Benda ni dah pernah aku tulis dulu tapi nak tulis lagi.
Isunya ialah CONTACT HOUR (Jam Pertemuan)
Sebagaimana yg DH sekelian sedia maklum, pada kurikulum modul (kursus) ada di nyatakan RTA (Recomended Time Allocation)dan Jam Teori dan jam Praktikal.
Ambil la contoh 15 minggu
Teori : 40 jam
Praktikal: 20 jam
So 15 minggu kuliah maka kena habiskan 60 jam.
Apa kelayakkan saya untuk bercakap mengenai perkara ini?
a. Pengalaman menggubal kurikulum DEC
b. Pengalaman menggubal kuriulum Tek Maklumat Pengurusan utk Diploma Peruncitan
c. Sebagai Pensyarah Sumber yg dilantik oleh Bahagian Kurikulum.
bagi sesapa yg ade pengalaman menggubal kurikulum (versi baru) mesti ade membuat SLT (Self Learning TIME). Dalam SLT ade pengiraan untuk mengira Jam Kredit sesuatu kursus.(bukan main belasah bubuh je...).
Dalam SLT ada
- Bil Jam x Bilangan Kuiz
- BIl Jam x Bil Assignment
dsbnya..
Perasan dak ada juga Bilangan Jam darab dengan Preparation for Quiz, Preparation for Assignment
Aware perkataan "Preparation" tu. Preparation tu bukannya buat kat kelas..tapi preparation tu ialah Self Learning Time student terbabit. tak kira la nak buat kat Library ka, atas pokok ke , kat bilik ke..dsbnya..
Mengapa tak dibuat dasar PTSS:
tak payah nak kelam kelabut ganti kelas cuti perayaan (oo..tang kita kena ganti..Tang pentadbiran ade ke ganti mcm ni..) dan ganti kelas cuti semester.
caranya mudah:
a. Content Kursus mesti dihabiskan (cth12 minggu pun boleh habis), Sebab 15 minggu tu mengambil kira
- beri kuliah (pendekkan..dengan kata lain highlight point penting je..)
- beri latihan
- beri kuiz (beri kuiz 15 mnit kalau biasa beri 30 minit)
- beri tugasan. So kan ke ade tugasan.
b. Beri Tugasan kita kira Jam kan tetapi kenapa Buat tugasan (yg pelajar kena surf internet, interview org, pi sana pi sini kita tak kira sebagai Jam Kuliah?)Itulah SLT yg paling lama diorg habiskan.
c. Buat tugasan pun kira sebagai Jam kuliah : Contoh soalan Tugasan:
Anda dikehendaki membina laman web E-Commerce berdasarkan hosting percuma yang ada. (5 jam Kuliah) Buat kat mana-mana , bila-bila masa..janji hasilnya berbaloi dengan 5 jam yang diberi.
d. RTA tu bukannya bermaksud kena mengadap muka student sampai 60 jam didalam kelas,(Aku tak tahula keje sapa yg bagi faham RTA dia maksud begitu.) tetapi boleh kira masa pelajar habiskan untuk buat tugasan.. Sekali lagi..tengok la SLT.
Tugasan yang diberi kita sama kan ia dengan 3 jam kuliah (sebagai contoh). Dengan syarat mutu tugasan tu mesti ada utk allocation time terbabit.
rasanya ini lebih baik dari buat bohong penggantian kelas..dapat dose je..
Ini belum cerita kalau ade web e-learning lagi..
No comments:
Post a Comment