Sunday, July 26, 2009

H1N1-

H1 N1 atau lebih tepat lagi Selsema Babi..melanda begitu teruk sekali. Petang semalam waktu pekena Mee mamak kat Restoran Menara Star awatt..jem teruk pekan Changlun ni..Rupanya UUM diarah tutup.

Selalunya U ni pandai tutup-menutup kes dalaman..he..hhee..kali ni tak mampu dah...

Politeknik dah 3 ditutup seminggu. Sebagai pengerusi Pusat Islam dah 2 malam buat sembahyang hajat. Malam ni dan malam-malam seterusnya kita buat. Kat Allah s.w.t jelah kita meminta pertolongan.
Kekadang aku tak nampak apa significancenya beri cutik seminggu kat budak2 U ni.Sok balik kampus, apa diorg tak kena jangkitan ke waktu dikampung?Baik la ajak ramei-ramei solat berjemaah, solat hajat dan bangun tahajjud.Mintak dengan Allah s.w.t. Kuarantin hati kat masjid daa..

Semalam gak aku sakit-sakit tekak. Mintak dijauhilah dari virus ni tapi semalam tekak sakit sebab mencuci CC dengan bebudak Pusat Islam. Serbuk pemadam api ni boleh perit tekak oii..Keje bukan senanga. Nak angkat,Nak cuci,nak vacum..benda ni bukan boleh sapu..lagi la meruap nanti masuk idung. Nak cucur dgn air?Jahanam PC dengan socket.

TQ kepada Sahabat Pusat Islam dan..Aku beri diorg tengok internet free lepas pasang. La ni belum charge lagi. Aku tak tahu lagi nak bawak balik ke blok kamsis ke atau nak letak terus kat Pusat Islam..Setakat ni aku run dulu kat Pusat islam..senang nak monitoring.
Makhluq yg melakukannya belum ditangkap. Ari tu aku suruh bebudak Short Semester(antara suspect) basuh muka dari air surah yassin. Tak ramai yg turun waktu tu cuma dalam 18 org. Tau-tau semalam dengar cite ada sorang budak JKE kena tangkap meniru waktu periksa.(bawak nota/toyol)
Yg peliknya..toyol tu dia letak bawah punggung. Kena waktu dia lak bangun nak pi tandas..Penjaga Peperiksaan tengah lalu. Eisshhh..kalau tau ada toyol simpan kat punggung buat pa dia bangun (pi tandas lak tu..)tunggu je habis exam kan?

Tulah..mungkin Allah lupa kan dia sekejap..kan dah kena tangkap. Kalau soal-siasat..mintak tanya dia ni..? Ade tak benda2 yg kamu buat sebelum ni yang salah..atau kamu ada tahu org yg berbuat salah tetapi kamu diam..Kifarat...

p/s: kalau la bebudak ni vandalisma dgn cabut pokok mempelam dan Nangka madu PTSS..mau melompat boss aku..Teringat statement."Kita jangan mudah terpengaruh bila diprovokasi oleh pelajar"..Last-last..bila student provoke boss...?MELOMPAT...daa..

Tuesday, July 21, 2009

CUTiiiiiieeeeeeeee.....Memang Berbaloii...



Sebelum bertolak the day before....................Pekena Radix Chicken House
Lokasi devider tepi jalan yg pernah mencalarkan kete aku last week..


Lepas tu gi sini lak...........

Aku beri 3.5 out of 5



Ni bilik murah le siket...

Nak ok ambik Suite/Executive House

kolam renang bagi aku MESTI...ada..

buah boleh ambik/kutip kot suka apa yg ada. Rambutan,Langsat dan Mata Kucing je yg ada waktu ni. Pokok buah-buahan dok depan bilik je..

Nasib baik cempedak kat belakang tu belum masak..kalau dak..Langsai dah...


Last day..pekena Pasembor dan Capati kedai Mamak...

