Tuesday, April 28, 2009

aktiviti menyebokkan diri

a. Sebutharga keceriaan Pusat Islam dan Pejabat Jabatan..done..lulus tak tahu lagi
b. Perasmian Pulut Kunig terpanjang..ganti KJ..aku tak pi ada kuiz SMD
c. Motivasi sem 1..Keindahan bersama Mu. Beri kuliah maghrib dan Majlis Penutup..serta tengok2 kan penginapan diorg kat Pusat Islam.(charge RM100)
d. Banking Talk-bersama BSN..ceramah berjalan dgn jayanya..tak jemput sesapa pun hanya budak kelas banking je..tak yah nak glamer2
e. Math Competition-ari Sabtu ganti KJ..aku sampai lewat

Yang belum;
a.Claim gi Penang-ala belum buat lagi ni.
b. Claim bayaran Instructor Pocho-pocho dan tarian naga
c. Fotostat sijil kursus PLPL
d. Marking Midterm dan kuiz student.
e. Bil talipon dan sewaktu dengannya belum bayar

p/s; ade sesapa nak message apa-apa keje aku yg tertangguh/hutang tertangguh?

apa-apa pun dalam minggu ni aku kena balik rumah tidor sejam bila free..buat ambik kekuatan berjaga malam....bukan berjaga tahajjud sehh...tapi berjaga anak aku waaa......Waaa...

Monday, April 27, 2009

Update..Upload..Download..


Aisey..banyak la pulak tugas-tugas sampingan nak kena buat..KJ kena kursus PTK, tambahan pulak wife aku merangkap KKursus DPM gi meeeting kat Ipoh. ..Jadi aku lah ayah , aku lah Umi buat 3 org hero-hero...dan akulah kena minit surat2 keluar/masuk(ada sehelai minit hangat sikit..), student problem, student nak cuti, keceriaan jabatan, wakil KJ event dlm Poli..Baru sat tadi ada student UTHM praktikal lapor diri..yg ini aku setakat tetapkan sit duduk kat opis je..Lain-lain tunggu KJ balik no...

Pengalaman 1st day;
Muhammad Solehin- ni senang nak kontrol sebab dah besor. Ada aktiviti sendiri-sendiri nak buat. Yang susahnya suka nyakat Adik dia (buat muka..). Makan apa je yang aku beli..Of course beli ba.. tak masak punya..Tidor agak lewat berbanding adiknya Hakim tapi tak leh lawan Taufiq. Kategori berani, badan ringan dalam memanjat pokok, pintu dsbnya. Favourite Channel 611. bangun pagi mudah, mandi pagi selalu lama..tah buat mesyuarat pe dalam bilik air.

Muhammad Hakim- manja sikit orgnya sebab dia ni keluar kot tingkap dulu...(faham ke..?). Makan cerewet sikit..tapi kalau roti canai dgn naik lemak orait je..Senang tidor dia ni..kalau ceramah Ust Ismail Kamus kata "roh jenis ringan ..senang tido". Mudah naik angin bila Abang dia menyakat..Pagi-pagi pun mudah bangun..tapi seperti Abg dia selalu mandi lama dalam tandas..Kategori berani dalam takut bila tinggal sorang-sorang kat rumah.

Muhammad Taufiq- baby lagi ni..kena paham kata-kata kunci dia..seperti..Nak am, Nak yak, UU.,Nak tek, Tuu..Emm ..Mau..dan beberapa luqah bahasa pelat dia. Tido lewat gak ni..naik buai baru tido. Suka peluk GOGO dan POD waktu tido (dulu anak-anak aku tak naik Buai). SAuka tengok cd GOGO And Friends sampai abang2 dia sembunyi CD tu..sebab abang nak tengok 611. 1 st day bangun kul 2 pg tadi dan 4.pg..Menyebabkan aku sedar pagi tadi kul 6.45pagi..Ha..ha..

Wednesday, April 15, 2009

Demam nak kena observe Budak LI

Minggu ni aku gi ke Penang utk observe bebudak POLI yg mengikuti Latihan Industri. Same day Tn Haji Mukhlis ada dialog program di PTSS. Rugi-rugi kalau tak tanya soalan pasal DH. Lepas observe hari pertama check in kat B-Suite. Hujan renyai-renyai mengundang tahap kedemaman aku bertambah. Makan Nasik goreng kat restoran mamak pun tekak tak lalu.Telan 2 biji panadol + ubat Selesema.
Check in hotel, terus lebuh tido. Nasib baik B-Suite ni ada sediakan cereal bijirin campuran. Mentekadarah benda tu jelah..tak larat nak turun bawah. Hotel baru gamaknya sebab semua benda ada logo "B" dari cofee, cereal(susah nak jumpa kat hotel). selipar, towel. Due to that, la ni kul 2.45am aku dah jadi burung hantu..Tak leh tido pulak.
Partner aku Zaidi dah cover 6 syarikat a day before. Tadi cover area hotel kat Batu feringgi. Banyak budak JHP je lah..Hari ni cover bebudak IT. Ada 1 kes pelajar LI dah ponteng LI dengar cerita company.
++++++++++++++++++++

2 day before ada program "Sound of Islam" kat dewan. Alhamdulillah last-last minutes ada gak budak nak participate. Ialah..kumpulan nasyid..bukan nya battle of the band. JPG dapat hadiah saguhati. Johan JKE. Ramai gak AJK KDI yg terlibat sebagai peserta. Next day sebagai Penyelaras Pembangunan Jabatan (tugas sampingan no 5), aku cari 2/3 company , buat paper work utk buat Ubahsuai Pejabat Jabatan aku. Ganti karpet, cat dinding, boh wall paper (Picture Wall) dsbnya. Bagi nampak ceria. Tah la ada duit ke dak.
+++++++++++++++
Next week wife aku ada metting kat Ipoh. Tinggal la aku nak jaga 3 askar tu...Boleh tuntut ilmu kat jiran bawah rumah..Azrin

Friday, April 10, 2009

Konvokesyen

Konvokesyen kali ke 1
-jadi ajk aktiviti (Pesta Konvo)dan ajk publisiti masa tu. Pn Azrul Nizah jadik "ketua" ajk aktiviti. Masa tu aku lebih tertumpu kepada ajk publisiti dan menguruskan wartawan yg hadir sebab aku jadik "ketua". Tiada pensyarah dibawah aku (ini cara kerja aku) cuma ada 3/4 org student ahli Kelab Multimedia.(Masa tu aku jadik Peg Multimedia).

Post Mortem!!

- org komen kurang publisiti dan tak masuk paper.
Apa!!...kurang publisiti? Tengok sini dulu...- Streamer + Banner seminggu sebelum konvo dah pasang
- BHarian edisi utara masuk kolum berita (walaupun kecil)
- Pi RTM Kangar FM buat temubual (Nizah dgn Asmiza). DJ aku beri cenderakenangan
- Reporter yang mai dapat Tag Nama dan Teks Ucapan Pengarah dan Raja Perlis.
Still org kata kurang publisiti.

Konvokesyen kali ke 2
- jadi "Ketua" ajk aktiviti pulak Buat dengan pelajar JPG
- Tugas aku dulu (ajk publisiti) tak tahu sapa yang ambik.
tak tahu ada ke masuk paper, tak tahu ada tak masuk Kangar FM
- yang aku tahu ramai reporter tersesat dan tak da dapat teks ucapan. Sebab pa boleh tahu? rupanya ada 2/3 org reporter yg masih kenal dengan aku walaupun aku tak kenal dah diorg.
- Tugas lain arrange jurugambar untuk graduan di luar dewan antara Asasjay dan Wazan. Yang dapat kontrak dalam dewan bukan diorg.

Post Mortem!!

Konvokesyen kali ke 3
- jadi "Ketua" ajk bersama En Yusof aktiviti lagi (lebih kurang nak jadik tetap dan berpencen je ni..) Buat dengan pelajar JPP.
- tengok streamer dan banner konvo lagi 2 hari nak konvo baru pasang. Nasib baik Pesta punya seminggu dah pasang.

Post Mortem!!
- Yang dapat tender gambar dalam dewan dapat jugak buat kat luar dewan..Sudah bikin gaduh..
- Budget cuput. Elaun pelajar RM10/=

Konvokesyen kali ke 4
- mau tukar profesion pulak. Nak jadik "Bos" bukan "Ketua" lagi ha..ha..

KPTM JPPKK

Akhirnya elaun memangku diluluskan setelah hampir setahun setengah menunggu. Tapi apasal sampai bulan Feb 2008 je sedangkan la ni dah bulan April 2009. Jawapan standard.."kelulusan 6 bulan sekali"/ "kami buat gaji 3 bulan sekali".
Tapi mengkala pun lambat, cuba tengok tarikh surat ditulis degan tarikh PTSS terima. Mau sebulan surat nak sampai dari Putra Jaya oii...cit..

Wednesday, April 1, 2009

Sebelum dan Selepas




Hukum logik yg org post kat Blog Pusat Islam sebab ni....
Bakal menjadi takungan ternak Nyamuk...)


+++++++++++++++++++
Weekend yg lalu anak aku terlibat dengan Sukan Taska AnNajaah...Seperti mana yg aku pernah btahu..sekarang ni masa anak-anak kita. Aku InsyaAllah hal-hal dunia ni dah lepas (means dah ada keje, beranak pinak dsbnya) Kalau Teori Maslow yg last sekali Self Actualization je yg tak sepennuhnya dicapai..Tapi cukuplah..bukan tak cukup-cukup.
Hal-hal Ukhrawi ??Tu yg takut tu..So ..banyaklah masa ,wang, untuk anak-anak mengecap masa depan pulak.
Mulai Isnin ni..diorg mengaji pun dah tukar Ustazah..Jauh la sikit dari rumah tapi untuk anak-anak apa lah salahnya. Signifacent pulak dengan laluan dan masa aku kena pi Masjid. Alhamdulillah.
++++++++++++++++++++
Minggu ni minggu audit dan
Mid Term Student aku
Audit- banyak dan berbuih waktu present kat Penang hari tu tentang Proses VS Prosedur.
a. Kena tahu bezakan bukan semua proses di prosedurkan.
b. Penggantian kuliah- buat /beri tugasan endoss oleh KJ sepatutnya boleh. Geng pi 3 minggu IAB amacam? boleh ganti?
c. Kehadiran Projek
d. Lampiran yg mengelirukan/menyukarkan pelarasan tak perlu di prosedurkan dalam dokumen kualiti tapi dibuat pekeliling edaran.


+++++++++++
Yang tak syok bila dapat surat begini..P&P kena geranti kena cancel....

Fenomena pelik

Gambar dlm kul 7.28 ptg, Bayang pun masih ada..Pelik..pelik...(p/s Ada meja Pusat Islam kat gelanggang Bola jaring, sapa ambik tu sila pulangkan...)

Maghrib semalam satu fenomena pelik yg berlaku. Walaupun waktu maghrib masuk kul 7.29 mlm tapi keadaaan masih cerah dan terang benderang.
Aku tengok jam tangan dah kul 7.30, jam masjid dan 7.31, jam PDA aku 7.35.(jam ni memang lagu tu..)
Budak Poli masih dok kat padang..bersokan..Tak guna dapat emas dan Perak sebab tak de soklan mungkar nangkir tanya berapa emas berapa perak koorg dapat daa...Bukan tak suruh bersokan..tapi berpada-padalah..sampai maghrib pun tak berenti. Berjaya gak Agenda Yahudi ni..Diorg bukan suruh kita tukar agama..tak buat / lalai/ melewatkan apa yg agama suruh pun dah cukup...Sapa dia agen Yahudi ni?