Sejauhmana seseorang tu percaya kepada "KIFARAT" ..bukan "keparat" no..
Musibah sebagai kifarat penghapusan dosa manusia ..
Ialah siapa boleh lari dari melakukan dosa? Org awam mcm kita ni?
Dahulu Ustaz Sharihan dalam siri kuliahnya ada menyebut berkenaan 3 perkara yang perlu diawasi dalam melakukannya;
a. Bila Berkahwin.
b. Bila Membeli Rumah.
c. Bila Membeli Kenderaan.
Banyak rupanya dugaan yang berlaku/akan berlaku/takut berlaku bila melibatkan perkara ini.
Aku nak cite yg (c.) tu
Dulu waktu melihat kekawan membeli kereta baru..tak dan lama, ada je yg berlaku ..bergesel la, terlanggar tiang la, dilanggar la..yg paling dahsyat accident la.
Waktu Ayah aku beli kereta baru...keluar-keluar je dari Pusat Jualan ..nak masuk tol, nak bukak cermin utk ambik ticket Tol..cermin tak leh bukak. Seolah-olah waranttynya had Pusat Jualan je..(tak mahu la sebut kete jenis apa..)
Aku lak dulu..tah macammana ade kete melanggar bontot kete aku kat traffic light Jejawi. Waktu tu baru je sebulan melaram dgn kete baru. Kemek bumber terbang RM100/=
Ni nak cite pasal Iswara putih yg baru je aku cat biru.
Semalam gi la aku anak beranak makan di Radix Chicken House selepas ambik anak aku tuisyen dan bank in duit koperasi. Cuaca gelap tanda nak hujan...
Selepas makan apa yang patut..aku pun bertolak balik
Biasalah Jalan Kodiang - Arau masih dalam pembinaan (sekian lamaa..)
Tiba..tiba...
Jeng..jeng... jeng...
Angin yg kusangka tersipu-sipu (sepui-sepui bahasa kiranya...) bertukar menjadi ribut kencang...Yang trajisnya ialah blok divider (Alaa..yg warna merah Putih tu lahh..selalu ada kat tengah2 jalan yg under construction..) bergerak melayang dihadapan kete ku...Kusangka jalan jerlus..sebab blok tu berikat antara satu sama lain. Mcm ulaq kena palu lak.
Nasib baik aku tak la berapa laju..ialah beban dah lebih lepas makan daa... tapi...Kemek la sikit pintu sisi kete, No Plate Patah dan ada la 2/3 kesan calar.(gambar menyusul). Sedih ooo...
Tapi ada la Kifarat tu Allah nak uji..
Ilalliqo..Nak kena hantar repair la...benda baru cat mesti sayang kan? Kalau waktu belum cat dulu..tunggula 10 tahun baru aku cat.
1 comment:
sedih gak dgr cerita kau ni.. salam simpati dari aku...dulu si sikander tu bwk kereta nyelit2 cam giler, siap dgn sumpah seranah lagi..ngeri aku waktu tu..
Post a Comment