Ari ni pagi tak de kelas..kelas mula kul 2ptg. So pagi masuk opis melopong dok fikir nak buat apa..Boleh gamaknya nak pikir nak buat apa...Sorry naik lori la...
Dok marking markah Latihan Industri budak SMD,
Calling Bhg Kurikulum JPPKK pasal ex student nak mintak transfer modul dpt masuk UNIKL,
Calling Hafiz tanya pasal e-attendence.
SMS Zul pasal duit OS42 masuk Koperasi dulud sebelum kat Pensyarah..Ni tak faham ni? Apasal nak buat gitu pulak..bagi bebai lagi la Bendahari KOOP.(wife aku la)
Aku cadangkan Boss aku kena keluarkan Pekeliling Arahan mcm Pekeliling JPA..,supaya bertulis. Senang org nak faham arahan kot..
Lepas tu kul 11 gi kangar. ..Jadi SEKORIKOR..Security Guard wife aku daa..Ambik printer CC yg jahanemmm..Taukey baguih punya bagi ganti Printer Brother yg baru sebab tak boleh dibaiki. Ari tu dia jugak yg dok promosi nak suruh pasang tank refill...Then create banyak problem lak...last-last dia bagi printer baru dgn Kos Rm300 je.
Dan jugak aku sent message kat bebudak SMD pasal keje kosong kat kedai dia.
Sementara tu kete aku aku park kat kedai Accesories, mintak repair alarm aku. Lock kereta kalau turun tak leeh naik,kalau naik tak leh turun..Haaa..jgn fikir yg bukan-bukan...
Terbang RM80.
Waktu tu aku lalu depan Kedai mamak..selalu lunch kat situ..Mamak tu pun dok sengeh kat aku..maklumla regular customer dia lalu..Tapi aku tak singgah makan..banyak benda yg nak buat.
Balik Kangar..sembahyang dan masuk kelas . 2 jam habis demo kat student pasal networking. Dan juga aku suruh budak2 SMD mengangkut PC dari makmal ke depan bilik aku.
ade 4 biji semuanya.
Senang aku nak buat maintenence. Kalau duduk kat Makmal ade je org pakai. ..tapi bukannya nak pakai LCD ..cuma nak rasa aircond kat kelas....sebab tu lah..PC bilik persembahan pun aku tak repair-repair lagi. Sok aku nak buat waktu perhimpunan JPG kul 8pg.
Habis kelas ade sejam lagi..dan le susun sikit opis aku yg berselerak. Ambik anak aku kat nursery lepas tu bawak dia jalan-jalan naik moto singgah sembahyang Asar kat masjid. Dah jadi rutin pulak anak aku yg si kecik ni.
Malam Ustaz Sharihan beri ceramah maghrib.
Jumpa Us Husba sat mintak pandangan pasal Pesta KONVO dilaksanakan oleh JPP.Ok dak?
Jumpa En Jailani pasal kutipan Jumaat tabung utk saudara baru.
Selepas memastikan PA system berjalan dgn baik aku perderas ke CC Lelaki dan Perempuan. Hari ni berkat apa tah ..aku boleh pastikan 11 PC CC perempuan semuanya maintain OK dah..Printer pun OK.
CC Lelaki dapat aku repair 1 pc , cuma printer yg hitam je boleh ,Color punya jahanam rasanya.
Waktu dok godek-godek tu.... dok terasa seronok nya sesetengah org lepak kat rumah membute. Tugas sampingan ni....bukan tugas rasmi pun. Ade sesapa nak ambik tugas aku ni>?Aku rasa kalau mashuk poket sendiri ramai la nak buat.
Kul 11 gitu balik rumah semua family aku dah terbelungkang tido..Panas lak mlm ni..Mandi, tengok TV sambil taip blog.
Explore web2 pasal Perak...he..he...Ape kerojenye yob oi..
No comments:
Post a Comment