Tuesday, August 12, 2008

Untuk kepuasan diri



Ari ni puas hati aku ....
Bukannya nya apa yekk.. sebab ari ni aku dah berjaya mengecat rumah aku (actually Kuarters kerajaan) yang banyak nukilan-nukilan Picasso di sana sini. Mula2 tu ingat "Hot-hot chicken Shit" sebab aku ni spisis alegik dgn cat. Dulu waktu sekolah teknik dulu tangan aku gatal2 bila menyapu cat. Mungkin sebab cat mahal kot? Cat yg aku beli ni Cat 7 Litter RM35/=
Pilihan color wife aku yang buat kecuali yang oren tu...tu color bagi ceria sikit aku yang pilih. Ade lagi tempat nak cat, kat luar koridor aku tinggalkan kat anak-anak aku sempena "Program cuti sekolah diorg" ha..ha...

Dah masuk hari 3 ni (Kat Sabah org panggil hari mcm ni...Maknanya hari Rabu) Aku masih dak lagi buat keje2 opis. Cadang nak
a. PM Lab BUSHA?
b. Nak buat extentition cable?
c. Nak tebuk lubang kable elektrik kat dinding surau (pasang mini air terjun)?
d. Study PTK?Tengoklah....

Keje opis ni banyak tapi setengah2 tu aku buat sebab minat dan bukan arahan mana-mana pihak. Yang arahan apa yg ada dalam FRP dan ISO je...(tu dah beres....iye ke?). Setengah2 tu sebab jawatan sampingan, kita kata kita sibuk ya... amat...Tak dapat dinafikan mungkin betul tapi ini jugak la keje2 yg nak cover yang kita "Culeh" -bahasa kuale kena bunyi 'e' pet..pet (maknanya ..mengelat). waktu keje biasa. Cth la..lewat 2 minit masuk kelas, keluar 4 minit awal..marking...silap here and there...tak leh nak entertaint student, ambik anak sekolah...antar anak sekolah...(he..he...), Menyembaaaannnng. Baca surat abor dsbnya.
Jawatan sampingan. Kita ni "perfect" sangat ke...kalau orang suruh mengajar je?Stakat ni..

a. JKuasa ICT politeknik dan jabatan -
- Ada buat Menyelaras PC yg rosak/tak update / tak buat PM-lapor kepada pihak terbabit,
- Ada call sesapa yg patut kalau network down.
- Gi kursus Cyber Security
- Tak ada meeting apa-apa pun...

b. Jkuasa Pembangunan dan Penyelenggaraan politeknik dan jabatan-
- siren alarm tetiba bunyi.call maintenence../ aircond keluar angin je call maintenence...
- Pasang Board, Ambik kerusi, Pasang meja (bilik micro)
- Call maintence ganti bulb lampu.
- buat extention cable
- Buat paper work projek kecil Stor, Pantry, Tingkap, Pintu (tapi budget tak de)

c. Penyelaras Aktiviti Jabatan -
- hari Interasi Jabatan (Penasihat)
- Masuk dalam Kemahiran Generik

d. KKursus SMD
- Buat pembelian alatan untuk SMD
- Meeting pasal kurikulum --bila tah nak buat?
* Note: masih tertanya2 sapa la nak tututp kursus ni? Nak aku jumpa utk mendapat penjelasan. Sebab PSP kate diaorg dah stop ambilan SMD. Buat kursus baru Diploma Logistik..dengan harapan kursus baru dapat barang baru dan budget baru...ke?. Kita tengokle nanti..

+ Kalau nak buat bodoh je dgn JKuasa ni memang boleh. Tapi dah Tanggungjawab walaupun kecik macammana pun nak kena ingat kat diri yg ini juga boleh menentukan Halal Haramnya rezeki yg diberi makan anak-anak kita. (Tok Bilal ...bagi usrah sikit ni..)

++++++++++++
Jumaat ni baru nak balik kampung , maybe sampai Rabu. Adik beradik anak periksa , kelas tuition dsbnya ramai tak bercuti...Ambik nikmat anak tak periksa lagi...

No comments: