Monday, November 3, 2008

New weekkkkssss......


Sabtu - Handling Alatan PA and Video utk Kursus Kesedaran Keusahawanan anjuran Unit Inovasi dan Keusahawanan. Jadi MC bidan terjun.
DK 1 nampaknya mcm tak pernah bersapu..penuh taik cicak..Nak btahu sapa ni?

Disamping tu ambik masa ajar Editing Video guna Edius kat Staf JKM utk Perhimpunan Jabatan ari Rabu ni. Kalau jadi Rabu ni ade la tayangan dia.

Isnin -
Meeting Post Mortem Konvo batal..Dah aku menapak naik tangga tingkat 4 baru btahu CANCEL. Kelas pun aku dah tunda.Bengong betol rasanya....nak marah pun ada...siol...

Report pasal Lampu PIslam yg dah terbakau. Kalau dewan besar kalau ade event..lampu sebutir terbakau pun dan-dan tu ganti. Ni dah sampai 4 biji terbakau..ni...

CC Lelaki kembali beroperasi. beri short course kat pekerja baru. Mlm tadi kurang sambutan macam biasalah...

LILI @Poli Nilai call pasal 12/12 nak buat meeting pasal e-commerce. Musim exam ni rasanya...Booking aku siap-siap diorg ni. Rasa bebenor diri ni penting chewah....kembang nye idung....

Malam meeting dgn student pasal Malam Pra Graduan pulak. Aku rasa ni event penutup aku nak handle sem ni. Sem depan cari org lain pulak la...Khamis ni meeting kali ke dua. Cadang nak buat on 21/11 kat dewan besar. Peruntukan OS42 yg telah diluluskan TPSA

Terpaksa buka balik soalan di web e-learning aku..Ade lagi student belum menjawab?Terjumpa web Poli Kota Melaka yg buat e-learning sama mcm aku. Baguih le..boleh apply ke dak kat sana?Kena tanya pegawai Multimedia diorg..

No comments: