Thursday, January 29, 2009

Senarai Tugas Hari ni sahaja...

Penyelaras ICT Jabatan:
a. 8.30 - 11 pagi- Menginstalasi UBUNTU pada 5 pc. Tapi dua je yg jadi. Nak memastikan PC Sumbangan SMD dapat digunapakai.

Pensyarah PTSS:
a. 11pagi -Masuk kelas Perbankan. Siap pakai LCD dan On Line lagi..
b. Isi borang On Line CPCM dan PEt- OK.
c. Isi borang PTK..mcm hampeh..Bila Hantar tak berjaya. "Sila hubungi pentadbir sistem" . E-mail kat webmaster buat kali ke dua.


Naib Pengerusi Koperasi/Penyelia CC:
a. Bila pekerja talipon tak de internet, Langkah yg perlu diambil:-
1. Angkat ganggang telepon rumah..Kalau senyap, maka bilik PABX kat Opis tu suisnya trip. Langkahnya ..start Moto gi pak guard, mintak kunci bilik pabx..pergi On kan suis. kalau terus trip..tunggu esok pagi buat report kat Maintenence
2. Angkat ganggang telepon rumah....Kalau ade nada, maka kena tanya pekerja CC. Network icon tanda pangkah merah ke atau tanda seruan. Kalau tanda seruan...start Moto kena gi Pusat Islam. On kat switch utama di Pusat Islam (ini pun kekadang trip). Tapi kalau tanda merah ...start moto pergi CC tengok switch kat block kamsis..On ke OFF..

Penyelaras Aktiviti Jabatan
a. Amin mintak duit tabung
b. Booking Barang Multimedia dan Kenderaan Poli

Ada yang lain tugas sampingan nak beri lagi..bak mai sini... ?????????

Monday, January 26, 2009

Cara mudah

Kekadang aku tak faham kenapa kalau nak buat keputusan maka kena meeting dulu. Meeting pulak meeting rasmi..sedangkan baru je kita bermesyuarat. Kalau terlepas agenda , alamat tunggula meeting akan datang.Alamat hidup ni tak habis-habis dengan meeting.
Nak lantik AJK pun meeting.
Nak keluar duit pun meeting.
Nak buat aktiviti pun meeeting.
Nak beri derma kebajikan pun meeting...(tu yg nak dapat sumbangan kebajikan badan Islam pun payah...)
Bila meeting maka kena keluarkan surat panggilan, lepas tu kena beri minit mesyuarat sorang satu. Lepas tu Minit cempak kemana, surat cempak kemana.

Aku ade terbaca pemplate mengenai Menjaga Alam Sekitar agar menjimatkan penggunaan kertas. Ini nak apply la ni.
1. Panggil mesyuarat kat e-mail (free)
2. Panggil mesyuarat kat blog (free)
3. Panggil mesyuarat SMS (10 sen 1 sms)
4. Minit Mesyuarat Publish di blog (Free)
+ Jimat kertas kan?Tapi org kata disebabkan ISO mesti ade rekod..mesti fotostat 2/3. kekadang sampai 6 (cth terbaik kalau keluar surat amaran ketidakhadiran)Takpe..politeknik ni kaye dengan kertas dan toner.
1 je masuk fail mesyuarat..ok

Org kata meeting ni langkah selamat kalau buat keputusan...sebab keputusan mesyuarat bukan keputusan Pengerusi...Mungkin ade betul..nya.
Tapi takkan mendang je nak tunggu meeting?
Aku rasa adekalanya Pengerusi mesti buat keputusan tanpa mesyuarat / buat keputusan dulu kemudian diminitkan dalam mesyuarat akan datang. Itulah Pengerusi- orang yg diberi ketanggungjawaban dan tugas berisiko. Bincang dengan 3/4 org ahli mesyuarat dah kena buat keputusan.

p/s kekadang aku heranla kenapa DH ni suka beri handout kepada pelajar yg pelajar sendiri boleh fotostat pakai kertas sendiri..fotostat di Koop? Kenapa takbuat plan awal-awal suruh je pelajar fotostat..Dalam kelas kita tulis je. Tu tak ke menunjukkan kita menyuap pelajar ke?
Mungkin nak tunjuk betapa bagus nya kita?Ada nota diberi..

Sunday, January 25, 2009

Work Done

Chair Meeting Pusat Islam hari Jumaat yg lalu..jatuh bersama dgn meeting yang lain. So kehadiran gitu-gitu jelah..Tapi keje tetap jalan. Aku dah bentangkan kabinet Pusat Islam bagi 2009 dan skop tugas.
Hantar perabut ke Pusat Islam- 3 meja pejabat dan 7 kerusi.
Projek Pembangunan Pusat Islam-En Jailani..Moga-moga2 lulus dan berjalan...
Luluskan budget yg tak seberapa utk aktiviti...Duit..duit..dimana kau duit..(Tugas Sampingan)
++++++++++=
Aktiviti Pelajar -Kutipan Palestine bermotor....Amin Dpm yg buat ..aku tenyeh paper work je..
Install Ubuntu kat 5 PC SMD sumbangkan bawah projek..Baru buat 1 je.(Tugas Sampingan)
++++++++===
Siapkan bahan untuk Lapuran Tahunan PTSS 2008 utk jpg.(tak de kene mengene dgn tugas sampingan apasal kena buat?)
++++++++++===
Masuk Kelas ngajor mcm biase..suruh student daftar e-learning aku..(Tugas Hakiki)

Tugas Sampingan


jadi Pensyarah ni bukannya mengajar je yob sekelian, Nama je pensyarah..nak kata dekat2 dengan Pensyarah U..jauh sekali..research mandang..(kate org Perak)..gaji mcm cikgu sekolah. Cuma cikgu sekolah ade time boleh balik 1.30...Pensyarah Poli..hari -hari kul 5.oo ptg. Begini la jadual aku sem ni..Yob boleh la tengok tugas-tugas sampingan tu...Ade satu lagi tak leh nak isi sebab mungkin dah penuh baris. Ate teman ni pulak kalau diberi keroje..teman buat..je...Tapi mulut teman pun bekerje la jugok. Kekadang teman beritahu la jugak..mengomplen la...
So junior2 DH teman ..kalau teman pun jadual begitu..usah la mengkome bising ...sesangat. Buat je la..keje kalau nak lepas tention..tulis je kat blog macam teman ni...Mane le tahu sok luse KP ade terbace ke...Jawab je le...


++++++++++++++++++++++++++++++++
Satu lagi cabaran teman..bila nak ngajor teman teringin la nak ber "LCD" dalam kelas. Kire ade kelas la jugak mengajornye walaupun kursus baru..preparation..oiii...dah lama dah...Gambar tu menunjukkan benda2 yg kene teman ngangkut dari bilik teman ke kelas.
a. Lcd Projector Mitsubishi+Power Cable+RGB cable
b. Extention wire panjang punya..sebab socket kat kelas duduk kat belakang (pernah dah report..tapi entah la...mcm tak de kesan je..)
c. Notebook-itu pun teman bawak netbook je..ringan la sikit..
d. FRP-kang org buat sport check..na..nyeee..
e. Buku Nota/Teks- Ialah Guru lebih alim dari anak murid...Anak murib melenggang..guru bawak kitab..
Nak nyuroh student ambik kat bilik..alamatnye 15 minit nunggu le kat bilik. Anak murid pun ade kelas sebelum kite..ngabih pun tah bile..

Last2 Masuk kelas nak pasang...MMmmmmm...Socket dinding pulak trip. Nak on sendiri main switch..bilik dah pasang grill berkunci. Call maintenence..tak sambut...Last2 balik gitu jelah...Nasib-nasib...

Gitulah nasib DH41 teman ari ni..
Ari tu teman dah report pasal lantai simen kelas dah pecah...katenye nak buat waktu cuti...Haram.....(kata org Perak)..maknanya "mandang" atau "Tak dibuat nye yob...."

Apasal la teman cakap bahase org Perak le ni...Ate teman dah balik kekampung teman..Kene le tukor ...Aje nye ye...

Thursday, January 15, 2009

Mesyuarat da Pendaftaran

2 hari berkursus je rupanya. Ingatkan sampai Rabu. So hari Rabu aku free la utk buat keje2 sampingan. Antaranya buat preparation Mesyuarat Agung Pusat Islam, Ceramah Moral, dan Taklimat Koperasi yg aku kena lalui dari kul 3ptg hingga malam sat ni. Kira membebel jelah ...

Handling Mesyuarat Pusat Islam yg kehadirannya lebih baik la ..tapi tak la baik sesangat eventhough Pengarah sendiri turun. Aku rasa inilah habit staf yg susah sangat nak ubah. "Commitment". Sedar tak sedar sikap -ve tu jugaklah nanti yg dibawa oleh pelajar-pelajar kita.
Ok je handling meeting tu.dari Pengerusi Mesyuarat hinggalah at the end dipilih menjadi Pengerusi Pusat Islam..Macam tak percaya je bila aku kira kertas undi. Terketar-ketar jugak tangan apabila dipilih memegang amanat yang besar ni. Doa-Doakanlah. Then Baru aku terperasan aku sendiri tak membuang undi waktu tu. Biarlah aku beritahu undi aku sebenarnya untuk Pengerusi Ustaz Burhanuddin, Naib Ustaz Iruwan. Tapi...tak kesampaian

So..first action yg aku ambik ialah:
a. Buat Draf Minit Mesyuarat
b. Panggil Meeting 23 hb nanti
c. Kumpul Handphone nombor dan e-mail AJK
d. Update Blog Pusat Islam (Klik Disini).
e. Mengadap Pegawai Pusat Islam Ust Sharihan bersama En Jailani (berketayap putih..) utk tanya pasal projek pembangunan di Pusat Islam dan duit Aset 35000.
Gambar- "Menung.. memikirkan macammana nak dapat duit..duit..duit.."

Khamis:
Pagi gi Bank masuk duit koperasi. Petang ade meeting IEU dengan pengarah. Aku belum nak beri apa2 cadangan sebab teorinya memang lah mudah praktikalnya payah..Sebab sama je..Comitment.
Samada dari diri sendiri atau org lain. Itulah yg aku lihat kalau melibatkan kepentingan peribadi..ape2 je sanggup dibuat. Terutama kalau melibatkan wang masyuk poket sendiri. Jadi isu jugak la dari segi pandangan org kalau berniaga ni.(jangan ambik port sangat sepatutnya) Walaupun atas nama isteri atau mak atau sesapa saja..tapi berapa kerat sangat yang sanggup tak mencampuri urusan perniagaannya. Koorg angkat 2/3 kotak barang kedai pun jadi isu, ko org jaga kedai sat pun boleh jadi isu. jangan sampai lepas sempadan SIAM dah la.Pandai-pandailah..malas nak ambik port.
Tapi alhamdulillah la ade gak budak JPG yg berniaga kat KIOS terbabit. (huii bukan senang nak cari.oiii.).Ade gak ex Poli yg keje kat KIOS.
kalau lihat Plan Pengarah aku ni, memangla banyak benda yang nak dibuat. Tapi aku suka yang realitinya bukan yg fantasinya. Sebab tu malas nak bercakap...tapi biar buat.

Sebelah malam turun Pusat Islam.Tengok budak2 jalani MSK ari ke 3. Muka dah mcm tak cukup tidor je budak2 ni. Taklimat koperasi pun aku beri sejam je. Cakap apa2 yg aku rasa penting.
-Saham nanti claim bila berenti.grad
-Duit Tabung Jabatan
-Barang tak dapat claim nanti
-Belila barang kat koperasi
-bla...bla..

Waktu Ceramah Moral..nasib baik ade buku Personal Development. Baru bace dalam 2/3 helai aku boleh merepek sampai sejam...Kira dahsyat la tu..
++++++

Tuesday, January 13, 2009

Senak Perut


a. Senak perut kalau nak ingat command bagi setup switches cisco dan router. Tambah senak kalau lepas kursus tak de nak buat apa-apa pun (tak apply le ni...kat mana-mana).







b. Senak perut bila ambik balik PC aku yg hantar kat EMR Computer System di Changlon. Sebagai pengguna aku bagi markah fail kat kedai ni. After Sales amat kurang memuaskan. Not recommended.

Monday, January 12, 2009

Aktiviti Minggu Ni

12-14 Jan - 8.30pg - 5.00ptg Kursus Basic Switching and Routing. (Saje nak cukupkan hari Kursus 2009 Cepat-cepat)

13 Jan - 7.15mlm Ceramah Moral MSK kat Kafe Admin (tetap dan berpencen sejak setahun yg lalu)

13 Jan - 8.45mlm Taklimat Koperasi (kalau tak de sesapa ganti)

14 Jan - 3.00 ptg Mesyuarat Agung PUsat Islam (Video dan siap..dengar2 kena jadi Pengerusi Mesyuarat.

Friday, January 9, 2009

berapakali kali nak menyumpah.

pasal tajuk ni yang aku masukkan;
a. Dah tak tahan tunggu EMR Kedai komputer kat Changlon tu memperbaiki komputer aku. Dah nak masuk setahun berlapuk kat kedai dia. Bukannya masalah besar sangat...ganti je motherboard. Bila aku kata nak ambik aje komputer tu..banyak pulak alasannya. Tah-tah dah ranap ape..komputer tu. Inilah niat nak tolong usahawan Melayu..tapi kalau pael mcm ni..Lu pikir la sendiri..AKu sumpah kang...
b. Aku punya road tax mati 10 hb ni. Sykt Insurance kata nak courier aku punya road tax..Duit dah bayar dah waktu aku singgah kat kedai. Sampai ari ni belum nampak bayangnya lagi. AKu sumpah kang...
++++++++++++++++++++
Gi Changlon ari tu suruh wife aku je slow talk dengan budak kedai tu. Wife aku kata dia baru je 1 bulan keje kat situ. Kalau aku tak main2 dah nak slow talk sebab last aku pi ari tu aku dah sembor budak kat situ..(maybe lepas tu dia berenti kott..). Dok gi Kedai buku Union nearest by..aku beli buku ni(gambar). Ade significance dgn Kemahiran Generik. Last last bila jadual waktu kuliah keluar, aku tak ajar pun paper tu. HAMPEH SUNGGUH..Jadi le satu semester aku ajar. Aku kena ajar Tek Maklumat Perniagaan (Seingat aku dah lama dah aku tak ngajar ni --mahu dekat 2/3 tahun ko)Dan Perbankan di Malaysia (setelah aku protest ari tu). Harap-harap sesapa yg ajar kemahiran generik boleh la buatkan aktiviti yg "boleh nampak". Muak dah asik present kat depan kelas dan buat tugasan bertulis.
BUAT LA KEMAHIRAN MENGHIAS / CERIAKAN KELAS/ JABATAN , MENGADAKAN MAJLIS KONVO, AKTIVITI HARI KELUARGA jabatan iNi MAKSUD "BOLEH NAMPAK".
(note; sebelah buku tu la kalender PTSS 2009..lu tengok la menarik ke dak...)

Tugas Sampingan kekal:
a. Peg Pembangunan Jabatan
b. KKursus SMD
c. Penyelaras Aktiviti Jabatan
d. Pegawai ICT Jabatan
++++++++++++
Lps tu wa try nak register on line PTK....Emm..mula 2 keluar menatang ni, Lepat tu lepas isi borang nak submit..error lagi..Bosan la. Wa pun e-mail la kat webmaster dia.. Sampai la ni belum rspond pun. 247 ape kejadahnya ni...

Aku antar Solehin ke sekolah. Dah masuk tahun 2 wawasan. Kelas no 1 le ni. Bangga mak bapak. Ade je bapak yg merungut anaknya kena masuk kelas 2 Pintar (kelas no 2) Sekarang baru la tahu perasaan mak dan bapak aku dulu...Sebab aku dulu kelas djah 1 masuk 1 C lepas tu masuk 2A ..lepas tu..tak nyah cite le...aku pun dah ade Master dah..Kembang ni...
Cikgu waktu assembly tu dok speaking BI. Mungkin org kuat PPSMTI ni.. Bagi aku tak mane rasanya budak2 tu faham.
+++++++++++++++++++
Next Mesyuarat Koperasi. Masih jadi Penyelia CC tapi dah ade assit En Ramzani dari Pkomp. Yeop Kejor Yeop satu negeri.
ALK lantik aku jadi Naib Pengerusi pulak. Tukar dari Pen Setiausaha. Awat la dalam banyak2 kerusi.. selalu kerusi yg org tak berebut mudah je dapat sokongan majoriti. Kalau la aku bertanding jadi ahli Parlimen org tak berebut2 nak jawatan tu kan ke baguih. Tulah bila keje yg tak "MASYOK"..sebab tu org tak mau.
Pagi ni susun barang koop, Aku tak gi..jaga baby da...

Next week MAgung PISlam..harap-harap jangan la cari pintu mane nak lari..
+++++++++++
Waktu cuti cadang nak antar kete untuk cat. Dah 10 tahun dah kete ni. Tangguh punya tangguh..alamat posponed lagi la..

Wednesday, January 7, 2009

Jadual Waktu

Actually sebenarnya aku tak le berniat nak ganggu rakan2 yang dok pulun menyiapkan jadual waktu. Namun..tadi terpanggil jugak utk menjengok keje2 jadual waktu.
Ni nak request la agar Kursus Pengurusan Pelaburan tolong beri kat org lain.
a. Bagi 3 semester berturut2 aku kena ajar paper baru.
Sem lepas Paper Bank dan Generik- keusahawanan kena drop
Sem sebelum tu Paper Keusahawanan-Law kena drop
Sem sebelum tu Paper Law-waktu kak g cuti.
So paham2 je lah request aku ni kalau beri sem ni pulak paper baru lagi. Sampai bila nak jadi pensyarah pakar nye..EEwahhh...
So tak mahu jadikan budaya paper org tak de nak ajar je..maka past kat aku..



Aku tak nak la beri ko org terkontang kanting nak buat keputusan so aku cadangkan dgn perkara ni.
a. Tengok la sesapa yg dah berkurun ajar subjek yang sama je. Ni pun kena kembang minda gak. Especially bagi modul yg domain isi kandungan dia mcm Marketing, Management, Akaun. Tak pernah berubah2 .
b. Beri kat pensyarah baru (sape lagi....) Sebab minda dia belum korup lagi dgn kursus2 lain. Bagi kembang sikit minda / know how...not just apa degree dia, tu lah yg dia ajar.
Ni baru la menjadikan pensyarah yg "Multi Skill"

OO..cadangan yg post semalam.ade 2/3 dah siap.Alhamdulillah...
Antaranya;
Pusat Islam CD dah siap he..he..Ini untuk mesyuarat agung AJK Tahun 2009 yg akan diadakan pada Rabu ni 2 ptg.


Keje pemasangan socket kat bilik pensyarah-siap
Keje kat CC- 80% siap. Balence bagi kat pekerja CC
Keje kat BUSHA - dah antar kat Pkomp-TQ Cik Susilawaty
Yang lain?
Khado an lillahitaala...

Saturday, January 3, 2009

1hb hari bekerja utk PPPT duduk "melangu"

Ye...keje starting from today bagi negeri Perlis tapi aku rasa ramai yang duduk me"langu"-maknanya tak de mende yang buat.Kalau dok meronda kat pejabat jabatan "mandang" jumpa yang staf buat lesson plan ke. nota ke..RMT ke..bukan Rancangan Makanan Tambahan kat sekolah tau..Kita dah DH bukan DG. Tapi ialah... jadual waktu pun tak siap lagi..ye tak..

Inilah masa JK-JK nak buat mesyuarat. HHP buat meeting, warden buat meeting, Koperasi buat Meeting.Pusat Islam buat meeting...Meeting Pengurusan, Meeting Peperiksaan, Meeting Konvo. Punya banyak le meeting..Cuma JKuasa Laman web dan Rangkaian sampai kesudah tak panggil2 meeting.
Kalau meeting ade makan..lepas le belanja kena keluar poli utk makan..Ialah..kafe pun ape pasal tak bukak ni?

Waktu Chair mesyuarat jabatan, kalau nak bincang gerenti berguni-guni idea nak perbaiki masalah pelajar. So sebab tu aku buat cepat2 je..Sejam habis..He..he..

Keje nak buat sememangnya ade..tapi apasal mood dia tak datang-datang.
Cadang nak kene servis CC kat Kamsis...
Cadang nak buat paper work jemput penceramah perbankan Islam
Cadang nak repair pintu tandas Pusat islam
Cadang nak buat CD Pusat Islam
Cadang nak mantau pemasangan socket kat Bilik Pensyarah
Cadang nak pasang balik Komputer kat Bilik Micro
Cadang nak tengok bilik BUSHA..tengok je lah..

Cadangan ditutup...
+++++++++
Sebut tahun baru maka berkuatkuasalah pemasangan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Bagi aku yg ade 3 org hero kat belakang bukannya senang nak suruh. Lalu kat Arau dah ade JPJ buat road block. Tah kajian kat mane agaknya penumpang belakang pakai tali pinggang boleh reduce accident..Tapi yg pasti org business je yg untung (blum turun2 barang) dan beban belanja bagi kat rakyat maheran. Accident kat Gua Musang ragut 10 nyawa..boleh tanya kot , kat Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya...itulah sebab ape tak pakai tali pinggang kat belakang. Ade penulis e-mail kat TV3 -apa isu sebenarnya kemalangan ni, isunya
a. Adalah SIKAP
b. Faktor engineering - rupa jalan (sign board tak de, selekoh tajam, tanda jalan dah nak padam, jalan berpasir, berlubang).
Aku nasib baik la waktu baru ade lesen selalu kena bawak kete ditemani Bapak aku kat sebelah. Terok oooo kena lecture kalau memandu. Tapi banyak la pengalaman awal memandu dalam keadaan pelbagai. Malam, hujan ribut, Lepas Hujan, Jem sesak, Jalan Bandaran, kampung, jarak jauh dan dekat) sebelum dia beri aku bawak sorang-sorang. Yang aku ingat first aku drive jauh sorang2 waktu nak grad UUM.
Tapi apa-apa pun doa tu penting beb..Bismillah hi majre ha....(anak aku selalu baca ayat ni..). Kalau dak macammana boleh Pencuri boleh tak jumpa pintu keluar waktu menyamun rumah tok Haji.Ha..boleh explain..Tu lah..Doa senjata umat Islam
+++++++++++
Azam tahun baru??? Elek...

Kalender baru PTSS...haram tak menarik..boleh buat main dam. Tak caye..?
+++++++++++