Friday, August 29, 2008

Balik mesyuarat beban berjela



Balik bermesyuarat dan bermesyuarat bukan semestinya sesuatu yang menyeronokkan. Balik dari mesyuarat thing to do mula berlambak-lambak. Yg kategori Segera Penting semestinya kuliah ganti.
to do
a. Ganti kelas last week- bila nak ganti sampai 08 jam-kuiz tak semak lagi. kuiz 2 tak buat lagi. AAhhh....
b. Semak draf soalan bank -Pelaburan dan Pengeluaran (bukan modul majoring aku..nak semak camne?)
c. CLO utk modul Multimedia dan Tek Maklumat Pengurusan kena buat dan hantar sebelum 15 sept ke KL - koorg nak tahu susah ke dak buat menantang ni ..tanyalah Panneer.
d. Wan mintak cth dokumen tender Bilik Simulasi Pejabat.
e. Temuduga pelajar LI.
f. CC lelaki still tutup.
g. Meeting kat poli pun mesti ade je...tiap2 minggu - kot2 bulan posa ni tak de tak tahu la pulak.

Tention.....and presurre...KJ tak de ni..

Mesyuarat ari tu actually nak buat keje utk revise balik kurikulum program SMD.letih oo..sampai ke malam. Bulan puasa ni mungkin kena turun KL lagi sekali.
Hari selasa ni ade lagi meeting kat KL dengan prestariang pasal program 3p (Comptia dsbnya)- status tak larat nak pergi. Mabuk naik bas sampai 8 jam

On the way balik singgah kat IPOH ambik notebook terpakai utk modul pengkomputeran.






p/s mcm mana kita nak tahu staf tu banyak keje ke idak? Mungkin masing2 kena tulis somewhere kat notis board "perkara yang saya tengah buat." Bolehlah kita tahu. Kalau staff setakat mengajar je..tu pun ade yg rasa mcm dah banyak keje sesangat. Keje2 sampingan kat opis slow nak buat tapi keje2 sampingan peribadi laju je buat.

Thursday, August 21, 2008

I am Back......


Baru balik dari negeri Pakatan Rakyat selama 5 hari . Dah kena allocate some time visiting kolam renang Kuala kangsar bersama 3 org hero aku. Naseb baik tiket tak mahal..so..marilah cuti-cuti di kuale kangsor...Ape Khabor Yope nye...

++++++++++
Those yg beralih zaman dari bujeng ke dah kawen baru-baru ni aku nak uchapkan Selamat..Pengantin Baru...(I would like to dedicate this song to you)
1. Pekerja CC Puan Rafina- pengecualian shift malam sila rujuk En Zul no...
2. Staf JRV Pn Siti Hawa and En Hi Fi
3. Adik kepada En Ramzani
4. ex DPM student Khairi Johor
5. ex SMD student Lupa Nama kat Kangar je..
6. Anak Wah si Oden nye kat Gopeng
Ni yg antar kad jemputan tapi aku tak leh pi sebab aku balik negeri Pakatan Rakyat. So ya... ampunnnn....sama gue..
+++++++++++
OO..YA... tadi ambik PTK kali ke 3. Asik dapat 3 je sebelum ni PTK1 dan aku tak mengharapkan dapat 4 pun berdasarkan preparation yg aku tak buat dan soalan yang naik dan ditembak.Kot2 dapat 2 le pulak. Soalan2 IT senang le aku jawab dan aku men"psycho" kan wife aku bila aku teka satu soalan IT tu mesti dia salah jawab punya..Jawapan dia "web browser"Ha..ha...ko org pun salah jawab jugak..(alat?? untuk pencapaian internet- sepatutnya perisian ..)

p/s Sebenarnya serabut gak la ni due to Router aku buat pasal pulak tak leh dail streamyx. So terpaksa la aku direct terus ke Note Book cikau aku ni...

mac address sapa ni? 00-1F-E2-A9-ED-B5

Thursday, August 14, 2008

out of service till 20 aug

Hari ni Insya Allah balik kuale...Jumaat tak de kat dalam Poli so Tok Bilal off duty ari ni (actually selalu gak off duty). Dok kira Tol+Minyak+others expenses busuk2 terbang gak RM100/=, tapi takpelah balik jumpa org tua ambik berkat...since org tua masih hidup. Sian gak kat penunggu2 Poli ni yang tak balik kg mana2. Example: En Tahir(yg baru jadi bloggers)-gambar kat profile yg aku tangkap lama dah no.(aku buatkan link ke Blogger dia ni).

So aku tak akan menulis kat blog ni sampai la next week. Nak balik kampung nak tenang minda, kuat kan orat-orat, study PTK (chewahh...). Komputer pun aku tak bawak dan alat2 komunikasi elektronik aku 'silence' so jgn la koorg nak harap aku akan balas apa2 call, sms,mms. Naik sem ada banyak benda nak pikir;
a. Pekerja CC lelaki nak cari ganti+ printer rosak lagi..
b. Bisnes Nationwide Courier utk Unit Inovasi dan Usahawan/Koop -pakat dengan Bakri the Driver
c. Soalan Bank- 1 dah siap + soalan dah pilih.
d. Kemahiran generik - aktiviti student slow nya diorg..nak kena push sikit..
e. Semak markah kuiz e-learning- Perbankan (harap2 server tak down)


Semalam men"yetttle"kan ETK terlebih bayar kat admin guna Bankers Cheque bayar kepada Pengarah . Capek gue bulan ni....tak pe gak nak masuk bulan puasa ni boleh berjimat cermat kot. Pak Lah pun suruh rakyat berjimat cermat




GI AM Bank bayor utang kad kredit. Lepas tu membuat sambungan extention di Surau Jabatan.
(belum ape2 dah ada org guna notebook kat situ).

Pagi sat tadi Pengarah mewakilkan KJP mewakilkan Aku (..tak leh nak wakilkan sesapa dah...nanti penuh minit kat surat) untuk Hadir Mesyuarat JK Kecil Gerak Usahawan di Kangar...(@makan bihun dulu). Sat je meeting lepas tu balik.

Tuesday, August 12, 2008

Untuk kepuasan diri



Ari ni puas hati aku ....
Bukannya nya apa yekk.. sebab ari ni aku dah berjaya mengecat rumah aku (actually Kuarters kerajaan) yang banyak nukilan-nukilan Picasso di sana sini. Mula2 tu ingat "Hot-hot chicken Shit" sebab aku ni spisis alegik dgn cat. Dulu waktu sekolah teknik dulu tangan aku gatal2 bila menyapu cat. Mungkin sebab cat mahal kot? Cat yg aku beli ni Cat 7 Litter RM35/=
Pilihan color wife aku yang buat kecuali yang oren tu...tu color bagi ceria sikit aku yang pilih. Ade lagi tempat nak cat, kat luar koridor aku tinggalkan kat anak-anak aku sempena "Program cuti sekolah diorg" ha..ha...

Dah masuk hari 3 ni (Kat Sabah org panggil hari mcm ni...Maknanya hari Rabu) Aku masih dak lagi buat keje2 opis. Cadang nak
a. PM Lab BUSHA?
b. Nak buat extentition cable?
c. Nak tebuk lubang kable elektrik kat dinding surau (pasang mini air terjun)?
d. Study PTK?Tengoklah....

Keje opis ni banyak tapi setengah2 tu aku buat sebab minat dan bukan arahan mana-mana pihak. Yang arahan apa yg ada dalam FRP dan ISO je...(tu dah beres....iye ke?). Setengah2 tu sebab jawatan sampingan, kita kata kita sibuk ya... amat...Tak dapat dinafikan mungkin betul tapi ini jugak la keje2 yg nak cover yang kita "Culeh" -bahasa kuale kena bunyi 'e' pet..pet (maknanya ..mengelat). waktu keje biasa. Cth la..lewat 2 minit masuk kelas, keluar 4 minit awal..marking...silap here and there...tak leh nak entertaint student, ambik anak sekolah...antar anak sekolah...(he..he...), Menyembaaaannnng. Baca surat abor dsbnya.
Jawatan sampingan. Kita ni "perfect" sangat ke...kalau orang suruh mengajar je?Stakat ni..

a. JKuasa ICT politeknik dan jabatan -
- Ada buat Menyelaras PC yg rosak/tak update / tak buat PM-lapor kepada pihak terbabit,
- Ada call sesapa yg patut kalau network down.
- Gi kursus Cyber Security
- Tak ada meeting apa-apa pun...

b. Jkuasa Pembangunan dan Penyelenggaraan politeknik dan jabatan-
- siren alarm tetiba bunyi.call maintenence../ aircond keluar angin je call maintenence...
- Pasang Board, Ambik kerusi, Pasang meja (bilik micro)
- Call maintence ganti bulb lampu.
- buat extention cable
- Buat paper work projek kecil Stor, Pantry, Tingkap, Pintu (tapi budget tak de)

c. Penyelaras Aktiviti Jabatan -
- hari Interasi Jabatan (Penasihat)
- Masuk dalam Kemahiran Generik

d. KKursus SMD
- Buat pembelian alatan untuk SMD
- Meeting pasal kurikulum --bila tah nak buat?
* Note: masih tertanya2 sapa la nak tututp kursus ni? Nak aku jumpa utk mendapat penjelasan. Sebab PSP kate diaorg dah stop ambilan SMD. Buat kursus baru Diploma Logistik..dengan harapan kursus baru dapat barang baru dan budget baru...ke?. Kita tengokle nanti..

+ Kalau nak buat bodoh je dgn JKuasa ni memang boleh. Tapi dah Tanggungjawab walaupun kecik macammana pun nak kena ingat kat diri yg ini juga boleh menentukan Halal Haramnya rezeki yg diberi makan anak-anak kita. (Tok Bilal ...bagi usrah sikit ni..)

++++++++++++
Jumaat ni baru nak balik kampung , maybe sampai Rabu. Adik beradik anak periksa , kelas tuition dsbnya ramai tak bercuti...Ambik nikmat anak tak periksa lagi...

Sunday, August 10, 2008

Seminar Cyber Security


Hadir seminar Cyber Security di UUM. Ade topic yg best ade topic yg mata ni macam diletakkan batu..nak ZZzzz...

Conclusion
Adekah PC ko org ni dah jadi ZOMBIE? Nak tahu apa tu ZOMBIE..?Bukan cerita zombie kampung pisang tapi adela lebih kurang macam tu. Bila mana "HACKERS" gunakan komp kita sebagai backdoor atau mungkin dah kena BOT utk attach komp org lain tanpa kita sedari. Mungkin trojan yg dia simpan didalam komp kita tidak memakan memory yang besar dan akan execute arahan dari Hacker dari masa kesemasa tanpa kita sedari. Nak tahu, antaranya cek Network Traffic PC kita dalam keadaan dia duduk diam je..(maksudnya koorg tak buat aktiviti internet apa2). Kalau still berlaku traffic yg tinggi maknanya dah kena BOT le tu..(Maybe..bukan Maybank..)
Satu lagi presenter ni aku kategorikan kepada 3:
a. Yang Develop the system
b. Yang Usage of the system
c. Yang Just Read about the system.
So cth la kalau nak buat present about "E-Commerce" sebagai cth, maka mesti pernah develop e-commerce web base server (la ni senang je..freelance banyak bawah Apache), Pernah guna multiple e-commerce web server (e bay, Amazon dsbnya) utk aktiviti selling and buying dan also read a lot about e-commece.

So, teknikal? Kalau rasa teknikal sangat...balik...tidor...

p/s sempat ronda2 tempat belajor dulu-dulu...
+++++++++++++++++++
Sempat gak menyiapkan e-learning soalan kuiz buat budak2 Banking sebelum 15/8. Dan buat soalan bank (Bank Pusat)...

