Monday, July 14, 2008

Angin Kus-kus - Diary bila KJ tak de..


Pagi ni KJ meeting and Kak Niza pun takde.

Baru je buntut melabuhkan diri kat kerusi..
KJ panggil suruh nilai sebutharga, buat sama dgn Asmiza. Habis nilai (sat je..company tak banyak) aku pun mula la nak buat RMS (RMS ni kalau ikut prosedurnya memang dah kena siap, tapi kalau jadual belum siap, pensyarah tiba2 pindah..tak ke celaru, Tapi Fail FRP dah buka dah..(buka atas meja...))
then datang 2 org student yg clash jadual banking.Pot..pet..pot..pet la aku sekejap kat diorg ni. Sambil nak cari slot yg kosong kena ceramah free dari aku...
then blaah je diorg..datang lak budak DPM Integrasi sem 5 nak berenti sebab dapat keje Pembantu Tadbir N17 kat KNegeri Pahang. aku sign b/p KJabatan "kelulusan dengan diberi nasihat" aku tenyeh form dia.
then blaahh..je dia..datang lak Mak Bapak student SMD nak berenti dapat tawaran Sijil Mutu Makanan kat KKomuniti Tambun Tulang so aku sign b/p KJabatan "kelulusan dengan diberi nasihat" aku tenyeh form dia.

Then pi library, pinjam buku Banking. Dah kat 6 tahun tak ajar banking ni..nak kena study le sikit. Cabaran-cabaran. Cari guna Libray Sistem (mcm OPAC le ni..) senang sikit, tapi awatle tak boleh access kat bilik je..ini kena gi library jugak..samdol betul..Cari buku berkaitan kemahiran generik..elek...

Balik library ..tapau nasik kat kafe. 3 bungkus

Sambung buat RMS, sambil terima e-mail dari Susilawaty pasal PM kat BUSHA. Laa...eh...diorg tak buat PM waktu cuti arik tu...MMM...nak kata apa lagi tah...Print Screen Antvir (last update bulan 5) dengan AVG (last update 20/6)
Soalan 1
Apakah sebab Juruteknik komputer tidak dapat melakukan PM waktu Politeknik bercuti selama 3 minggu?
a. Sebab waktu PM nak kena ada org tengok, takut berlaku kehilangan
b. Sebab tiada bilik khas kat Jabatan untuk buat PM
c. Sebab Kelas tak free utk kami buat PM
d. Sebab call Rizal tak dapat
e. Sebab kami PM makmal JMSK dulu CAD1
f. Sebab kami sibuk dengan program 3P waktu cuti.
g. Sebab kami buat PMIS
h. Sebab .....................................

Petang
Gi Unit Pembangunan isi form bukak drawer meja juruteknik
Cari Paneer pasal projek buat tshirt dan baju. Lupa lak nak btahu pasal Projek Network.

Last-last sebelum balik RMS aku belum-belum jugak siap he..he..

Malam
1. Singgah CC dan kedai tengok sales.

2. Mesyuarat PIslam
- kat rumah Ustaz Din
Menu:
a. Air Mineral
b. Beberapa ulas durian
Agenda:
a. Program Ceramah Isnin Khamis-as usual , Kali ni wajib sem 1 dgn diberi markah PB. Yang aku pernah suarakan dulu kat ustaz2 agar buat kuliah Maghrib jadikan markah PB sebab ade relevennya. Kalau aku buat kuliah banking lepas maghrib rasa..kurang relevennya.
b. Kelab Diskusi Islam mcm biasa- Cuba tarik pelajar mendekati Islam..
c. Masak dan Makan di PIslam setiap hari -Ust Safuan mintak budget RM60 sehari- Sila buat paperwork utk mohon sumbangan Kamsis, Kaunseling, Koperasi
d. Program sempena hari2 kebesaran Islam.- ini banyak ni...

Balik tulis blog..then tido..Ini lah keje aku hari ni..Halal.....harapnya..

No comments: