Thursday, June 19, 2008

Ketidakcekapan Proses

Ari ni aku ambik masa sikit nak turunkan temper disebabkan pa'el sesiapa dalam pentadbiran yg terlibat dalam urusan Gaji aku, bukan niat utk merendahkan sesiapa tetapi untuk menasihatkan diri dan kalian sekelian yang mungkin dah terjamin gaji bulanan kalian dan pencen kalian.(Samaada buat keje atau idak)

Dulu aku pernah menulis dalam blog ini tajuk nya Letih
(ko org klik je kat letih tu.)

Semalam dalam hening pagi semangat nak masuk kelas Comptia N+ . Aku dikejutkan dengan surat ni. Hati mana yang tak terbakar setelah menerima surat ni. Dari Post Letih tu dah aku report mengenai ETK ni. Macam2 alasan diberi. Kali ni gunung berapi nak meletup. Ustaz Ajak sampai Rm5K nak kena bayar balik. Pun ari ni alasan lagi diberikan:
a. Kami tak terima surat pembatalan pembayaran ETK dari AG
-Hellooo...ko org dah call ke AG. Ada bukti ka bila call tu. Dah buat surat makluman ke, Dah buat follow up ke. Apa? Pensyarah buat semua tu tau kalau melibatkan pelajar yg tak mai kelas. Bukan sorang dua. Call pelajar, Buat surat, Buat follow up, masuk mesyuarat JP, mcm2 kena buat. Elok ko org jugak kena di ISO kan..
b. Salahkan org lain....
c. Tak bayar dulu pun tak pe. Nanti lulus ETK DH44 tu boleh tolak balik. OK... kalau gitu buat surat menyatakan sedemikian. Jangan main sedap mulut je. Sok2 kita tak bayar, dapat surat tindakan tatatertib pulak.

Bukan masalah tak boleh bayar/ boleh bayar sikit2. Ini masalah "ketidakcekapan proses". Dah la tu..dalam surat tak de lak tukis "ETK telah terlebih bayar oleh pihak kami kepada pihak tuan" "Kami meminta maaf" ke....Ade le sejuk sikit hati.

So aku ngadu pada TP En Jinal. Kang kalau cakap kat org tu..dengan angin dah naik lebih dari harga petrol ni ade yang kena sembor nanti. Tu pun message aura panas aku pun, 2/3 org staf kat atas tu perasan...

Ni nak marah le ni.... Dah lama dah ...
Cammonnnn...la... Kami didik pelajar punya la dipantau mcm nak rak (cth dekat buku jawapan pelajar) ..Staf sendiri buat keje mcm hampeh...Tu belum aku nak semak buku perkhidmatan, Esis aku lagi..tah update ke dak..?

Bini aku Cuti tanpa Gaji pun..tah bila koorg nak buat..."Sleepless In Seattle" betul

Berambus..chow

P/s: Dah tukar Hijau mcm Incredible Huck

No comments: