pulak"
Nak kena beri faham bebudak2 ni..Agama dan Adat, dgn berlainan Agama , dgn perkara agama,perkara adat.

Ptg tak sat Meeting Aktiviti Konvo. Dah turunkan Info2 yg patut kat Nizah. Sat gi bini balik bentang report . Mlm ni meeting ngan student Aliff akan report balik Khamis. Sok buat paper work , Jumaat Jumpa En Malek discuss baget lagi.

Syokkk nya cuti.....
Tak Syoknya kuliah ganti....yang susah nak cari ..

++++++++++++++++++++++

Tuesday, September 23, 2008

Kronologi Champak

Pinjam gambar anak aku..lebih kurang le...(Gambar)

Ari Selasa:
Badan mula naik bintik kat belakang. Masa tu tak rasa apa-apa lagi. Tapi dah sound kat wife mcm nak kena champak je ni..

Ari Khamis:
Pagi badan dah mula sejuk2 nak demam. Gi opis buat keje mcm biasa. Bintik kat belakang badan mula bertambah.

Ari Jumaat:
Pagi sahur telan 2 biji panadol. Masuk kelas pagi dah berpeluh. Tindakbalas ubat sampai tengahari je..lepas tu jelepek..

Ari Sabtu:(Ustaz Safuan ziarah)
Bintik dah bertambah depan dan belakang.Kaki belum lagi... Habis seksi (gambar)

Telan panadol sebab badan dah temp. kepala dah pening. Tidor tak bukak kipas dalam selimut pun menggigil. (Teruk oo...kalau dah tua2 baru kena champak). Ade yg masuk hospital, Sakit sendi, Ulser mulut /perut dsbnya. Posa pun sekerat je lah..I need water..I neeeddddd waterrrrr...

Ari Ahad:(Terima sms uchap selamat dari Us Hasminuddin)
Suluh dalam tekak..pakai penlight tools kelas pengkomputeran. La nehhh dalam tekak pun ada bintik. Makan tak lalu. Pening..pening..telan lagi panadol 2 biji. (org kata kalau champak jgn maka ubat paracetamol-nanti champak tak keluar..tapi kalau dah 360 degree pening kepala..aku telan jugak..). Mandi air semambu bekas anak aku punya...

Ari Isnin :(terima sms En Nadzri Che Kamis). YM uchap selamat dari kekawan..
Tekak ok sikit. Pening kurang sikit. Gi Pusat Kesihatan Arau. Tak de doktor U41 pun ,cuma U29 (pembantu perubatan ke?) yg check, dapat cuti 2 ari.(malas nak komen..lagi..) Tido..tidor..

Ari Selasa:
Ok Sikit. Posa balik. Tapi muka, badan, kaki mashyaAllah...mcm jin. Kalau aku mai Subuh2 ni mesti ada yg lari...wpun percaya bulan posa jin dan syaitan kena ikat. Tak pun org ingat malam Lailatuqadar...Jibrail turun..ha..ha..
Makan pedas sikit rasa pedas kat lelangit ...ooo..susah nak rede..minum air pun tak leh lege. Last2 sapu kurma kat lelangit, bacele apa2 yg patut..

Ari Rabu:
Ambik chuti lagi sampai habis...

p/s :
Bila nak boleh berjemaah ni?

Sebarang E-mail dan YM masih dilayan ....

Friday, September 19, 2008

10 terakhir Ramadhan

DAh masuk 10 hari terakhir ramadhan. Nak dijadikan ujian Allaw s.w.t, ditakdirkan aku pulak jatuh demam. Rasa sejuk2 dah waktu jumpa TPSA (En Malek), duduk bilik aircond dia dah rasa sintom2 nak demam. Tapi sempat jugalah bicang pasal baget konvo (bayar dari wang yuran pelajar dan hasil sewaan PTSS). Cuma tunggu wednesday nak tengok student punya aktiviti kena hantar. La ni namppakada isyarat 2/3 yg melompat parti aktiviti.



