Wednesday, June 24, 2009

Mesyuarat tahap marathon

Petang sat tadi mesyuarat..sok sambung lagi mesyuarat yang petang tadi tak dan nak habis. Apa kata kalau kita boh je agenda dalam blog..lepas tu beri komen..kan ke mudah. Kekadang kita ni memang suka bercakap (aku pun sama) tapi dah tadi boss kata nak kata apa..cakap..bukan kena bayar pun jadi aku membukakanlah mulut aku ni bercakap. Kan gitu..En Taher..

Ada beberapa agenda yg dibincangkan aku pernah pun menulis dalam blog Pusat Islam
Ini berkenaan buat program jabatan. Macammana org sekarang lebih suka ber"kem" ber "seminar"


Itu pentingnya diary mcm blog ini..boleh link dan cakap kita bukan main cakap je..ada bukti bertulis...baru ada confident dan ada berani..da..

Mesyuarat melantik aku menjadi Ketua Jawatankuasa Halatuju Misi dan Visi Jabatan (lebih kurang macam tulah nama yg aku pikir). Peghh..sikit punya panjang namanya.

Isu berbangkit antaranya pasal nak buat program nak dapat duit dari mana? Ialah aku paham sesetengah staf baru mahupun lama memang tak faham proses kewangan PTSS yg kekadang aku sendiri pun tak faham. So aku tulis kat sini bagi koorg faham sedikit sebanyak;
a. Pertama buat kertas kerja
b. Dalam kertas kerja ada budget
dalam budget ni kekadang kita boleh mintak guna:
i. Tabung Jabatan
ii. Tabung HHP,LI -sapa lagilah yg ada.
iii. ABM OS 42
iv. Yuran Penyertaan
v. Lain-lain (cth Tajaan, Sumbangan, Duit sendiri dsbnya)

Isunya ialah mana duit nak turun.

Tabung Jabatan selalunya mudah duit nak dapat.
- Pengarah sign, KJ sign kertas kerja
- Isi borang keluar duit tabung dari HHP warna pink selalunya.
- Mintak duit dengan koperasi (nak tunai ke , cek ke sila maklum)
Proses, kena kalau pengarah ada, dlm 2 hari leh dapat. InsyaAllah..
Tapi duit ni tak banyak.
Aku selaku Penyelaras Aktiviti Jabatan kekadang pening gak sebab selalunya perbelanjaan makan je dah banyak.Aktiviti Lawatan (bukan pelajar sem akhir), duit pendapatan tu lak nak derma kat org.

Tabung lain- kalau koorg bebaik dgn Peg HHP, Kaunseling ..dsbnya boleh la mintak. Tapi kena tanya diorg dulu.Sebab kekadang diorg tak larat nak buat Program sebab manpower takdak.Lagi cuak kalau masa time nak hantar Laporan Tahunan kalau takdak aktiviti.Tambah cuak kalau duit dah makin menimbun tak habis-habis....so sumbang duit pun ok. Cuma tengok programlah..adakah sesuai..Cth: Seminar Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir..mungkin HHP beri duit, Peperiksaan kot beri..Tu sebab jgn begaduh selalu berbaik dgn org...kan ke baguih..

ABM OS42 lak duit yg boleh digunakan utk aktiviti jabatan.Dulu, kita tak de duit kepala ini jadi sebab tu kita collect dari pelajar baru. Duit ni kekadang turun begitu banyak..Ikut bilangan pelajar. Dan selalunya kalau duit ni ada, pengurusan menggalakkan guna duit ni utk aktiviti pelajar.

Bayaran penceramah?
Tak de masalah sebab kita ada rate yg ditetapkan. Cuma masalahnya kalau penceramah demand tinggi sangat..So kena coverlah dgn duit yuran penyertaan kalau ada. Kalau negotiate dan ikut rate biasa kita boleh bayar guna duit ABM. Ada borang kat Admin kena isi.
Masalahnya: Bayaran selalunya lambat. Ada penceramah nak kita bayar dulu. Ada caranya, tapi tak leh cite kat sini...(jumpa kat opis aku...). Cth paling dekat macammana aku buat utk Naga Konvo dan Instructor pocho2 konvo.

Bayaran kuli AJK la...pun sama tak leh cite kat sini...(jumpa kat opis aku....).

Selalunya koorg nak duit la-la tu ASAP...Sok nak buat program..kertas kerja baru nak lulus...mana ada jalan da....Ataupun koorg boleh utang dulu dengan company...kalau baik dgn company la..Paling mudah beli kat koperasi..suruh koperasi keluar invois. Cuma aku/bendahari je yg letih kejor koorg pulak lepas tu..tuntut bayaran.
Pengalaman sebelum ni bila nak buat aktiviti punya la manis mulut nak mintak advance/kredit. Bila aktiviti selesai..lupa habis semua. Mcm kenduri jugaklah..kendara nya cabut.

Perlu diingat!! bilapengurusan bertukar kekadang dasar berubah.. lebih details mai opis aku...tak larat nak menaip dah..


Mesyuarat bersambung...

Tuesday, June 23, 2009

berbakti kepada tanah..kepada keluarga..kepada rakan sekerja

Gambar Hiasan: Ada 2 pokok pisang,2 pokok mempelam, 1 pokok betik. 3 pokok kelapa (satu mcm bantut), Daun Pandan, Pokok Serai. Projek kos murah...selepas dibersihkan.

Pagi Selasa aku mai opis pakai uniform opis, dalam kul 9 aku tukar uniform lain lak...uniform Tukang Kebun. Aku kekadang tertanya-tanya gak..apasal la kat area admin dan sekeliling poli..ada org yg bersihkan pokok-pokok dan rumput2 pada pasu-pasu bunga..tapi tang Pusat Islam tak de la pulak..Nak kena btahu gak ke? (opss.berenti sat..En Tahir nak jumpa..pasal Pusat Islam gak..Call Pn Rashadah .. tak de sapa sambut..).

Sambungan..
Semalam berleter tazkirah sat dengan 2 org cleaner kat Pusat Islam pasal keje2 pembersihan di Pusat Islam. Setakat ni belum la lagi mencapai standard piawaian yang dikehendaki. masa keje pun celam celum..
Beban..beban...nak kena tanggung..orang-orang muda..sekarang..

Ujung minggu ni tak leh nak bawak anak-anak berjalan..Aku duty lak ujung minggu ni..SUMBANGAN..
bersempena dengan Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan kali ke 13, PTSS jadi tuan rumah. Ari tu dah siapkan 10 soalan pertandingan kuiz..sok nak kena sedikan peralatan Anycast Station Single Camera Production yg dah lama aku tinggalkan (kira semi karat baru nee..)
Aku rasa keje-keje ni ada significance dgn Ucapan Pengarah aku sebentar tadi..Mengenai laporan penilaian prestasi (LPP) sumbangan peringkat Poli,Negeri,Negara dan Antarabangsa...(kalau International baru LPP boleh boh 90% and above...). Tapi jiwa muda..semua nak balasan segera..sabar..sabar..(Nak sabar kat diri ni jugak.). Balasan bukan mestinya dan-dan tu naik pangkat/gaji..Aku ni dah 10 tahun..gaji naik mcm biasa je..Cukup? ya memang cukup..bukan tak cukup-cukup.Ade senior yg kekadang sampai mati pun tak naik-naik wpun kerja bagus..yang penting balasan Ukhrowi tu lagi lah penting. Kalau siapa yg menunggu balasan duniawi ni alamat kecewalah ia sentiasa..kerana dunia dikejar tak akan dapat-dapat dikejar.
Lepas ni nak cari point-point utk Kuliah Subuh pada hari terbabit. Semalam menyempat tanya Ustaz Sharihan tentang tokoh2 usahawan Muslim.

Satu lagi point pengarah ialah berkenaan penggunaan Broadband dan Internet. Ya memang aku setuju..kat blog ni pernah aku menulis berkenaan perkara terbabit....."Tolong publishkan dalam web Arahan/Pekeliling Pengarah/Pengurusan PTSS.","Gambar aktiviti PTSS", "Forum PTSS"

Jabatan aku mostly aku communicate pakai YM, Kalau nak communicate dgn kekawan hospitaliti..pakai facebook. HMMmm..tak de ka sendiri poli punya?.

Note: Biar kita "tunjuk" jangan kita me"nunjuk-nunjuk.."

Saturday, June 20, 2009

Habiskan Ujung Mingguuu..bhg 2

Pokok pisang view dari bilik utama

Satu lagi yg sempat aku buat pagi ni .."MENEBEH" bahasa org Perak maksudnya "MENEBAS"

pokok Mempelam dgn Pandan,dgn pisang aku tanam..Nasib kalau menebas kat kuarters ni
a. Susah nak membakar..sat lagi asap masuk rumah org..jenuhhh..la.
b. Tak pasti sempadan tanah..Walaupun rumah aku tingkat dua tapi aku tanam kat tingkat bawah.
c. Nasib buah..tengelam timbul
d. TP dulu kata menyemakkan, Kontrak Mesin rumput kata menyusahkan mereka merumput.
Tapi..apa-apa pun boss yg baru suka dgn pokok buah-buahan...nak buat ladang harum manis PTSS ni..dan
kawasan belakang..tak de sempadan punya..
Sekurang-kurangnya boleh excersize...mengempiskan perut..ewahh..

Ngabiskan Hujung Mingguuu...

Ujung minggu wife aku ada kursus Leadership kat Aloq Setar. Aku angkut sekali 3 hero hero aku bersama-sama tidor semalam kat hotel. Ialah kalau dah booking hotel, lepas tu gi kursus kat hall..membazir la kalau bilik tu tak fully utilization. Wife aku check in kul 2ptg..aku sampai kat pukul 6ptg lepas habis kuliah(mana ada kuliah cuti2 ni) kerja.
On the way go tiga2 hero excited nak gi. Tak de masalah sangat..dan boleh aku singgah kat Restoran Menara Star Changlun (free advertising ni..)beli Mee Mamak (my favourite). Pasembor kat sini aku suka gak hasil recommendation En Taher.(Tq). Aku plan balik sok baru beli….

Sampai hotel ambik kunci kat key drop..

Hotel ni ada pool..tapi pool dia kurang selera sikit dan tak de children area. So kensel…mandi kolam esok.

Diorg mandi dalam bath tub je..tu pun habis banjir dan riuh rendah. Aku rasa org dok bilik sebelah pun tention. Malam keluar gi TESCO Alor Setar. Wife aku kul 10 mlm baru habis kursus. Beli roti+air je..Bebulu je cashier tu tengok barang2 yg aku beli…bawak troli lak tu..yg besar ya amat.

Aku buat dek je..apa aku nak heran..dukung si kecik tu pun dah 7/8 kilo..Ko nak dukung dia?..
Balik bilik, 3 hero dah jelepek…terus ZZzzz… Umi diorg balik pun diorg tak sedar..
+++++++++++
Sok pagi , wife aku continue kursus..La ni aku rasa banyak dah kedah kursus yg suka pakai multimedia..
Mcm Kursus Keindahan Bersama mu dgn Kursus Budak sekolah kat PTSS ari tu..Sentuh sikit mak, bapak dgn alam kubur..gerenti nangis punya…Tapi lepas tu…jemaah mcm tu gak. Tapi takpalah..itu kaedah menarikkan perhatian remaja la ni (termasuk org tua). Kalau dulu ceramah..mana ada multimedia..setakat power point tu org dah tak tertarik la ni..tapi kena pakai Movie mp3…Penerangan sikit…lepas tu boh movie yg sesuai..banyak dalam You Tube…
Kalau zaman dulu kita buat usrah, jumpa seminggu sekali ke..Org tak minat dah..La ni org suka buat “Kem”

Balik kepada cite tadi..lepas Umi diorg pi kursus..Aku cadang nak sambung “merho’loh”..bahasa org Perak..Maksudnya “tidur”. Dah diorg main stunt-stunt atas katil so aku suruh diorg mandi kat bath tub lagi…
Lepas mandi..start enjin kete jalan2 pusing Aloq Setaq.ke tiga-tiga dengan aksi Power Rangers nya

Yg hero..dok ajak naik Menara Kuala Lumpur..mak ai..jauhnya..aku btahu tu Menara Aloq Setaq..
Pusing2 jumpa pintu masuk..Tak de org pun. Bayaq tiket naik la dalam 5/6 minit. Waktu naik lif..nampak pandangan luar..Gayat weehh..Diorg excited nak meneropong..nasib baikla sampai kaki..kalau dak jenuh dok angkat.

Aku gatal mulut tanya; (buat-buat mcm pelancung dari jauhh..kebetulan pakai baju UTHM Alumni)
Aku;Dik..kat sini ada Zoo..ke?
Cashier ; Tak de..muzium adalah..sebelah sana galeri diraja..di sana terus jalan ni gi muzium
Aku;OOOO….
(dalam hati: mana la anak-anak suka tengok benda2 purba ni..Kalau muzium Taiping ada la kere diawet berbuntut merah haaa…tang tu diorg suka..).

Dalam kul 12 aku check out. Yang sikecik dah mula meragam..Ngantuk la tu..Last2 dia ambik port tidor yang paling dia suka..buat masa ni..

Singgah makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Periuk Besar Jitra.

Sampai rumah tidor. Wife aku malam ni baru balik..tumpang Pn Shaharom (Librarian)

Petang turun kolam Free PTSS Pauh Inn (free advertising lagi..)Malam gi pekena Pasembor…Kat Restaurant Menara Star seperti dijanjikan….Balik rumah?
Tidoq..

Wednesday, June 17, 2009

Cari bahan kat luaq


Ari ni dan le sejam setengah aku dok kat opis..Termenung nak mula buat apa. Portal e-learning moodle yg aku install tah pasal apa..tak jadik lak..Busan ya amat..gi web sourgeforce.net
nak download sofware iTalc utk monitor PC student..Line slow lak..

Aku pun nak cari ilmu perbankan kat luaq..?tak bergantung ilmu dalam internet je..So aku shoot kete aku gi kat Bank Maybank. kat Maybank je yg ada papan elektronik turun naik FOREX dan interest rate. Kenapa ada Sell OD/TT, Buy OD and Buy TT
Soalan 1:Apakah itu TT dan OD?Saja shoot gambar ini..Sok dalam kuliah boleh tunjuk kat student.

Kat sini aku tukaq kat Maybank yg baru. (pelanggan tak ramai..tengah bulan...).La ni Kad Maybank baru automatik ada perkhidmatan VISA Debit Card. Bukannya Visa mcm Master card visa tu. Soalan 2:Apakah perbezaannya?
Cashier tu tengok balance duit aku (baki b/b banyak ke.?..hua..hua..hua..)..terus je offer utk buat MasterCard...Takpelah..cik adik..

Lepas tu gi Alliance Investment Bank (atas Maybank je..) jumpa sorang dealer. Soalan 3:Apakah tugas dealer?..Ramai gak org dok tengok Monitor TV Papan Bursa Malaysia kat sini..Boleh tahan gak.Cadang nak snap gambar sekeping dua....takut lak kot2 kena halau. Ada 4/5 orang je yg pakai tali leher smart ya amat..Kot2 org salah anggap kakitangan kerajaan ponteng keje.

Rupanya Investment Bank dah ambil alih Syarikat Broker Saham..Soalan 4: Apakah beza antara securities dgn security-dah mula soalan melalut)
Nampakla aku tak update...Tapi yang best bila ke OSK Investment Bank (sebelum tu sempat singgah kat celcom..tanya pasal Blackberry Vodafone..Mahal gilee...). Mr Wong begitu bersungguh-sungguh explain pasal Stock Market..Aku tak de pun buat appointment apa-apa..Mungkin market tak busy kot. Dealer dok melepak..call in pun tak banyak..Lastly Mr Wong mencadangkan aku bukak la akaun CDS..belum tentu nak main saham lagi ni..katanya ada akaun boleh tengok real time share price..aku boleh la lebih kelentong student.

Mr Wong tekun mengisi borang utk aku..Sory la capture without your knowledge..(gambar)

On the way back singgah bertanya khabar ADR wife aku..yg di cat. Deposit duit sikit bagi semangat kat tokey supaya buat keje elok2...maa..

Ambik anak sekolah, Makan tengahari kat luar..
Wan tanya pasal learning Outcome Kursus Perbankan (mcm tau-tau je)

masuk opis..ZZZzzzz..... letih..









Tu saham dunia ..ni saham akhirat

Monday, June 15, 2009

Monday Mood

Mood percutian 2 hari ke Hot Spring Sungkai memang memenatkan tapi seronok. Aku tak tahula sapa punya idea yg kata lepas bercuti kita akan kembali cergas bila kembali bekerja. Yang pasti kata Ustaz..kalau bangun subuh awal dan tahajjud..sembahyang subuh jemaah , baca doa seribu dinar..pastinya hari tu lebih produktif dari hari-hari yang lain...tu aku percaya.

++++++++++++
Masuk keje start dgn Meeting Unit Inovasi dan Keusahawanan dengan Wakil UUM dari Unit Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dah ada plan dalam kepala hotak aku ni nak beri pelajar usahawan running Cyber Cafe yg selama ni aku jalankan. Dah tak larat dah..Kalau dulu aku btahu, tak de sapa yg setuju..la ni mungkin berlainan dah pandangan 2/3 org.

Projek Generik Ruang Legar JPG telah ditambah dengan kolam ikan. Aku upgrade Projek bebudak SMD kelas Asmiza je..tu pun beri idea je..Modal beli ikan kap ..keluar budget diorg. Dulu dah aku memang suka generik yg nampak hasilnya. Terus terang la aku katakan aku suka sangat kalau hasilnya lebih physically dan locally..

+++
Web hosting e-commerce pun dah ada idea macammana nak buat. Cuma stuck tang "Apa produk nak ku jual"?
e-learning pun ok dah..
Cuma nak cari "system attendence event" yg free ware, Php based. Senang nak ambik attendence kalau buat aktiviti. Server storage SMD yg dah tak pakai nak aku belasahkan.

Monday, June 8, 2009

Minggu Melopong..

Kucing sekor sempat interprame pulak

Minggu ni dah 2 ari duduk melopong. Auditor yg diberitakan nak mai odit Jabatan aku, nampaknya beralih angin ke jabatan lain. Doa sapa la yang makbul ni..Dalam kesibukkan audit nyempat jugak aku hantar Iswara aku utk di cat..
Kate Cina Pomen tu.."Aloo boss..3 minggu baru boleh siap ma.."
Aku Jawab: "No Problem..janji buat kasi elok na.."
Dia jawab: "Haiya..mesti baik punya maa.."
Aku Jawab: "MMmm..harga berapa bos, cat penuh Blue Honda Pearl , antirust,?"
Dia Jawab;" Dalam RM2+++
Aku Jawab:" HAIYAAAA.......kopak duit aku"
sebelum hantar kasik cuci dulu..

Lepas ni teringin nak make up (kalau ada simpanan lebih la..) RIO pulak..MMmm..sapa tau kat mana leh buat mcm ni..
nampaknya aku dapat meningkatkan "Permintaan Domestik" sebagai menyahut pemberian Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan.
+++++++++++++
Aku juga dah menjual Palm Organizer aku yang dah 7 tahun berbakti. Jual jauh-jauh sampai ke KUIS (student beli). Banyak dah manafaatnya tapi disebabkan perkembangan teknologi dan aku ni kira gila sikit bab gadget2 ni..tak larat dah nak pikul sampai 2 gadget. Smartphone DOPOD 818 pro ni dah cukup dah..(teringin nak beli yg lagi advance mcm vodaphone blueberry) Tapi kena sabar..sabar... Buat pertama kalinya jual di www.mudah.com.my (ON LINE) (diperkenalkan oleh Rahman-Tokey Itik dan A'Aseri-student aku) ramai lak pembeli yg berminat. Sok2 nak lelong Mesin Jahit lak..Sapa nak beli...?
++++++++++
Pusat Islam
mcm biasa kuliah berjalan..wpun kehadiran tak meng "Ghairah" kan. Nasib baik 2/3 ari ni ada kem pelajar sekolah yg menggunakan Pusat Islam..So ada la meriah sikit..Teks Ucapan sebelum Jumaat kali ni ada la sistematik sikit banding yg dulu..tulisan tangan..

Sekarang

Dulu

Yang penting mesej dakwah sampai..nak mai ke dak itu kemudian pikir..Lu pikir la Nabill..
++++
Check Out;
a. Semak 10% skrip jawapan-done
b. Lapuran Penyelenggaran Printer (KJ)- done
c. Lapuran Aktiviti Pencapaian Akademik (Hasnizam) - done
d. Sebutharga/Sukat Kabinet Pusat Islam- done setakat sukat je.
e. Pelupusan Harta Benda SMD - belum buat apa-apa.
f. FRP -done..Ok la..tak la perfect sangat..
g. Borang Biodata diri- dah isi dah hantar. Jawatan aku nak let go:Penyelaras Komputer Jabatan ngan Penyelaras Aktiviti Jabatan
jawatan nak mohon Penyelaras Latihan Industri Jabatan..boleh ke..he..he..Jawatan nak kekal
a. MT KKursus SMD (dapat elaun tanggung keje ni..)
b. Penyelaras ICT PTSS
c. Penyelaras Pembangunan dan Penyelenggaran Jabatan
Jawatan nak lepas bila mesyuarat agung tiba;
a. Pengerusi Pusat Islam
b. Naib Setiausaha Koperasi
Angan-Angan nak dapat tahun terdekat;
a. Gred DH44 InsyaAllahhhhhhh.....
banyak da... aku melalut kat blog ni...