Pilihanraya Umum Ke 12 dari Rakyat pengundi golongan "Starbuck" bukan bermaksud agen Israel
Keputusan yang diluar jangkaan samada dari parti pemerintah atau pun parti pembangkang. 5 buah negeri bertukar kerajaan iaitu Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kelantan.
Bagi yang menang terutama pembangkang , ini lah masanya untuk mengkotakan janji setelah rakyat memberikan amanat yang besar kepada mereka. (Bukan senang nak dapat mandat sebanyak ini). Manifesto negara berkebajikan perlu dilaksanakan bagi perkara-perkara dalam bidang kuasa kerajaan negeri (mungkin Kelantan boleh dijadikan rujukan).
ADUN dan Ahli parlimen perlulah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin agar kepercayaan ini berpanjangan sehingga pilihanraya akan datang (Tidak berulangnya keadaan seperti kejayaan Pilihanraya ke 10 dan tewas teruk dalam Pilihanraya ke 11).
Bagi Calon BN , muhasabah la diri ....rakyat dah bangkit, Jadikanlah diri sebagai wakil yang benar-benar mewakili rakyat, memperjuangkan suara rakyat, bebas dari skandal, rasuah.
Apa yang perlu dibuat bagi negeri yang menang :
a. Audit akaun negeri
b. Laporkan kewangan negeri semasa
c. Minta BPR masuk counter check projek2 negeri dari kerajaan dahulu.
d Jalankan tugas-lawat kawasan-jgn kumpulkan kekayaan bermewah-mewah dengan duit rakyat
e. Sidang Parlimen / negeri buat secara langsung.Rakyat nak nilai utk 5 tahun akan datang
f. Negeri berkebajikan - kotakan
g. Jangan bermuka-muka, cakap sesedap rasa . Hujah biar berilmu dan berakhlaq
h. Istihar Harta
Hatta kemenangan Parlimen bagi pembangkang pun ada yang disertai bersama kemenangan di DUN dari BN untuk menjadi
pemantau dan "check and balance" BA.
Dalam Piliharaya ke 10 sewaktu refomasi, BA memenangi banyak kerusi akibat
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat pemecatan DSAI
walhal DAP waktu itu tewas teruk seolah-olah DAP tak releven. Kelantan dan Terengganu diperintah PAS.
Dalam Pilihanraya ke 11, perubahan pucuk pimpinan BN, Parti Keadilan tewas teruk seolah-olah Parti Keadilan tak relevan lagi. Adakah orang UMNO kembali kepada UMNO? Mungkin ya...Kelantan hampir-hampir ke BN, Terengganu kembalikepada BN.
Dalam Pilihanraya ke 12, Sesuatu yang berbeza bila PAS, DAP, dan PKR mendapat undi popular. Kenapa ini terjadi.
Analisisnya:
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat ketidakpuashatian pemilihan calon-calon.
b. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat melihat kelemahan peneraju BN.-
c. Golongan pengundi baru sejumlah lebih 1 juta yang mula mengundi - mereka ini mungkin baru bekerja/ mendapat
anak atau berkahwin dan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi (Minyak, barang makanan dsbnya)mula melahirkan
dan mengzahirkan protes mereka dan mungkin mengharapkan isyarat ini disedari BN.
d. Orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon.
e. Rakyat dah meluat dengan media perdana dan beralih ke media alternatif.
f. Mantan Anwar ?
Sokongan Cina dan India kepada PKR dan DAP meningkat....kenapa?yang uniknya calon dalam tahanan pun boleh menang. Kesemua ini menjadi satu momentom.
Kesimpulan.
Jika ianya bersikap sementara, kemungkinan pengundi akan kembali kepada BN dalam pilihanraya ke 13. Tambahan
pula jika PAS,DAP dan PKR tidak berjaya menterjemahkan manifesto mereka kepada realiti.
mesej nya jelas bilamana MB dinegeri-negeri terbabit seolah-olah satu skrip filem dimana mereka tidak tewas,
Fikir-fikirkan dan giatkan usaha...
Manifesto bersifat spesifik bukan bersifat general (am) antara faktor pemilihan pengundi
Media Perdana terlalu mengula-gulakan kerajaan secara berulang-ulang.
No comments:
Post a Comment