Friday, June 6, 2008

Minyak naik ..darah pun naik

Banyak blog yg aku baca kebanyakkannya menceritakan tentang kenaikan harga minyak. Tengah cuti sekolah ni..tak le aku travel ke Arau untuk hantar anak2 ke sekolah. Dulu waktu naik harga minyak, aku ingat lagi T*M kata "dengan penjimatan subsidi tersebut, kita dapat gunakan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysia." La ni dia tak ulang balik statement tu. Statement baru T*M "rakyat mesti ubah cara hidup"
ku sokong jugak kenyataan e-mail dalam berita TV3 agar pak2 menteri potong dulu elaun2 diorang. Apa2 pun rakyat jugak la yang kena berkorban. Bagi isyarat pilihanraya ari tu pun masih tak faham-faham yang "pemimpin mesti ubah cara hidup".

Kakitangan awam macammana?Claim millage, waran K/T (TNT), claim makan, claim loging/hotel, elaun harian boleh cover belanja anak bini sekali kan?. So...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ari tu gi Penang Mesyuarat
Garis Panduan Peralatan ICT.

Meeting yang kena buat keje. Iaitu menetapkan garis panduan apakah peralatan ICT yang boleh dibeli oleh jabatan utk RMK yg akan datang (naik taraf peralatan ICT) dan Politeknik2 baru. Tengok...keputusan dasar mcm tu pun kita nak kena buat. Call sana sini nak dapatkan input. Kalau salah buat ada la yang akan dijadikan "kambing hitam"
++++++++++++++++++++++++++++++


Balik dari Meeting, m
lm tu pekerja CC talipon btahu CC ade cubaan mencuri barang, Pi la tengok ambik gambar. Mana le nak berkat belajar bebudak2 ni..Habis la almari tersenget dan Maggie jatuh bersepah. Nasib baik pencuri takleh masuk, cuma dia capai melalui tingkap yang dibuka cerminnya.




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sok nya jaga exam. Dapat Amaran sebab parking
Aku parking bukan kat petak parking ke? Waktu tu parking kat sebelah pokok dalam pasu tu. (rujuk gambar). Takpelah mungkin parki
ng dah lepas dari tanda no entry. Redho jelah.



Usha kat kete member parking bederet kat
area lain. Siap ada kat pili bomba lagi. Dapat amaran gak ke?

Kalau sapa la gatal mulut kata kita mesti parking kat petak parking je..
Aku gatal je nak balas. Ko org mai sembahyang Jumaat kat PIslam ko org parking kat mana? Kat roundabout, kat atas rumput, Moto lak...kat bawah bumbung laluan, kat tepi tangga, kat bawah pokok. Why not Parking je kat parking lot kafe ..lepas tu jalan kaki ke PIslam...banyak sikit pahala. Yang sebelah kete kancil tu ialah lagi bekas paip pecah (time bomb PTSS)..lepas kena korek.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

18 hb sepatutnya kena gi Putra Jaya Mesyuarat Orientasi Diploma e-commerce. But 17hb ada daf
tar kursus 2 minggu Comptia kat PTSS. So sorry la semua ...aku pilih kursus tu dari mesyuarat. Dua-dua penting. Kira kos melepas la ni..Babuji kata nak suruh org msoft bagi kursus commerce server tapi budget tak de. Orientasi Diploma Tek Maklumat dapat bukti diorg panggil org msoft buat kat PTSS. Mungkin kita kena save kos tak yah la buat sampai ke Cherating. Buat kat PTSS je.

No comments: