Sunday, August 3, 2008

Boss balas e-mail


Re: perkiraan bayar balik ETK
Sunday, August 3, 2008 7:48 AM
From:

"md nor yusof"

View contact details
To:
"rashdan rashid"

Saya tiada halangan diatas persetujuan yang telah dicapai. Semoga semua pihak dapat berkerjasama demi kepentingan PTSS serta semua warganya.

tq


--- On Sat, 2/8/08, rashdan rashid
wrote:

From: rashdan rashid

Subject: perkiraan bayar balik ETK
To: "pengarah ptss"

Date: Saturday, 2 August, 2008, 7:56 AM

TERIMA KASIH DI ATAS PERHATIAN KEPADA ETK YANG SAYA UTARAKAN. TINDAKAN SEDANG DIAMBIL OLEH MT TPSA EN MALIK SENDIRI BAGI MENYELESAIKAN PERKARA INI.

HASIL PERTEMUAN DENGAN EN MALIK, CADANGAN SAYA IALAH BAGI MEMBAYAR BALIK SEJUMLAH RM7,758.50 SEBANYAK 3 KALI PEMBAYARAN. WALAUPUN JUMLAH NYA AGAK BANYAK NAMUM ALHAMDULILLAH IANYA INSYAALLAH DAPAT DISELESAIKAN. HARAP IANYA TIDAK MENYUSAHKAN PIHAK TUAN.

ATTACH PENGIRAANNYA

+++++++++++++++++++++++++
Malam tadi meeting post mortem Hari Interaksi Jabatan Perdagangan. Ramai AJK adalah pelajar sem satu. Walaupun banyak masalah di hadapi, harap-harap pelajar tak serik untuk menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran-kemahiran generik (mentang2 lah aku ajar modul ni-asik dok sebut ni je). Lepas ni banyak lagi aktiviti seperti mencipta logo, lagu, Pesta Konvo dsbnya. Pendekatan generik aku kali ni lebih kepada "Kemahiran bekerja tanpa pemantauan" Dimana penglibatan aku paling minima. Yg terkejutnya, diorg boleh buat sendiri arahan pelajar JPG di 'blok' dari outing pagi sabtu. Walaupun pak guard tanya aku balik, aku cakap..tegurlah diorg kalau diorg silap, sebab diorg tengah di ajar oleh aku.

1. Selalunya Pensyarah la yang letih bila buat aktiviti, so ini approach baru aku this semester sebagai Penyelaras Aktiviti Jabatan. Mesyuarat diorg buat sendiri , handel sendiri (wpun aku dengar mesyuarat pun last2 minit), paper work buat sendiri (aku tenyeh sign je..) Aktiviti berjalan aku tengok dari jauh je (nampak meriah). Post Mortem tadi baru la aku masuk campur.(Ini kiranya nak merapatkan balik barisan la..).
2. Cuba plan aktiviti yang diserap dalam aktiviti sedia ada dan yang berjalan (oleh jabatan atau unit lain di PTSS)Cth:
Kalau kita dah ade kumpulan usrah pelajar di Pusat Islam, dan kita wujudkan Kumpulan Usrah pelajar di Jabatan pulak. Naqib dah kena buat 2 tempat. Mungkin nak bahagikan masa jadi sukar. Nak buat seminggu sekali utk dua kumpulan pun kekadang susah.Kan ke payah..
3. Cuba buat kumpulan sasaran (mcm marketing la..) . Selalu nak buat aktiviti nak semua pelajar Jabatan terlibat. Maka timbullah masalah tempat, masa dsbnya. Hasilnya kekadang buat frust je..Kaedah Kelab Diskusi Islam Ustaz Sharihan nampak lebih praktikal. Satu naqib ambik 15 org je.(kumpulan sasaran). Dari 15 ni pun kekadang gugur le jadi 6/7 org. Tapi aktiviti seminggu sekali mesti ada wpun berjogging, main futsal atau makan kat kafe masing2 bayar..he..he..Macam Penasihatan Akademik gak..tapi tak masuk ISO.
+++++++++++++++++++++++++
Esok kena gi Dewan Warisan pasal Hari Pengguna.

No comments: