Wednesday, December 24, 2008

Cuti Rehat

Semalam dengar taklimat berkenaan cuti rehat Pensyarah DH...Pengarah beri staf cuti sampai 31 Dis sebelum next year berkuatkuasa cuti rehat untuk semua pegawai PPPT DH . Arahan berkuatkuasa pada 16 Disember melalui Pekeliling KSU KPT. Jangan pulak JPA keluar pekeliling yg mengecualikan atau menyamakan PPPS dgn PPPT nanti. Walaupun waktu taklimat ada staf yg SMS bertanyakan bolehkan penetapan cuti pegawai perkhidmatan ditentukan oleh KSU? - Tak reti nak jawab...
Ada yg kata RUGI? Nak sedap kan hati -Jangan RUGI Akhirat...
Apa-apa pun aku nak sambung balik kampung Cuti..yg tinggal serdak je lagi ni..
Code ayat Pn Roshadah PET yg aku nak tulis:
"Cuti Rehat ni maknanya cuti untuk berehat"

  1. Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?

    Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H

Boleh baca--dulu mungkin tak relevan..

So..org yg mula2 aku tengok balik kampung dan-dan tu je..ialah Ustaz Ajak.Wooo..very fast no..
++++++++++++
On the way balik kampung singgah di Kulim Hi Tech menziarahi Bapak Saudara yg kena sakit jantung...Lama dah tak gi KULIM ni..sekenang akulah ialah waktu gi Tilawah Al-Quran Zon Wilayah Utara Sekolah Teknik dulu. Waktu aku form 5. Yg aku tak leh lupa ialah bila johan jatuh kat sekolah vokasional Kulim..student2 dia bersorak mengkalakan Johan Akademik Fantasia...Itu dulu..dah..lama dah..waktu aku form 5.
++++++++++++++
Pasal Claim ari tu..setelah di selidik..
1. Pn XX Unit Kewangan btahu Elaun Harian tak leh tuntut jika kemudahan makan disediakan. Yang faham sebelum ni elaun makan je tak leh tuntut.
2. Elaun harian ialah perjalanan atau bekerja melebihi 8 jam tetapi kurang 24 jam. lama dah faham cuma bezanya yg faham sebelum ni Lama masa Perjalan pergi + Lama masa Perjalan Balik (hari berbeza) kalau lebih 8 jam boleh claim harian rupanya tak leh...
Pn XX Unit Kewangan btahu masa pergi (bertolak dari rumah) dan masa sampai (kat hotel) kena lebih 8 jam..


So..kena betulkan balik formula Excel Borang Claim aku

Petikan dari http://nota2u.wordpress.com/

Bertugas Rasmi Di Dalam Negara

  • Elaun Makan
    • Seseorang yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya (25km jalanraya) bagi tempoh 24 jam atau lebih. Dikira dari waktu bertolak hingga sampai ke rumah. Kadarnya merujuk Pekeliling Perbendaharaan.
    • Tidak boleh dibayar bagi kerja luar melebihi tempoh 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
    • Tidak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur. Boleh tuntut bahagian yang tidak disediakan dari kadar elaun makan:-
      • 20% jika tiada sarapan pagi;
      • 40% jika tiada makan tengah hari; atau
      • 40% jika tiada makan malam;
    • Tidak layak jika penganjur memberi wang makan. Jika tidak cukup ikut kadar, boleh tuntut bakinya.
  • Elaun Harian
    • Menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabatnya melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam.
    • Kadarnya separuh dari kelayakan elaun makan.
    • Pn XX btahu tak layak jika kemudahan makan disediakan oleh penganjur.

+++++++++++++++++++++

Cuti Rehat

  • [Terbaru] Perubahan kadar Cuti Rehat tahunan & tawaran opsyen mengenainya.
  • Cuti bergaji penuh yang boleh diambil bila-bila sahaja tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan kiraan kelayakan cuti bagi tahun tersebut.
  • Jika kelayakan cuti tahunan 30 hari, 6 bulan pertama ia layak mengambil cuti 15 hari sahaja. Jika ia bersara, berhenti atau meninggalkan perkhidmatan, maka kelayakan cuti bagi tahun itu hendaklah dikira semula dan jika telah terlebih cuti, hendaklah dikembalikan semula emolumen bagi tempoh cuti tersebut.
  • Cuti rehat bukan hak seseorang pegawai, ia perlu mendapatkan kelulusan ketua jabatan terlebih dahulu. Pegawai yang meninggalkan tugas tanpa kelulusan cuti terlebih dahulu boleh dianggap tidak hadir bertugas dan tindakan tatatertib boleh diambil.
  • Pegawai yang bercuti rehat boleh dipanggil bertugas semula atas sebab kepentingan perkhidmatan awam.
  • Kelayakan cuti merujuk kepada PP.20/2005 - Kadar Cuti Rehat Tahunan Pegawai Perkhidmatan Awam sebagaimana berikut:-
    • Pengurusan Tertinggi = 30 hari.
    • Gred 31- 54 = 30 hari
    • Gred 21 - 30 = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Gred 1 - 20 = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Kelayakan cuti anggota Pasukan Polis merujuk kepada PP.21/2005 - Kadar Cuti Rehat Tahunan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagaimana berikut:-
    • Penolong Penguasa Polis & Keatas = 30 hari
    • Sub Inspektor - Ketua Inspektor = 25 hari (kurang 10 tahun) & 30 hari (lebih 10 tahun)
    • Konstabel - Sarjan Mejar = 20 hari (kurang 10 tahun) & 25 hari (lebih 10 tahun)
  • Boleh dibawa ke tahun hadapan jika tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidamtan, boleh dikumpul dalam tempoh 2 tahun ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga.
  • Boleh dikumpulkan sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tertakluk kepada:-
    • separuh dari kelayakan cuti pada tahun tersebut dan tidak melebihi 15 hari;
    • jumlah terkumpul tidak lebih 120 hari bagi sepanjang tempoh perkhidmatan (PP.7/2003);
    • pegawai yang memilih skim KWSP boleh kumpul GCR (PP.5/2004).
    • pegawai lantikan kontrak (contract of service) boleh kumpul GCR (SPP.17/2008) tertakluk:-
      • tempoh kontrak tidak kurang setahun; dan
      • dibuat tambahan kandungan perjanjian kontrak mengenai GCR bagi kontrak bermula 1/1/2009.
  • Pengumpulan luar biasa cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat boleh diluluskan oleh kuasa tertentu bagi tujuan perjalanan ke sebarang laut yang diluluskan tertakluk kepada jumlah cuti yang diperlukan untuk tujuan perjalanan tersebut. Pengumpulan ini bermula pada kelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tidak termasuk cuti yang telah luput.
+++++++++++++++++++++++++++++

Menanggung Kerja

  • Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas jawatannya sendiri.
  • Menanggung kerja bagi 1 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
  • Layak dibayar elaun jika tidak meninggalkan tugas bagi:-
    • 28 hari berkerja berturut-turut; atau
    • 14 hari berkerja berturut-turut jika pernah menanggung jawatan yang sama.
  • Hari berturut-turut termasuk:-
    • cuti kelepasan am;
    • cuti mingguan;
    • cuti rehat sebab kecemasan; atau
    • cuti sakit terkumpul tidak lebih 5 hari.
  • Tidak layak jika meninggalkan tugas 14 hari berturut-turut termasuk kelepasan am dan cuti mingguan.
  • Layak dibayar elaun lebih masa setelah ditolak 2 jam 15 minit daripada waktu berkerja pejaabat.
  • Kadar Elaun 25% daripada gaji permulaan pada P1T1 jawatan yang ditanggung kerja.
  • Sila rujuk PP.17/2007 - Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam

No comments: