Pengurusan Poli aku buat memo btahu cuti yg dua minggu jadi seminggu 2 hari je. So bebudak aku kena balik on Wednesday - Friday. Kesnya kerana bagi nak mengcukupkan Contact Hour semester. Bila tanya balik nak ikut jadual hari apa..jawapannya ikut suka lah jabatan..Betulke?. Habis tu kalau Jabtan aku buat ikut jadual hari Isnin,Selasa, Isnin. JKM buat ikut Rabu,Khamis , Jumaat. ..maka Ustaz , Ustazah, Sir and Madam boleh la kerat badan jadi tujuh. MMmmm...
++++++++++++
Semalam metting PEKITA, kelab Staf PTSS. Jawatan Tugas sampingan aku yang nombor sembilan. kalau bagi sampai nombor sepuluh pun ok...sebelas pun ok..kira semua ok lah...
JKuasa Kebajikan dan Sosial nama AJK aku..Hah...ha...aku rasanya semua aktiviti ade kaitan dengan kebajikan dan ada kaitan dengan sosial...
Isu mesyuarat pasal
a. Gerai KIOS nak sewa berapa, nak pilih camne.
b. Yuran Bulanan
c. Akaun didaftarkan bawah pertubuhan
Boleh Idup ke Kelab ni? Saya persoalan yang akan dirongkaikan...
kalau ada duit masuk, banyak lak tu.. mesti org suka. Kalau sewa menyewa..nak masuk mana? Duit Amanah? Nak simpan kat Jbtan? Simpan di Koperasi? Akaun dot..dot..dot..
+++++++++
Misi membaiki komputer SMD dah selesai.
a. 1 sumbang kat bilik Menaip (bawah En Taher)
b. 1 sumbang kat bilik depan bilik aku.
c. 1 sumbang dekat bilik simulasi pejabat (tambahan 1 yg dulu)
d. 1 sumbang kat mana?..aku tak tahu lagi. ade sesapa mau? Tapi koorg kena ada keyboard, mouse dan power supply sendiri.Yg tu aku tak beri deh..
+++++++++
Kuliah berjalan mcm biasa. Tak de masalah trip socket dah..bila nak pasang LCD. Cuma condition meja dan lantai dikelas yg mendukacitakan. Minggu ni minggu beri kuiz kat pelajar. MMmmm...malas nya nak marking. Next Kuiz aku buat on line je lah...Bior komputer yg marking.
No comments:
Post a Comment