Saturday, March 29, 2008

Kalau Diri dah Senang....

Dengar khabar2 angin yang pembahagian markah mulai next sem akan jadi 50:50. Ini disebabkan performance pelajar Poli di U yang tak sebaik keputusan yang didapatinya sewaktu di poli.

Tak tahulah pihak U atau Poli sendiri dah ada buat kajian prestasi Xpelajar poli di U. Setahunya sewaktu Mesyuarat Panel Luar Jabatan Perdagangan panel dari UUM memuji pelajar poli. Best student UUM (Anugerah diRaja Konvo UUM pun baru-baru ni bekas pelajar poli) Yang dah keje pun mengikut bidang kena tanya org yang buat trace study.

Tu la nak tanya dah buat KAJIAN ke? Atau sembang-sembang waktu meeting , and hands up your hand. Selalunya kena buat "Paper Work"/ "Kertas Dasar"/ "Proposal" / "Analisis" / SWOT dan mcm2 lagi. yang Top2 Manager selalu suruh buat. (walaupun nak suruh pasang pintu), bukan main "Ikut rasa" kalau Ikut rasa - binasa.

Dan as usual P&P selalunya tindakan mesti nak 'SEGERA' tak boleh tunggu2 kalau nak semuanya sedia alamat tak jalanlah..Umpama Skim DH, tah le sampai sekarang tak masuk2 lagi "perabut" nya. You nak you masuk, You tak nak You keluar - ini bahasa org.macammana ni?

Alasan mudah kalau yang bukan P&P - "budget tak de"

Kemudian, dah kaji ke ada significance relationship melakukan perubahan markah PB/PA dengan student performance.
Masih ingat lagi wktu impliment markah lulus 40% dulu?
- Macammana dengan fasarana P&P
- Macammana dengan Latihan Pensyarah - hadir Kursus Pengurusan Fail, Kursus Strategik Planning, Kursus ISO. Macammana dengan kursus yg 100% berkaitan dengan P&P?
- Macammana dengan Pensyarah - Produk U yang jadi Lecturer poli..Berkualiti kah mereka mengajar? Kena tanya balik org U yang produk diorangla yang mengajar budak2 poli ni.Apahal..
- Macammana dengan Pensyarah GSTT - ramai? terlatih?

So FIKIR_FIKIRKAN..................


Asalkan Diri Senang Bahagian 2

Pagi Sabtu meronda kelas2 utk markah pertandingan kebersihan kelas. Ini yang antara dilihat dan tak senang hati melihatnya. Nak kena buat report jugak dulu Lubang apa ni tengah2 kelas


Dah panas begini tak reti-reti nak pasang langsir ke?







Nak tunggu report... .baru jalan...
















ini yang antara yang di maksudkan. "Asalkan Diri Senang.." masalah org lain biarkan ia...
Cadangan nak pindahkan Whiteboard ke sini sebab socket duduk dibelakang, kalau dak panjangnya extention nak kena bawak sebab whiteboard dan student mengadap ke depan...Nak project LCD kena bagi arahan..."Kebelakakaaaang Pusing!!"



Thursday, March 27, 2008

Asalkan diri sendiri senang

Pernahkah kita terfikir untuk menyenangkan rakan sekerja kita atau subodinate? Kalau bagi seorang ketua mahupun sebagai middle level atau lower level. Apa yang nak disenangkan, kalau kita dah segalanya ada.

1. Dekat tempat kita mungkin kita ada mesin fototat,walhal tempat rakan sekerja mungkin tak de ataupun drumnya dah habis. Ahh..asalkan tempat kita ada.
2. Dekat tempat kita mungkin kita ada mesin printer laser, walhal tempat rakan sekerja mungkin tak de ataupun tonernya dah habis. Ahh..asalkan tempat kita ada.
3. Dekat tempat kita mungkin kita ada talian telefon sendiri, walhal tempat rakan sekerja mungkin tak de ataupun kena share. Ahh..asalkan tempat kita ada.
4. Dekat tempat kita mungkin kita ada komputer sendiri, walhal tempat rakan sekerja mungkin tak de ataupun mungkin dah kena virus. Ahh..asalkan tempat kita ada.
5. Dekat tempat kita mungkin kita ada orang nak kita arah buat itu dan ini, walhal tempat rakan sekerja mungkin dia yang kena arah buat itu dan ini. Ahh..asalkan tempat kita ada.
6.Dekat tempat kita mungkin kita ada parking sendiri-sendiri, walhal tempat rakan sekerja mungkin kena berebut-berebut. Ahh..asalkan tempat kita ada.

Sampai bila KITA nak begini?
Tak ada kah rasa nak buat sesuatu bagi menyenangkan pulak rakan kita atau subordinate kita?

Sedar tak sedar sebenarnya tindakan kita masing - masing masih rasa
"kita senang sudah, orang lain lantak dialah.." walaupun mulut kita masih menafikannya.

Kekadang nak je rasa mungkin kini tiba masanya yang KITA-KITA ni nak kena ............ buat apa yek...Buat bodoh je lah....

Saturday, March 22, 2008

Minggu ni buat apa?

Apa nak tulis yek..
Ok kita cite pasal KPI Key Performance Indicator, kursus yg separa rela hati kena pi. Buatlah strategi-strategi dan aktiviti-aktiviti untuk mencapai Objektif PTSS. Penceramah begitu menekankan dari segi kurangnya komunikasi berkesan / sharing of information dikalangan pensyarah. Walaupun channel utk menyalurkan ada tetapi kenapa banyak perkara yang kurang dikethui atau dimaklumkan. Kita ada:
a. e-mail- wpun ramai tak pakai @poliperlis
b. website
c. Info Channel kafe Pentadbiran
d. PA System Asrama
nak tambah buat bulletin bulanan?

Buat je group yahoo, YM, BLOG dan invite ramai orang. La ni bloggers cukup popular sampai Menteri Penerangan pun nak jumpa, sampai waktu Pilihanraya pun org suka baca blog (cepat, terkini) dari tengok berita TV (lambat, ditapis tapis)
+++++++++
Ustaz Hasimuddin nak buat pertandingan web site Pusat Islam - Ana suggestkan buat blog utk Pusat Islam, ramai yang boleh buat rasanya sebab ianya mudah.
++++++++
Pertandingan nasyid, |Jabatan Perdagangan dapat tempat ke 3. Nak kena belanjele ni..
++++++++
PA system Pusat Islam rosak sebelum Malam Keinsafan SISWi. Peluh ketiak jugak nak buat plan B. Alhamdulillah dapat integratekan Portable PA System dengan speaker masjid. Benda yang optimum dan heavy usage, kalau tak beli yang ok alamat..mudah jahanam.Mungkin ada kaitan dengan Hujan Lebat RIBUT ari tu dimana short curcuit alatan PA.
++++++++++
Projek Windows Server 2003 yang dulu tu nak buat kursus HJ Omar tak lulus gamaknya. Kos mahal sangat. so La ni buat Point OF Sales utk cash register machine.

Pembelian alat ganti utk Modul Kom Data dan Pengkomputeran
Alhamdulillah LULUS. Rak pun dah pasang utk simpan alatganti komputer.
Panner- kena setupkan Network.- Server yang satu lagi tu macammana nak buat?
Nizah - kena study pengkomputeran Quad Core
++++++++++++
Sharipah telefon tanya pasal wireless network PC (banyak PC) tak detect - suggestion
a. reset balik wireless router tu
b. kalau yang guna cable boleh, mungkin ada IP conflic (static IP yang diber ada yang sama)
c. Mungkin wireless areal dia tak ok
+++++++++++++++
Sabtu jadi AJK kursus Perkahwinan
+++++++++
Tiang-tiang yang yang tumbang.................untuk kita befikir...Kalau kita (rakyat) boleh memilih ketua melalui pilihanraya..

Monday, March 17, 2008

KPI -

Masih tak de network di CC A4:dah 3 hari sales tak jalan.

dah
a. YM Rohaima dan YM Hafiz
b. Call Rohaima
c. Call Nazid
d. SMS Nazid
e. BTahu Kamal
Masih - tak de feedback yang jelas-
Semua btahu dah nampak Nazid pi Asrama. Tapi tak de btahu Masalhnya, sebab tak selesai lagi ..kenapa?

a. Aku suka menyibuk ke? - mana tak menyibuk kalau business CC Koperasi ada kat situ. Dah Politeknik tak sanggup nak buka lab malam2 hari, nak bayar pekerja / OT.
b. Aku Tak buat report ikut ISo ke?
c. Credit dah habiske sebab tak balas SMS?
Pls hantar report ....why?

Kursus KPI- major masalah poli ialah komunikasi tidak berkesan . Safa kena komen banyak pasal; e-mail @poliperlis dgn Wifi dan Poli internet poli.
Cuba bantu mana-mana yang boleh.
++++++++++++++++++++
Nak kata sibuk ..semua org kata dia sibuk. Mai Kursus KPI pun dok pikir kelas yg nak kena ganti. Kalau orang pengurusan, tak de la nak fikir waktu kerja nak kena ganti sebab berkursus. Pelikkan?
Contact Hour pertemuan pelajar dengar Pensyarah average +- 60jam.klau jadual pelajar tu ada free ok lah jugak,sebab jadual pensyarah memang la ade free.

Kalau jujur dan amanah:
Seminggu kuliah 15 Jam.
Pi metting seminggu maka 15 jam kena khador
Kalau khador lepas kuliah kul 5ptg - 10 malam ada 5 jam
so kena buat kuliah Isnin - Rabu 5ptg - 10 malam
Sapa yang buat?
++++++++++++++++++
Mohd Afiq SMD - berjaya dalam temuduga SPA
++++++++++++++++++
Perkara ini telah saya tanyakan kepada Pengarah PTSS

"Assalamualaikum, adakah kebarangkalian pelajar sijil poli dapat masuk
integrasi wpun belum cukup setahun grad? ini dakwa ex pelajar saya di
http://groups.yahoo.com/group/smartdbiz/ di poli kulim".

"Ada tak kemungkinan pelajar sijil memohon kursus diploma menggunakan
keputusan SPM dan dia berjaya."

Thursday, March 13, 2008

Letih. tention ,

a. Kursus Celik IT Pelajar Sekolah - done


b Menyelaras Minggu JPG - Budget ramai tak hantar + so paper work tak siap
c. Cyber Cafe - Network Blok A4 tak jalan report dah..Printer Rosak nak beli baru kot
d. Unit IeU - feedback keahlian slow mcm kura2
e. Meeting Koperasi Jumaat ..asik2 buat meeting jumaat..AKU ADE KELAS LA ARI JUMAAT!!!!!!!
f. Kursus Key Performance - minggu depan KULIAH Nak GANTI ah...tention.....
g. FRP baru 3 org hantar utk semak
h. Menteri Besar..belum lantik lagi....

Tuesday, March 11, 2008

Analisis PRU KE 12

Pilihanraya Umum Ke 12 dari Rakyat pengundi golongan "Starbuck" bukan bermaksud agen Israel

Keputusan yang diluar jangkaan samada dari parti pemerintah atau pun parti pembangkang. 5 buah negeri bertukar kerajaan iaitu Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kelantan.

Bagi yang menang terutama pembangkang , ini lah masanya untuk mengkotakan janji setelah rakyat memberikan amanat yang besar kepada mereka. (Bukan senang nak dapat mandat sebanyak ini). Manifesto negara berkebajikan perlu dilaksanakan bagi perkara-perkara dalam bidang kuasa kerajaan negeri (mungkin Kelantan boleh dijadikan rujukan).

ADUN dan Ahli parlimen perlulah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin agar kepercayaan ini berpanjangan sehingga pilihanraya akan datang (Tidak berulangnya keadaan seperti kejayaan Pilihanraya ke 10 dan tewas teruk dalam Pilihanraya ke 11).
Bagi Calon BN , muhasabah la diri ....rakyat dah bangkit, Jadikanlah diri sebagai wakil yang benar-benar mewakili rakyat, memperjuangkan suara rakyat, bebas dari skandal, rasuah.

Apa yang perlu dibuat bagi negeri yang menang :
a. Audit akaun negeri
b. Laporkan kewangan negeri semasa
c. Minta BPR masuk counter check projek2 negeri dari kerajaan dahulu.
d Jalankan tugas-lawat kawasan-jgn kumpulkan kekayaan bermewah-mewah dengan duit rakyat
e. Sidang Parlimen / negeri buat secara langsung.Rakyat nak nilai utk 5 tahun akan datang
f. Negeri berkebajikan - kotakan
g. Jangan bermuka-muka, cakap sesedap rasa . Hujah biar berilmu dan berakhlaq
h. Istihar Harta

Hatta kemenangan Parlimen bagi pembangkang pun ada yang disertai bersama kemenangan di DUN dari BN untuk menjadi
pemantau dan "check and balance" BA.

Dalam Piliharaya ke 10 sewaktu refomasi, BA memenangi banyak kerusi akibat
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat pemecatan DSAI
walhal DAP waktu itu tewas teruk seolah-olah DAP tak releven. Kelantan dan Terengganu diperintah PAS.

Dalam Pilihanraya ke 11, perubahan pucuk pimpinan BN, Parti Keadilan tewas teruk seolah-olah Parti Keadilan tak relevan lagi. Adakah orang UMNO kembali kepada UMNO? Mungkin ya...Kelantan hampir-hampir ke BN, Terengganu kembalikepada BN.

Dalam Pilihanraya ke 12, Sesuatu yang berbeza bila PAS, DAP, dan PKR mendapat undi popular. Kenapa ini terjadi.
Analisisnya:
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat ketidakpuashatian pemilihan calon-calon.
b. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat melihat kelemahan peneraju BN.-
c. Golongan pengundi baru sejumlah lebih 1 juta yang mula mengundi - mereka ini mungkin baru bekerja/ mendapat
anak atau berkahwin dan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi (Minyak, barang makanan dsbnya)mula melahirkan
dan mengzahirkan protes mereka dan mungkin mengharapkan isyarat ini disedari BN.
d. Orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon.
e. Rakyat dah meluat dengan media perdana dan beralih ke media alternatif.
f. Mantan Anwar ?
Sokongan Cina dan India kepada PKR dan DAP meningkat....kenapa?yang uniknya calon dalam tahanan pun boleh menang. Kesemua ini menjadi satu momentom.

Kesimpulan.
Jika ianya bersikap sementara, kemungkinan pengundi akan kembali kepada BN dalam pilihanraya ke 13. Tambahan
pula jika PAS,DAP dan PKR tidak berjaya menterjemahkan manifesto mereka kepada realiti.
mesej nya jelas bilamana MB dinegeri-negeri terbabit seolah-olah satu skrip filem dimana mereka tidak tewas,

Fikir-fikirkan dan giatkan usaha...

Manifesto bersifat spesifik bukan bersifat general (am) antara faktor pemilihan pengundi
Media Perdana terlalu mengula-gulakan kerajaan secara berulang-ulang.


Kill the Trojan

At last berjaya gak remove trojan Romeo..jeng..jeng tanpa perlu format PC
++++++++++
Pagi: makan Roti Canai kat depan poli bersama anak2
Lepas tu buat kelas komputer utk budak sekolah. 4 org je yg belajor.
Lepas tu masuk kelas WEB SMD2b
Lepas tu Hujan///////////
++++++++++++++++

Monday, March 3, 2008

Lulusan Sijil Pemprosesan Data

Yang jadi pensyarah di JTM PTSS
a. Pn Normiza Tahuddin dulu SMD di Poli Seberang Perai
b. Ade sorang lagi lupa nama

Saya tanya beliau , beliau kata beliau sambung dari SMD ke Ijazah IT (UUM) melalui permohonan on line > pilih lulusan sijil/Diploma/Stpm

KUTEM di Melaka pun ada ramai ulusan SMD. Dengan cerita Bob sambung di sana. Sesiapa berminat sila cuba.

So, nama sijil tak penting yang penting pengiktirafan (diiktiraf) dan kualiti graduan kita. Ramai pelajar yang tak tahu peluang2 yang ada jadi saya tuliskan do blog ini.

SMD yang dah grad

Tambahan yang berjaya:
Intake SMD Julai 06 keje Juruteknik FT17
a. Suria
b. Mohd Nor Saiful kamal

Intake SMD Julai 05 sambung belajar Diploma Business Studies UITM Merbok
a. Nurul Nazmy trix_moy535@yahoo.com

Sebelum ni keje Juruteknik FT17:
a. Helmi rafizie - bubuq_asyura@yahoo.com -Serawak
b. Fadliyana - yana_liyana86@yahoo.com -Putra Jaya
c. Nur Nasyrah - nashwan_nur1312@yahoo.com - Raub Pahang
d. ............... (sorang lagi lawan Nur Nasyrah ..lupa..rasanya Nasyrah tahu)
e. Asnawie - asnawiey@yahoo.com

yang hadir temuduga tapi belum dapat keputusan
a. Sharifah Nurmaisarah

Saturday, March 1, 2008

Cyber Cafedan Internet

Pepagi Sabtu call telekom 100 complaint pasal line talipon yg senyap. Hujan2 memang cam ni lah. Rupanya disebabkan blackout di pejabat Poli. Thanks kat Abang Duan yg rajin gi on main switch di bilik PABX cuti2 ni. Toche..toche..
++++++++++++
Petang tadi masukkan barang2 runcit kat CC. Kena jugak upkan jualan sebab CC lelaki slow btul sales dia. Sapa la..ari tu cadang nak buat kursus hujung minggu kat budak sekolah/anak staf? Nanti aku nak bentang dalam mesyuarat ALK. Yang cc perempuan ok,cuma PC je kena tip top.
a. Hutang Pinjaman
b. Bayaran kos Maintenance/ Berubah (ink,kertas dsbnya)
c. Gaji Pekerja
* takcukup nak cover
+++++++++++
Updatekan group yahoo SMDdi http://groups.yahoo.com/group/smartdbiz .

Karnival Dan Kerjaya

Baru2 ni dengan Panner aku gi Ekspo Pendidikan mencari peluang melanjutkan pelajar bebudak SMD. Berincang dengan Peg Pemasaran diorg.
Ade peluang rupanya di IPTS. Yang menarik aku ialah di UNIKL (Diploma IT) Walaupun begitu masih kena habiskan dalam 2 tahun dan Yuran memanglah mahal (Tapi ade pinjaman). So kena la keje sampingan sambil belajar- takle mcm kat poli ...makan tido je..
++++++++++++++++
Good News
tambah lagi 3 org lulusan SMD lulus temuduga Juruteknik Komputer
Asnawie
Fadhliyana
Helmi
+pembetulan gaki awalan ialah RM1100.21 bukan seperti yang saya lapurkan dahulu.