Thursday, July 10, 2008

benda yang sama......

Bebudak SMD sering tanya every sem. aku post kat sini suruh diorang baca la nanti..
+++++++++++++++++
Waktu SMD mula-mula diperkenalkan di PTSS, saya diminta untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Kursus selain memangku jawatan
sebagai Pegawai Multimedia dan Sumber.

Perancangan Pertama:
Pada awal nya, banyak suara-suara yang menyatakan SMD di satu program
yang tak jelas halatujunya/wajar ditutup dan tidak sesuai untuk
Jabatan Perdagangan. Saya mengambil inisiatif dengan mencari di laman
web kata kunci "Sijil Pemprosesan Data" sehinggalah saya berjumpa
dengan Pekeliling JPA mengenai "Prosesan Data". ("Pem" dgn tiada "Pem"
memberikan impak yang besar dalam enjin pencarian).


Tetapi kalau sekarang taip kata kunci "Sijil Pemprosesan Data" dalam
Yahoo..InsyaAllah..laman web www.smartd.biz akan jadi no 1. (Kemunginan waktu mula-mula IT di Malaysia awal 80an berkembang istilah Teknologi Maklumat belum ada dalam kamus dan prosesan data di sama ertikan dengan teknologi maklumat sekarang (even org dah panggil sistem maklumat la ni..)

Pelajar Lulusan Sijil Pemprosesan Data, dalam Pekeliling di beri nama
(Prosesan Data) diiktiraf sebagai Juruteknik Komputer FT17 oleh JPA,
yang bersamaan dengan lulusan SIT.
Jadi masalah pertama selesai.

Dari pekeliling itu saya dapat mengurangkan bilangan pelajar yang
ingin menukar kursus di awal semester disebabkan halatuju dan peluang
pekerjaan lulusan SMD telah jelas.

Ini dikuatkan lagi dengan kejayaan beberapa lepasan SMD mengisi
kekosongan perjawatan sektor awam sebagai Juruteknik (tengok post2
sebelum ini). Ini dilakukan melalui makluman kepada pelajar dan
lulusan agar mengisi borang JPA melalui on line.
Habis seperkara...

Perancangan Kedua:
ialah dengan mengkehendaki pelajar2 SMD menduduli kursus 3P. Ini hasilnya:

MUHAMMAD AZIZI EZRALL BIN AZIZAN 18SMD06F037 Passed CCENT-G5

MASITAH BINTI AYOB 18SMD06F057 Passed CompTIA A+-G4
NOR AZIRA BINTI AHMAD NOR 18SMD06F026 Passed CompTIA A+-G4
RBIATUL ADAWIYAH BINTI ROMLI 18SMD06F010 Passed CompTIA A+-G4

ALAWIAH BINTI YAHAYA 18SMD06F035 Passed Flash-G1
AMIRA ANIS BINTI MOHD ROSLI 18SMD06F043 Passed Flash-G1
NABILLAH BINTI RAMLI 18SMD06F042 Passed Flash-G1
NURUL HUDA BINTI ABDUL HALIM 18SMD06F016 Passed Flash-G1

Untuk makluman pelajar yang LULUS Program 3P. TAHNIAH dari saya


Perancangan ke tiga :
ialah untuk peluang melanjutkan pelajaran.
Alhamdulillah selain Integrasi di Politeknik, ada juga yang mendapat
tawaran ke IPTA dan IPTS. Cuma masalahnya yuran dan tempoh pengajian.
Dari segi tempoh pengajian pelajar kena sendiri berusaha untuk
mendapatkan pindahan kredit dengan membawa bersama sesalinan kurikulum
politeknik berjumpa dengan Dekan Fakulti masing-masing. Saya sedia
membantu, namum sehingga kini belum saya dapat kes2 terbabit.


Perancangan ke empat:
Memantapkan kurikulum SMD (gubal semula)yang ada (ini berhubungkait dengan Bahagian
Pembangunan Kurikulum JPPKK dan memastikan kemudahan P&P dari segi
peralatan dan tenaga pensyarah dipertingkatkan dan up to date.

Jadi dengan penerangan ini dan web ini maka tak perlulah lagi nak ulang benda yang sama setiap kali pelajar baru SMD mendaftar. Masuk kelas belajar rajin-rajin.

No comments: