Monday, June 15, 2009

Monday Mood

Mood percutian 2 hari ke Hot Spring Sungkai memang memenatkan tapi seronok. Aku tak tahula sapa punya idea yg kata lepas bercuti kita akan kembali cergas bila kembali bekerja. Yang pasti kata Ustaz..kalau bangun subuh awal dan tahajjud..sembahyang subuh jemaah , baca doa seribu dinar..pastinya hari tu lebih produktif dari hari-hari yang lain...tu aku percaya.

++++++++++++
Masuk keje start dgn Meeting Unit Inovasi dan Keusahawanan dengan Wakil UUM dari Unit Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dah ada plan dalam kepala hotak aku ni nak beri pelajar usahawan running Cyber Cafe yg selama ni aku jalankan. Dah tak larat dah..Kalau dulu aku btahu, tak de sapa yg setuju..la ni mungkin berlainan dah pandangan 2/3 org.

Projek Generik Ruang Legar JPG telah ditambah dengan kolam ikan. Aku upgrade Projek bebudak SMD kelas Asmiza je..tu pun beri idea je..Modal beli ikan kap ..keluar budget diorg. Dulu dah aku memang suka generik yg nampak hasilnya. Terus terang la aku katakan aku suka sangat kalau hasilnya lebih physically dan locally..

+++
Web hosting e-commerce pun dah ada idea macammana nak buat. Cuma stuck tang "Apa produk nak ku jual"?
e-learning pun ok dah..
Cuma nak cari "system attendence event" yg free ware, Php based. Senang nak ambik attendence kalau buat aktiviti. Server storage SMD yg dah tak pakai nak aku belasahkan.

2 comments:

alladiin said...

Dan..hang jumpa geng2 poli yg meniaga kecik2 tu, then masukkan produk dia dlm portal e-comm hang..eg cup cake dll..try lah, baru ada produk utk di jual..amik komisen..

pkksabah said...

MMM..Babuji..problem tang delivery nanti..Cup Cake kot2 sampai dah tak jadi cup cake tapi Plate Cake..kalau dekat2 ok
TQ..TQ..dapat dah idea..

Aku godek menatang2 yg ada kat stor rumah..kalau dulu org buat Car Booth sale barang2 rumah sendiri yg nak lelong aku buat e-commerce booth sales..Start jual seluar dalam?cancel..cancel.. nak start dgn Bismillah la dulu lepas tu jual ....Mesin Jahit tepi wife aku