Ini sambungan dari keputusan Comptia A yg aku rasa boleh di buat kes study/research
Kelas 1 COMPTIA A+
Student 27 orang
- Diploma Kej Elektrik 10 Org
- Sijil Pemprosesan Data 10 Org
- Lecturer 2 org
- Juruteknik Komputer 2 org
- Sijil Teknologi Maklumat 1 org
- Diploma Tek Maklumat 2 org
Keputusan : 14 gagal
Kaedah Pengajaran: Lebih kepada Kuliah
Trainer: Dari Indonesia Bahasa satu rumpun.
Kelas 2 Comptia A+
Student dalam 22 orang
- Diploma Tek Komputer kesemuanya.
Keputusan : 2 gagal
Kaedah Pengajaran: Lebih kepada Latih Tubi
Trainer: Dari Filipine (tak reti Bahasa Malaysia Punya)
Kalau koorg bandingkan 2 kelas ni (dengan tidak mengambil kira pembolehubah2 lain), apakah agak2 nya punca kelas 1 ramai yang gagal? Hipotisis koorg mungkin
H1: Kelas 1 ramai yang gagal kerana kelas 1 ramai pelajar sijil
H2: Kelas 1 ramai yang gagal kerana kelas 1 kaedah pengajarannya.
atau;
Pelajar Diploma lebih baik akademiknya berbanding Pelajar Sijil
Kalau aku beri pecahan dari 14 yang gagal Kelas 1 macamni pulak?
- 3 gagal dari Diploma Kej Elektrik
- 8 gagal dari Sijil Pemprosesan Data
- 1 gagal dari Sijil Teknologi Maklumat
- 1 gagal dari Lecturer
- 1 gagal dari Diploma Tek Maklumat
Kemudian kalau
- yang lulus Kelas 2
2 org dapat 900 markah average 750 keatas
-yang lulus kelas 1 paling tinggi 7++ markah, average cukup2 makan 654markah
Apakah Hipotisis yang tinggal?
Apakah Tajuk Research yg boleh di buat "............................................"
Aku rasa strategi Trainer kelas 2 ni tepat. Sebab dia tahu solaan dalam bentuk objektif. Kalau beri kuliah dengan slang Filipinenya , student tak faham..so..buat jelah soalan2 objektif dalam web dari awal lagi. Dah tu..senang nak mark sebab guna web base e-learning (automatik komputer mark kan)
Kalau kita nak buat experimen:
Kita ajar 2 kelas
Kelas 1 kita beri kuliah dengan sedikit latih tubi
Kelas 2 kita beri banyak latih tubi dengan sedikit kuliah je.
tengok akhir sem punya keputusan..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kat poli , soalan2 exam selalunya ada 3 bentuk:
Soalan Objektif
Soalan Amali/Kerja Amali - ini selalunya penilaian berterusan (PB)
Soalan Kiraan (Akaun dan Math)
Soalan Esei / Struktur
Kalau di sekolah budak2 dapat gred baik kebanyakkannya sebab kerana cikgu selalu suruh murid-murid buat latih tubi. Jadi budak2 yang excellent selalu mintak soalan latihan.
Yang susahnya latih tubi ialah kita nak semak(mark) skrip jawapan sampai 100 student (maybe setiap minggu). Tapi, itulah kot cara yang sesuai. Kalau soalan Objektif, Kerja Amali dan Kiraan mungkin dengan latih tubi student senang score.(wpun itu bergantung kepada sikap student gak..) Kalau Esei susah la sikit. Lebih senang kalau latih tubi soalan objektif buat secara e-learning (komputer kira sendiri). Tapi nak buat soalan objektif ni bukannya senang.
Aku ade cuba buat kaedah latih tubi dalam Modul Keusahawanan untuk esei dimana aku ambik soalan2 semester dulu (selama past 4 semester). Bila aku buat latih tubi 2 soalan dari 4 kesemuanya yang hampir sama naik sekali lagi dan mostly student dapat 20 dari 25 markah (Ada gak la yg tak score jugak....spesis apa tah mereka2 ni....) Lagi 2 soalan..student mula le merapu menjawab kalau tak baca apa yang pernah di kuliahkan.
Wife aku selalu buat latih tubi waktu ajar Math Pengurusan (budak repeat paper dengan Imran). Lulus dah student dia.
Jadi kesimpulannya marilah kita me "LATIH TUBI" student kita daripada kita menghabiskan banyak masa berkuliah di dalam kelas...(bukan diorg nak dengar pun)
No comments:
Post a Comment