Bermula hari Sabtu ari sampai le sekarang ni aku masih dalam Mode bercuti. Sok kot baru nak mula masuk keje. Ada 3 sebab mengapa aku rasa aku perlu bercuti
1. Next 2 week kuliah dah nak mula..Lesson Plan apa haram pun belum buat. Waktu tu susah nak cutik...(asik kena ganti kang..).Kena plak ajar kursus baru..baru-baru ni call member DIB aku kat ITM Syed Redho(Etiqa Insuran)..buat plak di attach kat KL pulak..jauhnye..
2. Bagi tenang jiwa bergelora..sebab vendalisma ari tu kat CC koperasi yg aku handle..La ni belum ada tangkapan..kalau ada..mahu Pener**ang aku beri..so sebab tu kena tenangkan jiwa ni...Jadi ari tu dah buat bacaan yasin..Bukan aku berniat nak bagi org yg buat tu muntah darah,cirit berit ke..tapi biarlah Allah s.w.t yg membalasnya. Kita ni guru..selalu mulut ni masin..bercakap kena hati-hati takut jadi doa.

3. Bagi anak aku betul2 sembuh penyakit dia...Ada kena kudis sikit (he..he..)takut lak berjangkit kat anak-anak kat nursery.

Thursday, July 16, 2009

Makluman dan Hadiah ganjaran Lumayan akan diberi

Sebelum ni


Selepas...



Sesapa boleh beri maklumat ..Malaun mana yg buat keje2 ni? Ganjaran Lumayan menanti anda..
Habis CC Koperasi kena sembur pemadam api...
Terbakar pun tidak..dok suka main..Tak sekolah punya mental...%$%#@#$%%&*

5 Sssssss.....

Ok anak-anak buah semua..ari ni MT KP nak cite pasal 5 S' sebab MT KP dah buat dah 5 S tau..Klik pada gambar utk imej yg lebih jelas...



View dari bilik MT KP...


Sunday, July 12, 2009

Pictuure Describe Everything



Calar sikit..seperti calarnya hati ku...


Ini Tugas Sampingan baru aku utk sem ni. Dan dalam sejarah buat kesekian kalinya aku kena mengajar Kursus Baru- iaitu Insuran. Mmmm...baru je habis RM70 beli buku Tek Maklumat Perniagaan...Lelong..lelong..sapa mau beliie...




Sapa kata SMD tak relevan ?Bagi kursus sijil dalam Perdagangan dia lebih baik dari SPP dan SPK. ..Jawab...jawab...

Saturday, July 11, 2009

Kifarat

Sejauhmana seseorang tu percaya kepada "KIFARAT" ..bukan "keparat" no..

Musibah sebagai kifarat penghapusan dosa manusia ..

Ialah siapa boleh lari dari melakukan dosa? Org awam mcm kita ni?

Dahulu Ustaz Sharihan dalam siri kuliahnya ada menyebut berkenaan 3 perkara yang perlu diawasi dalam melakukannya;
a. Bila Berkahwin.
b. Bila Membeli Rumah.
c. Bila Membeli Kenderaan.

Banyak rupanya dugaan yang berlaku/akan berlaku/takut berlaku bila melibatkan perkara ini.
Aku nak cite yg (c.) tu

Dulu waktu melihat kekawan membeli kereta baru..tak dan lama, ada je yg berlaku ..bergesel la, terlanggar tiang la, dilanggar la..yg paling dahsyat accident la.

Waktu Ayah aku beli kereta baru...keluar-keluar je dari Pusat Jualan ..nak masuk tol, nak bukak cermin utk ambik ticket Tol..cermin tak leh bukak. Seolah-olah waranttynya had Pusat Jualan je..(tak mahu la sebut kete jenis apa..)

Aku lak dulu..tah macammana ade kete melanggar bontot kete aku kat traffic light Jejawi. Waktu tu baru je sebulan melaram dgn kete baru. Kemek bumber terbang RM100/=

Ni nak cite pasal Iswara putih yg baru je aku cat biru.
Semalam gi la aku anak beranak makan di Radix Chicken House selepas ambik anak aku tuisyen dan bank in duit koperasi. Cuaca gelap tanda nak hujan...
Selepas makan apa yang patut..aku pun bertolak balik
Biasalah Jalan Kodiang - Arau masih dalam pembinaan (sekian lamaa..)

Tiba..tiba...

Jeng..jeng... jeng...
Angin yg kusangka tersipu-sipu (sepui-sepui bahasa kiranya...) bertukar menjadi ribut kencang...Yang trajisnya ialah blok divider (Alaa..yg warna merah Putih tu lahh..selalu ada kat tengah2 jalan yg under construction..) bergerak melayang dihadapan kete ku...Kusangka jalan jerlus..sebab blok tu berikat antara satu sama lain. Mcm ulaq kena palu lak.
Nasib baik aku tak la berapa laju..ialah beban dah lebih lepas makan daa... tapi...Kemek la sikit pintu sisi kete, No Plate Patah dan ada la 2/3 kesan calar.(gambar menyusul). Sedih ooo...

