Sunday, November 23, 2008

PENANGUHAN DAN PENGGANTIAN KULIAH

Koorg mungkin biasa dengar prosedur inikan? Bagi org-og yg macam aku ni, prosedur ni lah antara prosedur yg susah ak nak ikut.
Maklumlah semester ni je 4 kali aku keluar meeting / berkursus (tu kira sebulan la tu dari Isnin sampai Jumaat) tapi bukanlah berturut-turut. Tu belum masuk meeting yg dalaman (org pengurusan selalu la buat meeting ni), kekadang ada perjumpaan pelajar dgn HHP dsbnya yang dibuat masa-masa kuliah.(Aleh-ale kena la ganti..Sepatutnya lah...)

Kalau seminggu kuliah koorg 12 jam (ini kira paling minimalah KKursus boleh dapat). Agak-agaknya lah, bila koorg balik mesyuarat, sure ke koorg boleh ganti balik 12 jam tu. (kalau nak ikutkan jam pertemuan student menengok muka lecturer). Ini bukan nak kira pandai-pandai ko laa..nak "BUYUK"/TIPU...tapi ini kira kalau JUJUR la Si Mamat tu...
Ini juga tak kira kalau ada "assist lecturer"- ialah bagi poli yg berlebih lecturer bolehla buat..

Cadangan Penambahbaikkan.
a. Dalam aku dok buat kurikulum baru dia ada menatang namanya RTA- Recommendation Time Allocation. Bagi setiap Bab ade menatang ni. (la ni pun ade RTA)
Contoh:
Bab 1 : Pengenalan kepada Teknologi Maklumat RTA 0 jam(Teori):4 jam(Praktikal)

Kita selalu takrif atau menganggap, 4 jam praktikal itu adalah pertemuan dengan pelajar di mana lecturer kena masuk kelas, jumpa pelajar, ambik attendence, lepas tu merepek 4 jam ..brok..brek....brok..brek..
Kalau takrif ini yg applied pakat...PUNAHLA.. Bila masa koorg nak ganti dengan jadual student yg pack mcm sardin. Kalau buat kelas malam kul 8 pun..kul 12 baru habis..LARAT Ke...So cadangannya : jangan applied penakrifan sebegitu.

b. Content atau Hours : Isi Kuliah atau Jam Kuliah
Boleh takrifkan content dengan hours.
Maknanya content Pengenalan kepada Teknologi Maklumat boleh dihabiskan/dipermudahkan/ dikuliahkan diape-ape jelah dalam 1 jam je why not? Perlu diingat RTA 4 jam tu termasuklah kalau nak buat kuiz, tugasan, latihan bukan kuliah je..

Kan ke kita gi kursus cthnya ...hanya 3 hari. Kalau ambik Jam Kursus 8 pg hingga 5 ptg..tolak minum dan rehat lebih kurang sehari 8 jam kuliah. So 3 hari sama dengan 24 jam kuliah = 6 minggu) sedangkan budak ambik kursus tu sampai 1 semester (= dengan 13 minggu). Tapi Content masih sama .
So cadangannya : Content perlu dihabiskan tetapi bukan mesti mengikut Jam Kuliah.

c. Kalau koorg pernah develop kurikulum baru yg ikut MQA standard. Kita kena buat SLT (Student Learning Time). Dalam menatang ni dia ade allocation utk masa pembelajaran pelajar. - - Kenapa dalam kuliah, waktu kita buat kuiz, kita kira sebagai Jam Kuliah? Ialah sebab kuiz kita buat waktu kuliah.
- Tetapi kenapa waktu kita beri tugasan kat pelajar, kita tak kira sebagai Jam Kuliah? Sebab tugasan, projek kekadang kita suruh balik buat atau hujung semester baru hantar.

Tetapi di dalam SLT , SLT mengira tugasan, kuiz,projek dsbnya sebagai sebahagian dalam Jam Kuliah.
So cadangannya: Tugasan/Projek kita kira sebagai Jam Kuliah

d. E-Learning applied sebagai penggantian kuliah- dulu dah explain

Kesimpulannya:
Proses penanguhan dan pengantian kuliah boleh dibuat dengan:
a. Memasukkan elemen tugasan sebagai sebahagian jam pengantian kuliah
b. Mentakrifkan RTA bukan bermaksud Jam Pertemuan secara fizikal Lecturer bertemu Pelajar
c. Gunakan e-learning

Kita ni bukannya Pilot yang takrif Jam Penerbangan..maknanya 1200 jam penerbangan bermaksud 1200 jam la dia dah bawak kapal terbang selama ni..

p/s tak yah buat prosedur baru tapi buat Surat Pekeliling Edaran je...

1 comment:

Majdi Ishak said...

aku dah lama apply..student dok p cari bahan nak bt tugasan pun rasanya bleh ambik kira sbg SLT...yg penting kita kena cover semua topic..cara mcm mana? mcm2 bleh..tp kdg2 org tak paham...