Wednesday, June 24, 2009

Mesyuarat tahap marathon

Petang sat tadi mesyuarat..sok sambung lagi mesyuarat yang petang tadi tak dan nak habis. Apa kata kalau kita boh je agenda dalam blog..lepas tu beri komen..kan ke mudah. Kekadang kita ni memang suka bercakap (aku pun sama) tapi dah tadi boss kata nak kata apa..cakap..bukan kena bayar pun jadi aku membukakanlah mulut aku ni bercakap. Kan gitu..En Taher..

Ada beberapa agenda yg dibincangkan aku pernah pun menulis dalam blog Pusat Islam
Ini berkenaan buat program jabatan. Macammana org sekarang lebih suka ber"kem" ber "seminar"


Itu pentingnya diary mcm blog ini..boleh link dan cakap kita bukan main cakap je..ada bukti bertulis...baru ada confident dan ada berani..da..

Mesyuarat melantik aku menjadi Ketua Jawatankuasa Halatuju Misi dan Visi Jabatan (lebih kurang macam tulah nama yg aku pikir). Peghh..sikit punya panjang namanya.

Isu berbangkit antaranya pasal nak buat program nak dapat duit dari mana? Ialah aku paham sesetengah staf baru mahupun lama memang tak faham proses kewangan PTSS yg kekadang aku sendiri pun tak faham. So aku tulis kat sini bagi koorg faham sedikit sebanyak;
a. Pertama buat kertas kerja
b. Dalam kertas kerja ada budget
dalam budget ni kekadang kita boleh mintak guna:
i. Tabung Jabatan
ii. Tabung HHP,LI -sapa lagilah yg ada.
iii. ABM OS 42
iv. Yuran Penyertaan
v. Lain-lain (cth Tajaan, Sumbangan, Duit sendiri dsbnya)

Isunya ialah mana duit nak turun.

Tabung Jabatan selalunya mudah duit nak dapat.
- Pengarah sign, KJ sign kertas kerja
- Isi borang keluar duit tabung dari HHP warna pink selalunya.
- Mintak duit dengan koperasi (nak tunai ke , cek ke sila maklum)
Proses, kena kalau pengarah ada, dlm 2 hari leh dapat. InsyaAllah..
Tapi duit ni tak banyak.
Aku selaku Penyelaras Aktiviti Jabatan kekadang pening gak sebab selalunya perbelanjaan makan je dah banyak.Aktiviti Lawatan (bukan pelajar sem akhir), duit pendapatan tu lak nak derma kat org.

Tabung lain- kalau koorg bebaik dgn Peg HHP, Kaunseling ..dsbnya boleh la mintak. Tapi kena tanya diorg dulu.Sebab kekadang diorg tak larat nak buat Program sebab manpower takdak.Lagi cuak kalau masa time nak hantar Laporan Tahunan kalau takdak aktiviti.Tambah cuak kalau duit dah makin menimbun tak habis-habis....so sumbang duit pun ok. Cuma tengok programlah..adakah sesuai..Cth: Seminar Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir..mungkin HHP beri duit, Peperiksaan kot beri..Tu sebab jgn begaduh selalu berbaik dgn org...kan ke baguih..

ABM OS42 lak duit yg boleh digunakan utk aktiviti jabatan.Dulu, kita tak de duit kepala ini jadi sebab tu kita collect dari pelajar baru. Duit ni kekadang turun begitu banyak..Ikut bilangan pelajar. Dan selalunya kalau duit ni ada, pengurusan menggalakkan guna duit ni utk aktiviti pelajar.

Bayaran penceramah?
Tak de masalah sebab kita ada rate yg ditetapkan. Cuma masalahnya kalau penceramah demand tinggi sangat..So kena coverlah dgn duit yuran penyertaan kalau ada. Kalau negotiate dan ikut rate biasa kita boleh bayar guna duit ABM. Ada borang kat Admin kena isi.
Masalahnya: Bayaran selalunya lambat. Ada penceramah nak kita bayar dulu. Ada caranya, tapi tak leh cite kat sini...(jumpa kat opis aku...). Cth paling dekat macammana aku buat utk Naga Konvo dan Instructor pocho2 konvo.

Bayaran kuli AJK la...pun sama tak leh cite kat sini...(jumpa kat opis aku....).

Selalunya koorg nak duit la-la tu ASAP...Sok nak buat program..kertas kerja baru nak lulus...mana ada jalan da....Ataupun koorg boleh utang dulu dengan company...kalau baik dgn company la..Paling mudah beli kat koperasi..suruh koperasi keluar invois. Cuma aku/bendahari je yg letih kejor koorg pulak lepas tu..tuntut bayaran.
Pengalaman sebelum ni bila nak buat aktiviti punya la manis mulut nak mintak advance/kredit. Bila aktiviti selesai..lupa habis semua. Mcm kenduri jugaklah..kendara nya cabut.

Perlu diingat!! bilapengurusan bertukar kekadang dasar berubah.. lebih details mai opis aku...tak larat nak menaip dah..


Mesyuarat bersambung...

3 comments:

alladiin said...

wow..dahsyat jawatan lu. Panjang betul namanya...sure senarai tugas pun panjang tu..

pkksabah said...

ni dok bling..bling bijik mata ni.. Hah..hah.. surat gi Tanah Rata tak de nama aku...yebebabedu...

Petai Muda said...

lepas mesyuarat maraton, menu makan pun maraton jugak ke...