Tapi ada la Kifarat tu Allah nak uji..

Ilalliqo..Nak kena hantar repair la...benda baru cat mesti sayang kan? Kalau waktu belum cat dulu..tunggula 10 tahun baru aku cat.

Wednesday, July 8, 2009

Kursus JOOMLA



Tak ngajar web dah masuk setahun tapi masih menggatal nak gi kursus-kursus web site ni...Habis dah Kursus PEK pilih doh kursus perbankan tetapi tak panggil-panggil lagi.
Kira orait gak kursus ni..Selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan ianya juga dapat meningkatkan Kalori dalam badan sebab:
Breakfast - nasik lemak aku bedal 2 pinggan
Tea Brake - kul 10.30am aku bedal bihun.
Lunch- tak sempat gi ambik anak sekolah..tapi still makan nasik kat luar
Tea Brake lagi- bedal cempedak goreng + Karipap

Lepas tu mata jadik kuyu semacam je..Kelas lak dalam Lab IT yg dingin dan nyaman dengan kerusi empok yg..cukup mengancam utk ZZZzzzzz........

Monday, July 6, 2009

Ahlan wasahlan..pelajar baru semua

Setelah sekelian lama PTSS ni sunyi..At last kemasukkan pelajar baru seramai maybe 1500 org mengembalikan keceriaan kepada institusi.
Day before student registration..Fasilitator-Fasilitator sibuk menyiapkan diri utk menerima pelajar baru. Suke je diorg ni.. dan aku mengambil kesempatan menyampaikan Tazkirah Maghrib dan Subuh buat mereka semua. (Kasi betul NIAT.. bebudak ni..)

Note: Point Kuliah

Waktu tu gak, my wife dengan seorg Mandur dan 2 pekerja kontrak free menyediakan barangan-barangan Koperasi. Aku kena entertaint si kecik yg diberi jawatan Mandur.
2 org buruh kanak-kanak yang diambil bekerja..hua..hua..(Upah makan KFC)

Ketua Mandur dengan senyuman bermakna..Kerja..KERJAA...TORJUN...

Mandur sahaja boleh minum dulu..

Ari pendaftaran, tak dan nak snap gambar ..PDA aku habis bateri. Tapi sibuk dari awal pagi lagi apabila ibu bapa memenuhi Pusat Islam PTSS. Us Safuan buat breakfast bihung...mak bapak pun ada menolong..Budget RM100/=

lelaki berkemeja panjang itu tidak mahu dikenali

Meronda sat kawasan PTSS. Jem teruk dalam kampus oooo.
Habis jaga kaunter koperasi..petang tu Fasilitator hantar report, Masjid tak muat nak cover student solat serentak. So turun ke masjid..buat susun atur baru..bagi muat jugak. Maybe boss boleh consider kot pasang bumbung luar. Fiber Glass....gitu..

Malam tiba lak giliran aku untuk menyampaikan tazkirah
Tajuk:"Silaturrohim dalam Islam". Sambil kuliah, sambil tu gak mak bapak mintak tolong buat pengumuman..
Ting tong..
Calling for Moh Nazim Bin Abe JKE..Your family is wating for you at the car park, Thank Q...

Kul 11.30 tgh malam baru balik rumah..Pesan kat fasilitator..suruh diorg tidoq awai..(diorg buat ke..tak?)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MY NEW CAR COLOUR....

Bulan Sept road tax insuran mati. kalau Syk Insuran buat "kahana" Mandur..menunjukkan kuasa Ultra Violetnya

tak mau insuran kete aku amacam?
Teringat lagu Salleh Yaakob

"Gali..gali..gali lubanggg...
"Gali..gali..gali lubanggg...
"Lubang di gali..menggali lubang lalu menutup lubang....

...............tobat tak mahu dah hutang kete lagi...

Thursday, July 2, 2009

Restructure Tugas2 Sampingan

KJ baru..so semalam meeting restructuring balik tugas-tugas sampingan koorg. Berdebar-debar ke nak tahu?.Aku rasa Penasihat Akademik dah bocor dah...Tapi Siapak yg akan mengambil portfolio Latihan Industri? Peperiksaan? HHP dan yg tetap dan berpencen jawatan Menteri yang disandang sekarang?

Hangpa TUNGGUUU...akan kejutannya

p/s Apasal koorg tak isi ruang tugasan yg dikehendaki?

menyempat gakk...

Dari last week sampailah jejari aku ni menaip kat blog.memacam keje yg aku kena buat. Bebudak JRV nyempat berkata .."Kami keje macam lembu cik.." Nasib baikla boss koorg tak dengor..(kalau dia baca blog ni amacam...?)
Citenya begini..
Tempat aku ni setakat ni dah jadi mcm tempat tumpuan umum. Baguih la gak sebab boleh mempopularkan Institusi ni yg nunnn...di Ulu Pauh. So, PTSS dipilih utk menjadi penganjur bersama Konvensyen Nasional Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan kali ke 13. Bukan ada bentang2 kertas keje, tetapi bebudak sekolah dalam ting 4 dan 5 membentangkan Laporan Syarikat Sendirian Berhad yang di buka oleh pelajar di sekolah. Tercabar gak tengok team sekolah yg Modal Berbayar RM600++, boleh Untung Bersih..ulang suara..untung bersih sampai RM25K dalam setahun beroperasi. Hebat..memang hebat..Tapi ade satu yg tak hebat..sat gi aku cite..
Jadi jabatan aku diberikan skop keje untuk menjalankan Pertandingan Kuiz Keusahawanan. (walaupun nama kami tak de dalam buku program-"Aku bekerja..bukan kerna nama...Kerna sifat kasih..pada sesama insan..."). Gambar: Waktu raptai....tu semua pelakon je..

Aku ditugaskan buat soalan kuiz (tak banyak 10 je bro.....).Org lain kena gak, yg tak buat keje pun ada gak... Ditambah pulak dgn tugas2 teknikal (yg ni aku suka bab kenduri..bab kendara aku kureng sikit. Nasib baik ada anak buah 3/4 org). Wakil yg menang bebudak MRSM. Tahniah la kat koorg...

Dalam kesempatan tu ..aku nyempat jugak cilok gi tengok kete ADR yg dicat baru. Ini kalau jual balik boleh up berapa ribu? RM13K ok..?
dan gi Ekspo Pertanian Negeri Perlis. Teringat nak ke beli pokok2 buat bercucuk tanam...tak de yg berkenan. Yg berkenan tengok Duck,Mmbeeekkkk dan MMooo.... Punya la besaq...tah pe yg dia makan. Dan aku tak rasa daging lembu ni boleh didapati kat pasaran tempatan. Ialah Malaysia ni yg baguih2 semua di eksport..Harum manis..Gas Petrol...Buah Pisang..

Belah malam diseri dgn Majlis Penutup yg disempurnakan oleh Raja Muda Perlis. makan kira ok lah..sebab dok semeja semua geng-geng makan tak pandang kiri kanan nye..tapi baca Bismillah semua.(Abang Jak...ok) . Habis langsai tinggal pinggan. Ada selingan penyanyi Hazami (berderu bebudak sekolah ke stage), Penyanyi dan Tarian Siam (tak sesuai langsung...luruh songkok yg ada...) dan Kesenian Rakyat Perlis (apa tah namanya..).

Program ni aku gak terlibat dalam menyampaikan Tazkirah Subuh. Tu yg kata hebat tak hebatnya diorg ni,bila 8 org je yg turun untuk tazkirah subuh.Peserta 350 org) Ialah "Usahawan Muslim" tajuk tazkirah org yg mempunyai kekentalan, jati diri, disiplin dsbnya. Nak test kita ade ke tak..cuba mai sembahyang subuh selama sebulan non stop berjemaah... Kompem!!
Best presenter company pun tak de yg menerapkan Kaedah solat, doa dsbnya (nilai-nilai Insan Muslim) sebelum berniaga. Semua sibuk cite apa business, berapa untung. Berkat mau ada..syeikh..

Habis seperkara..lepas tu Pengarah nak lawat jabatan lak. Dan la siapkan Misi dan Visi Jabatan aku yg sebelum ni tak pernah wujud pun..buat dalam bentuk power point. kalau la lekat..sampai bila-bila jadi sejarah ooo...Gambar Anak panah:Tempat aku mainkan lagu "Timang Burung:"Bila Pengarah masuk..




Sok lak Datuk Ketua Pengarah nak melawat.