Monday, June 8, 2009

Minggu Melopong..

Kucing sekor sempat interprame pulak

Minggu ni dah 2 ari duduk melopong. Auditor yg diberitakan nak mai odit Jabatan aku, nampaknya beralih angin ke jabatan lain. Doa sapa la yang makbul ni..Dalam kesibukkan audit nyempat jugak aku hantar Iswara aku utk di cat..
Kate Cina Pomen tu.."Aloo boss..3 minggu baru boleh siap ma.."
Aku Jawab: "No Problem..janji buat kasi elok na.."
Dia jawab: "Haiya..mesti baik punya maa.."
Aku Jawab: "MMmm..harga berapa bos, cat penuh Blue Honda Pearl , antirust,?"
Dia Jawab;" Dalam RM2+++
Aku Jawab:" HAIYAAAA.......kopak duit aku"
sebelum hantar kasik cuci dulu..

Lepas ni teringin nak make up (kalau ada simpanan lebih la..) RIO pulak..MMmm..sapa tau kat mana leh buat mcm ni..
nampaknya aku dapat meningkatkan "Permintaan Domestik" sebagai menyahut pemberian Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan.
+++++++++++++
Aku juga dah menjual Palm Organizer aku yang dah 7 tahun berbakti. Jual jauh-jauh sampai ke KUIS (student beli). Banyak dah manafaatnya tapi disebabkan perkembangan teknologi dan aku ni kira gila sikit bab gadget2 ni..tak larat dah nak pikul sampai 2 gadget. Smartphone DOPOD 818 pro ni dah cukup dah..(teringin nak beli yg lagi advance mcm vodaphone blueberry) Tapi kena sabar..sabar... Buat pertama kalinya jual di www.mudah.com.my (ON LINE) (diperkenalkan oleh Rahman-Tokey Itik dan A'Aseri-student aku) ramai lak pembeli yg berminat. Sok2 nak lelong Mesin Jahit lak..Sapa nak beli...?
++++++++++
Pusat Islam
mcm biasa kuliah berjalan..wpun kehadiran tak meng "Ghairah" kan. Nasib baik 2/3 ari ni ada kem pelajar sekolah yg menggunakan Pusat Islam..So ada la meriah sikit..Teks Ucapan sebelum Jumaat kali ni ada la sistematik sikit banding yg dulu..tulisan tangan..

Sekarang

Dulu

Yang penting mesej dakwah sampai..nak mai ke dak itu kemudian pikir..Lu pikir la Nabill..
++++
Check Out;
a. Semak 10% skrip jawapan-done
b. Lapuran Penyelenggaran Printer (KJ)- done
c. Lapuran Aktiviti Pencapaian Akademik (Hasnizam) - done
d. Sebutharga/Sukat Kabinet Pusat Islam- done setakat sukat je.
e. Pelupusan Harta Benda SMD - belum buat apa-apa.
f. FRP -done..Ok la..tak la perfect sangat..
g. Borang Biodata diri- dah isi dah hantar. Jawatan aku nak let go:Penyelaras Komputer Jabatan ngan Penyelaras Aktiviti Jabatan
jawatan nak mohon Penyelaras Latihan Industri Jabatan..boleh ke..he..he..Jawatan nak kekal
a. MT KKursus SMD (dapat elaun tanggung keje ni..)
b. Penyelaras ICT PTSS
c. Penyelaras Pembangunan dan Penyelenggaran Jabatan
Jawatan nak lepas bila mesyuarat agung tiba;
a. Pengerusi Pusat Islam
b. Naib Setiausaha Koperasi
Angan-Angan nak dapat tahun terdekat;
a. Gred DH44 InsyaAllahhhhhhh.....
banyak da... aku melalut kat blog ni...

1 comment:

askRAIN said...

MELOPONG untuk mengisi masa yang LOMPANG hehehe

pasal kereta tu awat tak cat warna hijau metalic... kat bumbung cat bulat warna putih... rasa takder lagi orang buat ahaks.... :)