Friday, November 7, 2008

Laporan Seminggu

Khamis 6 Nov

2.30 ptg

Bertempat di Makmal CAD 1 PTSS diadakan Taklimat Penggunaan E-Sis. Diberitakan oleh TPSA bahawa PTSS menduduki antara rangking yg rendah dari segi maklumat data dalam E-SIS (tak update la tu kot). Taklimat telah diberi oleh En Syahrain (yg muka dah berkelat dalam minggu ni cakap benda yg sama selama 3 hari brturut2)-Ialah taklimat dibuat berperingkat2. Walaupun peserta menghadapi cabaran kelembapan internet tahap cipan namun kesabaran menunggu amat-amat di hargai.

8.30 mlm

Telah diadakan majlis bacaan yasin dan sembahyang hajat bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester. Jika minggu sudah dibuat bagi JPG, minggu ini bagi JKM dan JKE. Kehadiran pelajar memberangsangkan sebab habis kuih muih yg dibekalkan, namun kehadiran pensyarah / pengurusan tinggi PTSS amat mengecewakan pelajar (kata seorang pelajar yg mengelolakan acara).

9.00 mlm

Berlangsung mesyuarat Malam Pra Graduan JPG bil 2. Mesyuarat yg dihadari AJK yg dilantik dan wakil-wakil kelas berlangsung dalam membincangkan perancangan mlm terbabit. Ianya dipengerusikan oleh aku sendiri dengan peruntukkan RM6K rasanya tak da masalah kewangan cuma kalau nak ada masalah AJK je..kot2 tak perform.

Jumaat

8-11 pagi

Masuk kelas Banking dan Generik. Awal2 pagi terima call mesyuarat di Angcasa Hotel KL. So nextweek jalan lagi…Cari kot2 ade yg boleh tumpang ke KL dari Jabatan lain nampaknya tak de…so nak naik KBE ke ADR?

TPSA memaklumkan usaha2 sedang dilakukan dlm menyelesaikan masalah Elaun Tanggung Keje DH44 yg memasuki ulangtahun pertamanya September yg lalu. Beliau juga memaklumkan penghentian pengambilan pelajar SMD ..sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya org atas buat keputusan tu. Yg dengar kata graduan IT dah banyak lahir…Tah la samada technichen computer banyak kosong ke dak kat agensi sekarang ni.

++Perkembangan seingat Aku+++

Pengetua jadi Pengarah = DG3 jadi DG2

Tukar Unit jadi Jabatan = DH44 boleh jadi DH48

Tukar Bahagian jadi Sektor = Jusa C boleh jadi Jusa A

Tukar Dip jadi Adv Dip = DH52 jadi Jusa C


DH41 nak jadi DH44

Lulus Induksi boleh naik pangkat

Lulus PTK+ Induksi baru boleh naik pangkat

Lepas tu lulus PTK + Induksi + CPCM baru boleh naik pangkat

Lepas tu Lulus PTK + Induksi + CPCM+ PAK baru boleh naik pangkat

Lepas ni mungkin Lulus PTK DH (yg baru) + CPCM + PAK +CPCPOT+CPCP + English Enhancement ....then .. baru ………Sabor je lah….

1.06ptg

Solah Jumaat---Bertugasnya Bilal bin Rabah. Melaporkan kehadiran lewat jemaah-jemaah yg tinggal jauh berbatu-batu dari masjid sehingga terpaksa masuk masbuk. Tajuk khutbah: Pembalasan di Padang Mahsyar oleh Ust Hasminuddin

3.30 ptg

Mesyuarat Jabatan

Dilaporkan perkara-perkara yg berlaku dan akan berlaku. Memaklumkan kpd pensyarah berkenaan majlis Malam Pra Graduan.

Ade tapau Bihun..sedap…

Sok Sabtu Malam

Ade dinner DPM 6 kat Jitra Golf Resort. Bayor sorang RM30/= so..nak makan banyak2..

Wartawan:
Rush done

Melaporkan dari PIslam PTSS

No comments: