Saturday, January 3, 2009

1hb hari bekerja utk PPPT duduk "melangu"

Ye...keje starting from today bagi negeri Perlis tapi aku rasa ramai yang duduk me"langu"-maknanya tak de mende yang buat.Kalau dok meronda kat pejabat jabatan "mandang" jumpa yang staf buat lesson plan ke. nota ke..RMT ke..bukan Rancangan Makanan Tambahan kat sekolah tau..Kita dah DH bukan DG. Tapi ialah... jadual waktu pun tak siap lagi..ye tak..

Inilah masa JK-JK nak buat mesyuarat. HHP buat meeting, warden buat meeting, Koperasi buat Meeting.Pusat Islam buat meeting...Meeting Pengurusan, Meeting Peperiksaan, Meeting Konvo. Punya banyak le meeting..Cuma JKuasa Laman web dan Rangkaian sampai kesudah tak panggil2 meeting.
Kalau meeting ade makan..lepas le belanja kena keluar poli utk makan..Ialah..kafe pun ape pasal tak bukak ni?

Waktu Chair mesyuarat jabatan, kalau nak bincang gerenti berguni-guni idea nak perbaiki masalah pelajar. So sebab tu aku buat cepat2 je..Sejam habis..He..he..

Keje nak buat sememangnya ade..tapi apasal mood dia tak datang-datang.
Cadang nak kene servis CC kat Kamsis...
Cadang nak buat paper work jemput penceramah perbankan Islam
Cadang nak repair pintu tandas Pusat islam
Cadang nak buat CD Pusat Islam
Cadang nak mantau pemasangan socket kat Bilik Pensyarah
Cadang nak pasang balik Komputer kat Bilik Micro
Cadang nak tengok bilik BUSHA..tengok je lah..

Cadangan ditutup...
+++++++++
Sebut tahun baru maka berkuatkuasalah pemasangan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Bagi aku yg ade 3 org hero kat belakang bukannya senang nak suruh. Lalu kat Arau dah ade JPJ buat road block. Tah kajian kat mane agaknya penumpang belakang pakai tali pinggang boleh reduce accident..Tapi yg pasti org business je yg untung (blum turun2 barang) dan beban belanja bagi kat rakyat maheran. Accident kat Gua Musang ragut 10 nyawa..boleh tanya kot , kat Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya...itulah sebab ape tak pakai tali pinggang kat belakang. Ade penulis e-mail kat TV3 -apa isu sebenarnya kemalangan ni, isunya
a. Adalah SIKAP
b. Faktor engineering - rupa jalan (sign board tak de, selekoh tajam, tanda jalan dah nak padam, jalan berpasir, berlubang).
Aku nasib baik la waktu baru ade lesen selalu kena bawak kete ditemani Bapak aku kat sebelah. Terok oooo kena lecture kalau memandu. Tapi banyak la pengalaman awal memandu dalam keadaan pelbagai. Malam, hujan ribut, Lepas Hujan, Jem sesak, Jalan Bandaran, kampung, jarak jauh dan dekat) sebelum dia beri aku bawak sorang-sorang. Yang aku ingat first aku drive jauh sorang2 waktu nak grad UUM.
Tapi apa-apa pun doa tu penting beb..Bismillah hi majre ha....(anak aku selalu baca ayat ni..). Kalau dak macammana boleh Pencuri boleh tak jumpa pintu keluar waktu menyamun rumah tok Haji.Ha..boleh explain..Tu lah..Doa senjata umat Islam
+++++++++++
Azam tahun baru??? Elek...

Kalender baru PTSS...haram tak menarik..boleh buat main dam. Tak caye..?
+++++++++++

No comments: