H1 N1 atau lebih tepat lagi Selsema Babi..melanda begitu teruk sekali. Petang semalam waktu pekena Mee mamak kat Restoran Menara Star awatt..jem teruk pekan Changlun ni..Rupanya UUM diarah tutup.
Selalunya U ni pandai tutup-menutup kes dalaman..he..hhee..kali ni tak mampu dah...
Politeknik dah 3 ditutup seminggu. Sebagai pengerusi Pusat Islam dah 2 malam buat sembahyang hajat. Malam ni dan malam-malam seterusnya kita buat. Kat Allah s.w.t jelah kita meminta pertolongan.
Kekadang aku tak nampak apa significancenya beri cutik seminggu kat budak2 U ni.Sok balik kampus, apa diorg tak kena jangkitan ke waktu dikampung?Baik la ajak ramei-ramei solat berjemaah, solat hajat dan bangun tahajjud.Mintak dengan Allah s.w.t. Kuarantin hati kat masjid daa..
Semalam gak aku sakit-sakit tekak. Mintak dijauhilah dari virus ni tapi semalam tekak sakit sebab mencuci CC dengan bebudak Pusat Islam. Serbuk pemadam api ni boleh perit tekak oii..Keje bukan senanga. Nak angkat,Nak cuci,nak vacum..benda ni bukan boleh sapu..lagi la meruap nanti masuk idung. Nak cucur dgn air?Jahanam PC dengan socket.
TQ kepada Sahabat Pusat Islam dan..Aku beri diorg tengok internet free lepas pasang. La ni belum charge lagi. Aku tak tahu lagi nak bawak balik ke blok kamsis ke atau nak letak terus kat Pusat Islam..Setakat ni aku run dulu kat Pusat islam..senang nak monitoring.
Makhluq yg melakukannya belum ditangkap. Ari tu aku suruh bebudak Short Semester(antara suspect) basuh muka dari air surah yassin. Tak ramai yg turun waktu tu cuma dalam 18 org. Tau-tau semalam dengar cite ada sorang budak JKE kena tangkap meniru waktu periksa.(bawak nota/toyol)
Yg peliknya..toyol tu dia letak bawah punggung. Kena waktu dia lak bangun nak pi tandas..Penjaga Peperiksaan tengah lalu. Eisshhh..kalau tau ada toyol simpan kat punggung buat pa dia bangun (pi tandas lak tu..)tunggu je habis exam kan?
Tulah..mungkin Allah lupa kan dia sekejap..kan dah kena tangkap. Kalau soal-siasat..mintak tanya dia ni..? Ade tak benda2 yg kamu buat sebelum ni yang salah..atau kamu ada tahu org yg berbuat salah tetapi kamu diam..Kifarat...
p/s: kalau la bebudak ni vandalisma dgn cabut pokok mempelam dan Nangka madu PTSS..mau melompat boss aku..Teringat statement."Kita jangan mudah terpengaruh bila diprovokasi oleh pelajar"..Last-last..bila student provoke boss...?MELOMPAT...daa..
No comments:
Post a Comment