Monday, January 26, 2009

Cara mudah

Kekadang aku tak faham kenapa kalau nak buat keputusan maka kena meeting dulu. Meeting pulak meeting rasmi..sedangkan baru je kita bermesyuarat. Kalau terlepas agenda , alamat tunggula meeting akan datang.Alamat hidup ni tak habis-habis dengan meeting.
Nak lantik AJK pun meeting.
Nak keluar duit pun meeting.
Nak buat aktiviti pun meeeting.
Nak beri derma kebajikan pun meeting...(tu yg nak dapat sumbangan kebajikan badan Islam pun payah...)
Bila meeting maka kena keluarkan surat panggilan, lepas tu kena beri minit mesyuarat sorang satu. Lepas tu Minit cempak kemana, surat cempak kemana.

Aku ade terbaca pemplate mengenai Menjaga Alam Sekitar agar menjimatkan penggunaan kertas. Ini nak apply la ni.
1. Panggil mesyuarat kat e-mail (free)
2. Panggil mesyuarat kat blog (free)
3. Panggil mesyuarat SMS (10 sen 1 sms)
4. Minit Mesyuarat Publish di blog (Free)
+ Jimat kertas kan?Tapi org kata disebabkan ISO mesti ade rekod..mesti fotostat 2/3. kekadang sampai 6 (cth terbaik kalau keluar surat amaran ketidakhadiran)Takpe..politeknik ni kaye dengan kertas dan toner.
1 je masuk fail mesyuarat..ok

Org kata meeting ni langkah selamat kalau buat keputusan...sebab keputusan mesyuarat bukan keputusan Pengerusi...Mungkin ade betul..nya.
Tapi takkan mendang je nak tunggu meeting?
Aku rasa adekalanya Pengerusi mesti buat keputusan tanpa mesyuarat / buat keputusan dulu kemudian diminitkan dalam mesyuarat akan datang. Itulah Pengerusi- orang yg diberi ketanggungjawaban dan tugas berisiko. Bincang dengan 3/4 org ahli mesyuarat dah kena buat keputusan.

p/s kekadang aku heranla kenapa DH ni suka beri handout kepada pelajar yg pelajar sendiri boleh fotostat pakai kertas sendiri..fotostat di Koop? Kenapa takbuat plan awal-awal suruh je pelajar fotostat..Dalam kelas kita tulis je. Tu tak ke menunjukkan kita menyuap pelajar ke?
Mungkin nak tunjuk betapa bagus nya kita?Ada nota diberi..

No comments: