Friday, June 27, 2008

Panjang punya story

Tah apa tah ari ni , pepagi lagi aku ngadap komputer ber YM dgn Mus and his wife. Diorg nak tanya pasal macammana nak buat blog. Since aku pun tak de benda nak buat, budak2 yg kursus 3P pun semuanya ok so..so..aku layanlah diorg conference dlm YM dengan kuliah percuma. Terang ati diorg ni..senang2 je dah berjaya diorg develop. Kee..cikgu dia terror...

Yahoo! Messenger (6/26/2008 9:24:17 AM): JHSB PGA has joined the conference.
Yahoo! Messenger (6/26/2008 9:24:19 AM): ismeza idris has joined the conference.
pkksabah (6/26/2008 9:24:28 AM): ok murid2
JHSB PGA (6/26/2008 9:24:38 AM): ha mcmn nak start
ismeza idris (6/26/2008 9:24:41 AM): ok cikgu
JHSB PGA (6/26/2008 9:24:42 AM): g picasa
JHSB PGA (6/26/2008 9:24:51 AM): morning cikgu
pkksabah (6/26/2008 9:25:28 AM): https://www.blogger.com/start sila click kat sini
pkksabah (6/26/2008 9:26:37 AM): nak buat blog ni ada banak platform yg tawarkan bloggers. samade www.multiply.com/www.wordpress.com/www. ish..banyak la...
JHSB PGA (6/26/2008 9:26:55 AM): ok..satu2 la
pkksabah (6/26/2008 9:26:56 AM): maaf banyak ye bukan banak..Nasib baik tak benak..
JHSB PGA (6/26/2008 9:27:10 AM): perli nampak
pkksabah (6/26/2008 9:27:21 AM): ko pilih bloggers tu je lah...
pkksabah (6/26/2008 9:28:27 AM): pilih Create Your blog now..kat sebelah kanan tu ya...
pkksabah (6/26/2008 9:29:08 AM): cikgu mesti senyum..nampak dak cikgu senyum...
JHSB PGA (6/26/2008 9:29:08 AM): ok
ismeza idris (6/26/2008 9:29:57 AM): sori guys...u all go on dulu...i ada urgent thing to do...
pkksabah (6/26/2008 9:30:15 AM): isi form dia. Tang e-mail tu jgn tipu. oleh guna e-mail yahoo ko
ismeza idris (6/26/2008 9:30:27 AM): shidan...tnx a lot..i try nnti..kalo x faham..i ym u..
pkksabah (6/26/2008 9:30:58 AM): You may excuse. Nota kuliah ni boleh simpan dgn syarat ko set kan message achive >save message
pkksabah (6/26/2008 9:32:03 AM): click kat conference>preference>achieve
JHSB PGA (6/26/2008 9:32:32 AM): ok...
pkksabah (6/26/2008 9:32:34 AM): >yess save all my message
JHSB PGA (6/26/2008 9:32:42 AM): yurp
pkksabah (6/26/2008 9:33:44 AM): Sambung balik ni. Isi borang tu > tick kat accept the term kemudia continue
JHSB PGA (6/26/2008 9:34:25 AM): bro....dont
JHSB PGA (6/26/2008 9:34:28 AM): sempoi
pkksabah (6/26/2008 9:35:38 AM): ko dah takat mana la ni?
pkksabah (6/26/2008 9:36:45 AM): Kemudian Isi la Blog Title, blog adress. (tengok la blog adresss ko cadangkan tu available ke idak.)
pkksabah (6/26/2008 9:39:14 AM): ingat nanti no nama blog ko > lepas tu pilih template mana yg ko suka>lepas tu continue>lepas tu tada...siap la blog ko
JHSB PGA (6/26/2008 9:41:15 AM): aku dah wat cerita aku daaa...
pkksabah (6/26/2008 9:41:24 AM): boleh start blogging. Cuma "INGAT:" KO AKAN MENRIMA SATU E-MAIL DARI GOOGLE UNTUK VERIFY KAN BLOG HANG. HANG KENA BUKAK E-MAIL TU DAN CLICK "LINK" UTK VERIFY. KALAU KO TAK BUAT 2/3 ARI LEPA NI DIA TUTUP BLOG KO(TANDA KO TAK SERIUS LA TU) SELAMAT MEMBLOG SEKIAN UTK ARI NI.ADA APA2 SOLALAN?
pkksabah (6/26/2008 9:41:43 AM): INI LAMAN CIKGU NI.Sila diri atas meja
pkksabah (6/26/2008 9:42:09 AM): lawan bukan laman ye..
JHSB PGA (6/26/2008 9:42:41 AM): he he he..cikgu tersasul jer..ni pehal
JHSB PGA (6/26/2008 9:42:45 AM): cikgu dah makan
JHSB PGA (6/26/2008 9:42:48 AM): he he he
pkksabah (6/26/2008 9:43:05 AM): ok tak de soalan cikg nak sign out...nak sambung tido..Cikgu tengok bola semalam



Ini lah gambar tempat PORT aku kat rumah. Kira macam mini CC la. Ada 2 pc semua jenis lama2(pentium 3 dgn AMD AThlon). Router dgn 4 port dan Wireless Port (ini jiran2 aku kekadang cuba nak connect gak). Line Streamyx COmbo 384kbps. Notebook aku pun dah masuk umur 10 tahun..layak nak dibuang kat dalam tasik poli, tapi aku masih sayang kat dia ni. Desktop aku pun sesama usia dgn Notebook aku. (monitor flat baru beli RM800). Dah masih boleh pakai..buat pe nak membazir. Membazir tu kan ke amalan syaitan...

Moto Kriss..Aku beli sejak mula2 keje di Sabah. Tahun 4-1-1999 aku posting, dalam bulan 5/6 kot aku beli. Semalam aku hantar servis (dah 2 tahun tak pernah servis kedai) bukannya apa...since minyak dah naik ni, cadangnya aku nak la naik moto ni la pi opis..Cadangan baru tu..Lampu, horn dah ok balik
Isi full tank moto pun dah cecah RM10/= gilooo ko..mahai...Kondition dia masih ok...jual masih laku..he..he..
Basikal Biru tu angkut dari Sabah lagi, Pernah patah roda...Masih boleh guna. Yang merah tu beli kat Perleih..

Kete Iswara- bini aku punya. Beli 1988, waktu Mahathir masih jadi Perdana Menteri. Pernah berkhidmat di Sabah selama 6 tahun (ishh..mcm askar pulak). Jarak perjalanan...Perlis dah pi, sampai ke Johor dah pi, Tawau dah pi..Keningau dah pi..kira round Malaysia la..
Pinjaman dah habis. Kondition dia masih ok...jual masih laku..he..he..

Sempat gak kucing tu interprame depan kete..Suhh..suhh..jgn ko pancut dah..



Ni kete aku beli sebab kekadang
1. Gi meeting ka..gi mana2 ke yg jauh2-
aku tak berapa konpiden dgn Iswara tu...Tapi pernah gak 2/3 kali aku gi KL bawak Iswara.
2. Sebab kete ni ada power stering dan auto so senang sikit bini aku nak bawak...dengan membonceng anak2 aku sekali.. Pinjaman RM702 sebulan selama 7 tahun

Rumah? kot..baru ade tanah..






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Canggih manggihnya PA system kat Pusat Islam. Ini dah upgrade sikit dari dulu. Nak kena jaga elok2 kos budak2 selalu ngusik2 button2 dia ni...Ko org jgn cuba nak usik2 button2 ni..biar tok bilal je yg boleh usik. So ada 7 mic in. 1 cd player, 1 kasset player, 1 wireless mic (tak nah pakai pun)

Ari ni ade +- seribu org IKBN menghinap di Kamsis PTSS. Tapi yg mai jemaah tak sampai 5. Tok Bilal still kena mai...Mana pi Imam yg ade ni ...Oii..ko org pi mana oii...
Jumaat tadi pun buat kat luar poli. Aku iring bebudak Kursus 3P naik bas poli
ke masjid Ali Imran Ulu Pauh
(psst...sapa yg TPA Zam-Zam marah chatting dalm kelas semalam ha?)


p/s dengar cite KJ, Husna dan Imran dapat pindah...alahai jadual waktu...Sapa nak kena pikiaq ni..

















No comments: