Thursday, July 3, 2008

Jemaah

Ari ni Kamal dari JPPKK (member se U dgn aku) mari datang inspect program 3P. Waktu makan2 dgn Jai seperti biasalah bila org kerajaan pusat turun mesti ade cerita2 sensasi dan terkini yang dibawa dan dikorek.

Antaranya: JKuasa kenaikan pangkat ambik masa 2 tahun nak ditubuhkan. La ni Dato' nak cuba menumpang Jkuasa Kenaikkan Pangkat KPM. So mungkin la 2 tahun nak kena mangku jawatan. TPSA pun dapat pindah ke KK Arau atas jawatan KJabatan, tapi mangku Pengarah KKomuniti Arau.

Dia beritahu , pensyarah2 yang ambik kursus 3P ni tentunya akan dapat merit untuk markah penilaian prestasi. Ka..booommm...bom C4 aku lontar kat dia, habis ..kami 2 org yang uruskan 250 org untuk kursus ni tak dapat merit apa2 ke? Banyak cantik..

Result exam Comptia A+ ari ni tak memberangsangkan. Ramai gak yang fail. Mungkinkah trainer nya tak baguih, tapi soal selidik tak de ramai yang komen pasal trainer, komen pasal makan je yang ramai. Atau mungkin makan tak best..diorg fail..Ha..ha..
Kalau jumpa student aku, ramai lak yang kata tak faham apa trainer cakap..Compius..compius...

Aku tanya Kamal apasal Prestariang ambik trainer Filiphine dgn Indon, trainer Malaysia tak de ke? Dia kata trainer Malaysia lebih suka mengajar di Singapura sebab sana bayar Sing1,000. Kat Malaysia Rm700/=, so org Indon dan Filipin nilai Rm700 convert ke Peso dgn Rupi..mewah..dong..
++++++++++++++++++++
Tahniah kat Azli dan Sobri yg buat PHD (tak de cable..kena pakai duit sendiri la..). Sobri..sapa kata Master Edu. tak leh buat Phd. Phd Marketing lagi ko buat no..So, ko tebas dulu ranjau2 yang ada, sebab InsyaAllah...kami yg lain akan pollow..
+++++++++++++++++++++
Boss dah lulus Paper work dan Budget network aku...horee.....Ye..ha...gelek..ban
g..gelek....Sesapa yang frust sebab cuti2 ni line internet mcm kura2..baikla ko org pasang streamyx kat rumah. Nak buat network satu rumah boleh call aku.
+++++++++++++++++++++
Awat tah this sem malas dah aku nak buat PM komputer2 kat Jabatan. Aku harap memo kat PSM tu diorg ade la ambik tindakan. PM kat CC pun aku suruh Pekerja je yang buat. Kalau suruh2 org ni ade tanda2 sindrom nak naik jawatan ke? kah..kah..kah..
+++++++++++++++++++++
"buli di internet" - ADA ORG CUBA MEMBULI AKU DI INTERNET...BO LAYAN SAMA DIA...


p/s Petikan Bimbingan Mukmin

Keutamaan berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darajat.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (sembahyang berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka.

Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu.



No comments: