Thursday, January 15, 2009

Mesyuarat da Pendaftaran

2 hari berkursus je rupanya. Ingatkan sampai Rabu. So hari Rabu aku free la utk buat keje2 sampingan. Antaranya buat preparation Mesyuarat Agung Pusat Islam, Ceramah Moral, dan Taklimat Koperasi yg aku kena lalui dari kul 3ptg hingga malam sat ni. Kira membebel jelah ...

Handling Mesyuarat Pusat Islam yg kehadirannya lebih baik la ..tapi tak la baik sesangat eventhough Pengarah sendiri turun. Aku rasa inilah habit staf yg susah sangat nak ubah. "Commitment". Sedar tak sedar sikap -ve tu jugaklah nanti yg dibawa oleh pelajar-pelajar kita.
Ok je handling meeting tu.dari Pengerusi Mesyuarat hinggalah at the end dipilih menjadi Pengerusi Pusat Islam..Macam tak percaya je bila aku kira kertas undi. Terketar-ketar jugak tangan apabila dipilih memegang amanat yang besar ni. Doa-Doakanlah. Then Baru aku terperasan aku sendiri tak membuang undi waktu tu. Biarlah aku beritahu undi aku sebenarnya untuk Pengerusi Ustaz Burhanuddin, Naib Ustaz Iruwan. Tapi...tak kesampaian

So..first action yg aku ambik ialah:
a. Buat Draf Minit Mesyuarat
b. Panggil Meeting 23 hb nanti
c. Kumpul Handphone nombor dan e-mail AJK
d. Update Blog Pusat Islam (Klik Disini).
e. Mengadap Pegawai Pusat Islam Ust Sharihan bersama En Jailani (berketayap putih..) utk tanya pasal projek pembangunan di Pusat Islam dan duit Aset 35000.
Gambar- "Menung.. memikirkan macammana nak dapat duit..duit..duit.."

Khamis:
Pagi gi Bank masuk duit koperasi. Petang ade meeting IEU dengan pengarah. Aku belum nak beri apa2 cadangan sebab teorinya memang lah mudah praktikalnya payah..Sebab sama je..Comitment.
Samada dari diri sendiri atau org lain. Itulah yg aku lihat kalau melibatkan kepentingan peribadi..ape2 je sanggup dibuat. Terutama kalau melibatkan wang masyuk poket sendiri. Jadi isu jugak la dari segi pandangan org kalau berniaga ni.(jangan ambik port sangat sepatutnya) Walaupun atas nama isteri atau mak atau sesapa saja..tapi berapa kerat sangat yang sanggup tak mencampuri urusan perniagaannya. Koorg angkat 2/3 kotak barang kedai pun jadi isu, ko org jaga kedai sat pun boleh jadi isu. jangan sampai lepas sempadan SIAM dah la.Pandai-pandailah..malas nak ambik port.
Tapi alhamdulillah la ade gak budak JPG yg berniaga kat KIOS terbabit. (huii bukan senang nak cari.oiii.).Ade gak ex Poli yg keje kat KIOS.
kalau lihat Plan Pengarah aku ni, memangla banyak benda yang nak dibuat. Tapi aku suka yang realitinya bukan yg fantasinya. Sebab tu malas nak bercakap...tapi biar buat.

Sebelah malam turun Pusat Islam.Tengok budak2 jalani MSK ari ke 3. Muka dah mcm tak cukup tidor je budak2 ni. Taklimat koperasi pun aku beri sejam je. Cakap apa2 yg aku rasa penting.
-Saham nanti claim bila berenti.grad
-Duit Tabung Jabatan
-Barang tak dapat claim nanti
-Belila barang kat koperasi
-bla...bla..

Waktu Ceramah Moral..nasib baik ade buku Personal Development. Baru bace dalam 2/3 helai aku boleh merepek sampai sejam...Kira dahsyat la tu..
++++++

3 comments:

nbalike said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nbalike said...
This comment has been removed by a blog administrator.
娟子 said...
This comment has been removed by a blog administrator.