On the way go tiga2 hero excited nak gi. Tak de masalah sangat..dan boleh aku singgah kat Restoran Menara Star Changlun (free advertising ni..)beli Mee Mamak (my favourite). Pasembor kat sini aku suka gak hasil recommendation En Taher.(Tq). Aku plan balik sok baru beli….
Sampai hotel ambik kunci kat key drop..
Hotel ni ada pool..tapi pool dia kurang selera sikit dan tak de children area. So kensel…mandi kolam esok.
Diorg mandi dalam bath tub je..tu pun habis banjir dan riuh rendah. Aku rasa org dok bilik sebelah pun tention. Malam keluar gi TESCO Alor Setar. Wife aku kul 10 mlm baru habis kursus. Beli roti+air je..Bebulu je cashier tu tengok barang2 yg aku beli…bawak troli lak tu..yg besar ya amat.
Aku buat dek je..apa aku nak heran..dukung si kecik tu pun dah 7/8 kilo..Ko nak dukung dia?..
Balik bilik, 3 hero dah jelepek…terus ZZzzz… Umi diorg balik pun diorg tak sedar..
+++++++++++
Sok pagi , wife aku continue kursus..La ni aku rasa banyak dah kedah kursus yg suka pakai multimedia..
Mcm Kursus Keindahan Bersama mu dgn Kursus Budak sekolah kat PTSS ari tu..Sentuh sikit mak, bapak dgn alam kubur..gerenti nangis punya…Tapi lepas tu…jemaah mcm tu gak. Tapi takpalah..itu kaedah menarikkan perhatian remaja la ni (termasuk org tua). Kalau dulu ceramah..mana ada multimedia..setakat power point tu org dah tak tertarik la ni..tapi kena pakai Movie mp3…Penerangan sikit…lepas tu boh movie yg sesuai..banyak dalam You Tube…
Kalau zaman dulu kita buat usrah, jumpa seminggu sekali ke..Org tak minat dah..La ni org suka buat “Kem”
Balik kepada cite tadi..lepas Umi diorg pi kursus..Aku cadang nak sambung “merho’loh”..bahasa org Perak..Maksudnya “tidur”. Dah diorg main stunt-stunt atas katil so aku suruh diorg mandi kat bath tub lagi…
Yg hero..dok ajak naik Menara Kuala Lumpur..mak ai..jauhnya..aku btahu tu Menara Aloq Setaq..
Pusing2 jumpa pintu masuk..Tak de org pun. Bayaq tiket naik la dalam 5/6 minit. Waktu naik lif..nampak pandangan luar..Gayat weehh..Diorg excited nak meneropong..nasib baikla sampai kaki..kalau dak jenuh dok angkat.
Aku gatal mulut tanya; (buat-buat mcm pelancung dari jauhh..kebetulan pakai baju UTHM Alumni)
Aku;Dik..kat sini ada Zoo..ke?
Cashier ; Tak de..muzium adalah..sebelah sana galeri diraja..di sana terus jalan ni gi muzium
Aku;OOOO….
(dalam hati: mana la anak-anak suka tengok benda2 purba ni..Kalau muzium Taiping ada la kere diawet berbuntut merah haaa…tang tu diorg suka..).
Dalam kul 12 aku check out. Yang sikecik dah mula meragam..Ngantuk la tu..Last2 dia ambik port tidor yang paling dia suka..buat masa ni..
Singgah makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Periuk Besar Jitra.
Sampai rumah tidor. Wife aku malam ni baru balik..tumpang Pn Shaharom (Librarian)
Petang turun kolam Free PTSS Pauh Inn (free advertising lagi..)Malam gi pekena Pasembor…Kat Restaurant Menara Star seperti dijanjikan….Balik rumah?
Tidoq..
No comments:
Post a Comment