A. Hari ni aku menerima keputusan penutupan pengambilan kursus SMD , jika dalam sebulan dulu kursus SIT. Cuma kuatkuasanya berbeza iaitu melalui semester Jan 09, SIT mulai Julai 2009. Actually kursus SMD ni memang ada sentimental sikit dengan aku. Sebab aku dan KJ yg lama meng "set up"kan kursus ni dari tak de apa benda ke pada situasi yg ada sekarang. So aku kodkan pekeliling ni BUAT KENANG KENANGAN:
SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2006
i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan ialah pada Gred FT17:T1 P6) atau
- Harap harap En Tajul Ariffin (SPPoli), En Mohd Nazari (SPPoli), En Hikmatullah Hajid ade terbaca pekeliling ini..Sektor Pengurusan Politeknik Dato Imran Ketua Pengarah, Haji Ghaus Pengarah Bahagian Kurikulum
(Saje TAG nama diorg , kot2 boleh keluar dalam Google Search Engine)
ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik (komputer)......
Aku tak heran kalau nak jumudkan program ni kalau SKIM yg disebutkan di atas akan di jumudkan juga. Ini skim yang dah sedia ada oleh JPA , mengapa kita tak mengambil peluang yang ada?
B) Maka tak heran lah nanti seperti mana yang berlaku di Low Yatt la ni bilamana Juruteknik pun ambik warga pekerja asing.(Actually banyak gak iklan Juruteknik Komputer kat Low Yatt)
Setahu aku sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah je ambik warga asing?Terkejut beruk aku ari tu...
Mungkin aku boleh mengambil Iktibar dari peristiwa ni...sambungan yang lalu
Untuk Staf SMD yang ada..aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan koorg. Aku belum lagi nak buat keputusan status koorg walaupun keputusan bayang-bayang tu dah ada. Nak buat kursus baru la ni aku pun tak de mood. Tak kira le org kata "You jangan moody sangat" Setan hasut pulak...Ala...buat pe susah2 pikir..gaji DH cam tu gak...Hmmm...Nantilah aku ambik ketenangan sikit. Mungkin kalau ade hujah yg aku boleh terima maka keputusan aku akan berubah. Kalau ade perkara yg "favour" kat aku..Siap le...
Lepas ni nak post kat group SMD pulak
p/s Lepas ni latih je Juruteknik buat macam ni
a. kumpul komputer,
b. panggil syarikat,
c. bukak sebutharga,
d. hantar kedai,
e. bayar guna LO.
Tak yah assign ramai juruteknik...PAR / PT pun boleh buat
No comments:
Post a Comment