Penyebab?
a. Mungkin jangkitan virus
b. Manjat bumbung masjid tengah2 panas-tengok speaker masjid
c. Ujian Allah

Audit-sempat hantar FRP last2 minutes. Since conpius pasal AMALI / Tutorial? . Definasi Amali kat dokumen kualiti "Kerja2 praktikal yg dilakukan di Bengkel,Makmal" tak de mention bilik kuliah.Confiuse...........Dapat ketakakuran kot..

p/s melimpah air tangki masjid. (lama dah...)Gayat oo...nak panjat atas tu..






Isnin ni nak sambung cuti ke dak...?Atau pindah pejabat kat rumah. Wife aku ambik cuti Khamis ,Jumaat..cuti gantian.

Wednesday, September 17, 2008

Min Ramadhan Bhg 2

Lepas si abang , si adik pulak kena demam champak. Nak ambik cuti minggu ni minggu Audit Kualiti, sat gi org kata aku nak lari audit pulak. Kelas ganti meeting ari tu pun tak habis lagi...Pagi Selasa, Auditor Dalaman(kekawan jugak) mai nak audit PK-PS10. Mengaudit aku sebgai Penyelaras Pembangunan dan Penyelenggaraan Jabatan. Tak de mende nye...

Lepas tu , TPA pulak nak laporan aktiviti sepanjang tahun ni sehingga sekarang. (dia nak kena audit le tu..). Baru je ari tu aku tulis kat blog. Last year 2 je aktiviti yg pakai os42(Duit ABM) itupun bawah Pn Husna (Mlm Pra Graduan dan Hari Kesetiausahaan). Yang lain pakai duit Jabtan. Sem ni belum lagi ade pakai OS42, duit Jabatan tinggal Rm3k+- je lagi.

Malam tadi lepas terawikh, JK Kelab Perdagangan menguruskan perjumpaan aku (rasa mcm PM pulak) dengan wakil-wakil NGO kelas membincangkan berkenaan aktiviti KONVO. Kalau tak de kerjasama maka berkuburlah aktiviti konvo ni. Bagi la sikit motivasi kat wakil2 kelas ni tentang kepentingan menguruskan aktiviti dalam membina kemahiran generik.(penting oo..kemahiran ni bila keje nanti). Tak de la dapat situasi keje mcm ni KLIK DI SINI

Dah Observe Paneer, Niza dan Susi....Aku lak belum di observe. Didatangi Budak JTM buat projek dengan menemubual Aku pasal tajuk "Ancaman dalam Rumah Tangga".Paper lecturer JPA ni kot.. Baguih jugak ide diorg ni. Ingatkan nak tanya pasal e-learning ke..e-commerce ke...

Hari ni cuti Nuzul Alquran-17/9 Ade Musabaqah Al Quran peringkat PTSS. Kali ni aku tak mempertahankan NJohan tahun lalu. Tapi sumbangan tetap ade dlm menyediakan Stage dan PA System. Cuma hari pertandingan tak dapat turun sebab sibuk cari daun semambu buat anak aku yg kena Champak.Sorryyyy...naik lori...

Tengok Gerai Bazar Ramadhan Hospitaliti...mcm biasa student poli je yg meramaikan. Sampai aku sanggup bilang bilangan kereta kat padang kamsis.... dekat 20 buah. Tapi 9 buah milik peniaga (sebab ada steaker), 3 buah staf JH..yg lain..not sure sapa.


Lupa nak cite pasal Bubur Lambuk ari tu. Anak aku dan aku tak suka sebab;
1. Dia Pedas
2. Mane tah dagingnya
Ari ni JH ade buat bubur lambuk jugak, Aku tak ambik pulak kalau dak boleh beri komen kat sini. Tapi dah benda bebuka dah banyak aku beli..malas nak membazir. Seperti kata Pak lah dalam Tazkirah nya di Masjid Kepala Batas.."Membazir itu amalan syaitan..."






p/s:
1. sejak bila pulak speaker Masjid mengadap kaunters dah menghala mengadap kamsis pulak ni?
2. Conflic IP wapun assign by DHCP?Sapa pulak yg buat manual configure ni tiru IP
















3. Malam Ni nak tengok Bola/Bola tengok aku- MUFC lwn Valencia

Friday, September 12, 2008

Miin Ramadhan...

Ari Jumaat ada meeting Jabatan kul 3ptg:
Isu yang lama dibincangkan antaranya tentang pengalaman 2/3 org staf menaiki bas ke tempat mesyuarat. Suka dan Duka

Tapi banyak yang cite duka je antaranya:
a. Bila di sindir rakan-rakan lain dalam mesyuarat ...
"Dan..hang mai naik KBE ke?"
"Ehh..aku selalu naik KBQ kekadang ADR.."

(Perbualan ni saje je aku buat-buat kan..)
b. Bila org KL btahu
"Kami dah turunkan duit dah untuk mesyuarat-mesyuarat ni..."

Aku pernah la dengar rintihan kawan aku yang naik bas gi KL. Sampai awal pagi at Pudu..gosok gigi, spray ape2 yang patut lepas tu naik LRT ke apa ke ke Putra Jaya. Meeeting 2/3 jam lepas tu balik Pudu. Cari tiket ke Kangar . Tiket habis..Beli kat Ulat tiket naik bas persiaran smpai Alor Setar.10 malam. Naik Alor Setar -Changlun, sampai Changlun dah nak tengah malam lepas tu call kekawan tolong ambik.
Esok gi keje mcm biasa kampoi sekali penggantian kuliah yang semalam. (nak cuti?..kena khador lagi la kuliah ..)

KBE ni mungkin berbeza antara seorang dgn yang lain. Kalau meeting 2/3 ari ok gak mcm aku lalui. Lepas tu abis meeting bukan on ari nak weekend (so tiket selalunya ada). Atau pun jenis jalan siang mcm aku naik KBE kul 10 pagi..sampai KL kul 6ptg. Member ambik kat Pudu utk gi hotel mesyuarat 3 ari.

Tapi apa2 pun 3 kali aku "culeh" meeting kat KL.(yg sehari je). Semuanya aku call urusetia dan tanya yang aku ni benar2 perlu hadir ke? Baru2 ni meeting 3P. Tak kuasa aku nak pi...

Isu kedua pasal Pesta Konvo.
Angin jugak aku bila diorg kata konvo ari tu kurang promosi.
2 banner kat Kangar pasal pesta konvo. streamer kat kangar pasang kat bulatan TNB, edar pamplet (ni ajk pesta buat kat pasar malam-walaupun tak semua). Masuk radio Kangar(temubual). Iklan kat Berta Harian edisi utara.

Kalau nak promosi besar maka besar jugaklah budgetnya. Rasanya setakat bubuh banner banyak-banyak belum menjaminkan org ramai pi jengok.
Yang aku rasa nak ramai ialah
1. buat aktiviti dan
2. menjemput (wajib) penyertaan org luar.
3. Kalau buat aktiviti konsert ke tu boleh tarik perhatian org luar . (Org luar tahu..bukan budak poli..).Tambah lak kalau yang hiburan hu..ha..hu..ha..
Org yang suka membandingkan keramaian tu dengan U dan Uitm mungkin nak kena fikir dari segi lokasi dan bilangan warganya sendiri dan kenapa kita sendiri nak gi ke Pesta diorg. Kekadang kita tertipu dengan keramaian tu adalah disebabkan warganya sendiri. (tengok parking kete la..kalau jem gile compem org dari luar yang ramai datang)
Kependudukan yang berselarat di kawasan pauh/arau ni pun aku rasa budak UUM tu lagi ramai. Mungkin pernah sesapa waktu belajar kat U dulu yg pernah duduk kat kampus waktu cuti student U ...
1. Rasa nak balik kg je la..la tu gak..
2. Kite boleh parking sesuka ati
3. Boleh merempit dekat laluan A dan B

Last-last aku kena jadi JKuasa Aktiviti. So..koorg PA-PA semua ko org plan la aktiviti no dengan bebudak koorg. Baget jg lupa taruh. Aku nak buat kertas keje ..(Makluman awal..rasanya meeting 15 hb aku dipinda ke 20/10..harap maklum)

Petang-edar bubur lambuk PIslam
Malam-Jadi Imam Terawih..Imam kecemasan ning..nong..ning nong...

Thursday, September 11, 2008

Aktviti


Pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua ramadhan. Aktiviti JPG berjalan mcm biasa. Minggu Depan Audit Kualiti , Ari ni keje sign FRP staf. FRP aku pun dah Kak Aniza sign.."Kepimpinan Melalui Teladan". Tadi buat kuiz on line di lab Busha dan sempat jengok2 PC kat busha. Ada la dalam 23++ yg OK.

OOO..lupa nak btahu ari ni juga aku dah menginsuran diri aku dengan Etiqa Takaful Insuran (Mesra). Agen aku en Taher (tolong kawan2 gak ni..). Aku jugak nak promote la kawan-kawan yg belum membeli insuran utk membuat perlindungan anda boleh jumpa En Taher.sambungan 1251 atau blog dia

Menjenguk Bazar Ramadhan (sbg Penyelaras Unit Inovasi dan Usahawan Jabatan) . Tengok apa2 yang patut. Dengar cite org Kafe komplaint sales diorg terancam. Alaa..aktiviti pelajar yang setakat jual mula kul 6ptg hingga 7.30 mlm pun boleh terancam?.


Aktiviti:
a. Interaksi Jabatan-
Anjuran Kelab Jabatan Perdagangan
Baget: Tabung Jabatan
Status: Done

b.Motivasi Keusahawanan
Anjuran Kelab Jabatan Perd
Baget: Tabung Jabatan
Status:Done

c. Buka Puasa Rumah Anak Yatim
Anjuran DSK4
Baget: Tabung Jabatan dan Sumbangan org Ramai (cuba cara baru lak)
Status: On Going

d. Inovasi Usahawan
Anjuran SPP4
Baget: Tak Pasti
Status: Dah mula

e.Mural JPG
Anjuran SPP4
Baget: Tabung Jabatan dan ABM 0s42
Status: Kertas Keje tengah edit

f. Karnival Sukan Antara Jabatan
Anjuran:Unit Sukan PTSS
Status: Tengah kumpul team

g. Program Hari Jummat (Muslimat)
Anjuran: Kerohanian JPG
Status: In Process
Baget: Belum ada

p/s:Tahniah Juliana yg keje Juruteknik FT17 kat UM. dapat sambung Koleh Polytech MARA, Universiti Sains Mgt, Kolej Islam Selangor..Interview keje Juruteknik kat UPSI. Dapat jugak yek lastnya? Cuba-cuba dan cuba at your best.

Saturday, September 6, 2008

E-Learning Success




Nampak nya kuiz on line aku ari tu membuahkan hasil yang membanggakan lubang idung aku. So nak apply kat Kemahiran Generik pulak. Walaupun ada yang mempersoalkan:
a. Penggunaan domain taufikiahpondokpakya
b. Guna freeware

Aku peduli apa. As long as keje marking aku senang dan kelas aku boleh ganti di alam maya.
Dan aku tak menggunakan sekupang pun duit ko org.
Ha..Ha..gelak macam JIN...(Aisey..jin manusia ni..jin betul dah kena rantai bulan posa ni..)

Friday, September 5, 2008

Minggu Pertama Ramadhan

Isnin (1/09/2008) - Hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Hari cuti sebab semalam 31 August ari Ahad Ari Kemerdekaan Malaysia kali ke 51. Malam sabtu ari tu ada sambutan kemerdekaan kat Kafe. Since aku sampai dari KL dah nak malam, so aku tak tahu pun MT kpd MT kpd MT KJ kena pi. Dah ditambah dgn jiran aku jemput baca yasinn kat rumah dia ari tu.
First day puasa kalau cuti rasa leteh la sikit..banyak ZZzzz je ari ni. ZZzzz nak berjaga malam ke?

Malam first day terawikh aku jadi bilal, sebab calon2 student belum cari lagi. Nak cari kalau boleh sampai 25 org.(biar mlm 26 Ramadhan baru giliran aku sebab waktu tu Poli dah cuti, student dah balik).

Cabaran ari ni jugak..Si Hakim kena demam Champak (gambar)..so..kalau aku ambik cuti, pakat bebai lagi la keje2 opis dan student2 aku. So..aku bawak dia gi opis letak dalam bilik.

Selasa(02/09/2008) - Berbuka dengan student lepas tadarus Al-Quran. (gambar). Budget 100 org, datang dalam 80 org. Kira ok le tu. Balen nasik boleh buat bersahur. Ari ni dah aku past bilal kat student.(gambar). Kena cari 24 orang lagi.

CLO utk teknologi maklumat perniagaan, rupanya En Yusof ada buku rujukan (gambar). Allhamdulillah, senang sikit keje nak buat CLO. Yusof and Yus-aku pinjam no buku ni..LAMAAAA....tau..

Rabu(03/09/2008)- Kelas Bank 3 jam dan ada pulak Program Motivasi Keusahawanan di sebelah petang (5.30ptg-7.00ptg). Jemput penceramah luar. Aku bagi Opening Speech dalam 5 minit. Dah 2 dah Aktiviti Kelab Jabatan Perdagangan-(TQ AJK-AJK semua).

Printer network Pejabat buat hal pulak. Semalam aku ganti toner yg dikebas oleh Pejabat Pensyarah. Call PKomp, Nazid datang. Masalahnya, ada mamat mana gi cucuk Network cable dari Access point ke Access point yang lain.(gambar print configuration tak ilang-ilang).

Terawikh as usual tapi bilangan jemaah begitu kurang berbanding tahhun2 sebelum ini. Why?Hari Rabu jugak air kat Pusat Islam dan Kamsis tak de. So ade yg patah balik sebab tak ambik wudhuk lagi. Tahniah buat yg datang balik lepas tu. Apa nak kata, prosedur tak perlu menyediakan bekalan air kalau air tak de sehari (Ade prosedur ke?).

Selongkar Bilik KJ- cari Project breef JPG utk TheOne- PSP-tak jumpa2. Soryyy..ko duduk je lah kat Kontena tu..

Khamis (04/09/2008)
Kelas Generik Kemahiran Menggunakan Peralatan Teknologi. Tunjuk kat student Channel Mixer, Anycast Station dsbnya di MMedia. Peralatan PA System dan Broadcast Video. Tah faham ke dak diorg tu. Hopefully ade la general know how. Beri tugasan kat diorg.
1. Urus Tadbir dan
2. Cari Quotation Kenduri kahwin (Katering, Jurugambar, Audio, Pelamin dsbnya)

Ronda-ronda POLI, nampak coaster Poli yang baru di beli.

Menyemak kertas 2 soalan Pn Yuslina. Kira "LULUS UTK DIGUNAPAKAI."

Jumaat (05/09/2008)
Kak Sal kata meeting tunda tahun depan. (Betul ke?) . Paper work tukar nama SMD dah dibentangkan. Dengar cite nak jadikan Pre Diploma pulak? Apasal Poli ni suka ambik benda2 yg ITM tinggalkan. Dulu kata nak buat Adv Diploma. . Bagi aku yg penting, pengiktirafan sektor pekerjaan..Pre Diploma bukannya boleh masuk servis. Dekat Lim Kok Weng diorg buat Kursus Foundation

So..release la sikit.
Yang tak buat lagi:
a. Pencerapan Pensyarah
b. Soalan Kuiz 2
c. Ganti lagi kelas - aku rasa cukup la ganti 3 jam je. Nak tengok apa audit nak kata.
d. Kira markah LI-temuduga dah sudah
e. Alamak!!!... bil kad kredit lupa bayaq..kena interest la lagi...