Saturday, August 9, 2008

Masa tenang


Cuti adalah masa tenang yang aku nanti-nantikan. Walaupun cuti2 aku masih gak kekadang mai opis tapi dak lle caca merba dengan keje2 . Lebih tenang bila tengok pokok pisang (4 tahun tanam) dah mula mengeluarkan hasil. Sepertimana kata bonda tercinta " berbudi dengan pokok pisang ni...kalau nak mati pun dia mesti berbakti..kalau tak berbuah dia akan keluarkan anak pokok" Ini asalnya anak pisang dari kampung bawak ke Perlis waktu balik ke Kuala. Kira Pisang MIGRATE ni...



++++++++++++++++++++
Projek meng "DVD " kan Pembentangan Keusahawanan dan Kursus Penyelidikan yang dibuat . TQ also tu Unit Multimedia (terkenang semasa dulu.....) Sharain and Shamzuri and 2 org budak LI tu...Dengan ucapan sampai bila ko org nak dapat Budak LI je ni...Bila nak dapat staf tetap....Chalo...
+++++++++++++++++++++++
Pasal yang nama miss PTK (Sebelum Sharain e-mail kat MPM). Nak komen?
++++++++++++++++
GI Dewan Warisan Forum Kepenggunaan ahli panel Mufti Negeri Perlis...BEST>>>
++++++++++++++++
Sambung balik lepas balik kursus CyberSecurity kat UUM..Bye...bye...

Note: e-learning KUIZ , Meeting Jab

Tuesday, August 5, 2008

Kemahiran Generik

pagi antar anak sekolah. Semalam dia cuti demam..Masuk opis class preparation at par je ari ni. Sebab Kemahiran Generik ajar kemahiran menggunakan teknologi suruh pelajar tengok camne nak buat cable extention. Since majoritinya perempuan , aku rasa diorg tak menaruh minat keje2 teknikal ni (gamaknya nanti kawin suruh laki je yg buat). Cable extention yg aku buat kat opis guna utk microwave oven dan Cofee Maker dah guna utk benda lain. Alamat tak guna la benda tu..baik letak balik kat pantry asal.

Bincang pasal Pesta Konvo dgn staf; Buat editing utk Baju korporat SMD;Angkat kerusi dari Dewan
to do;
a. Pilih soalan bank...serius
b. Bina soalan Perbankan utk bank soalan...tekun....
c. Baca report LI...wa...tebalnya boleh kira kilo dak?
d. Buat bank draf bayar ETK..aduih...
e. Study PTK....mmm...
++++++++++++++++++++++++
Bina soalan kuiz on line e-learning dan buat announcement on line kat student yg enroll paper banking

[Taufikiah - P2112] Penggiliran Masa Tutorial

Tuesday, August 5, 2008 7:02 AM
From:
Add sender to Contacts
To:
pkksabah@yahoo.com


Selepas cuti semester T1 dan T2 akan digilirkan. Dimana T1 akan ke hari Jumaat dan T2 akan ke hari rabu. berselang seli..
++++++++++++++++++
Kuiz secara On Line akan saya adakan (pelajar lakukan masa cuti di rumah atau CC). Dijangkakan soalan akan saya uploadkan pada hari Jumaat 15/8. Pelajar boleh buat mulai hari tersebut sehinggalah sebelum hari kuliah Rabu 27/8 (hari jadi saya tu...)

Jadi bawalah nota2 balik kampung, dan layari web ini bermula 15/8 - 27/8 pada bila-bila masa. Tak de markah lebih bagi yang jawab awal. Anda diberi peluang menjawab sekali sahaja.

Sila cetak markah yang anda dapat nanti.

++++++++++++++++++++

Terdapat pembetulan pada Tugasan 5 dan Tugasan 2. Sila baca balik.

--

Rashdan Rashid
PERBANKAN DI MALAYSIA (PERDAGANGAN)
Taufikiah

Sunday, August 3, 2008

Boss balas e-mail


Re: perkiraan bayar balik ETK
Sunday, August 3, 2008 7:48 AM
From:

"md nor yusof"

View contact details
To:
"rashdan rashid"

Saya tiada halangan diatas persetujuan yang telah dicapai. Semoga semua pihak dapat berkerjasama demi kepentingan PTSS serta semua warganya.

tq


--- On Sat, 2/8/08, rashdan rashid
wrote:

From: rashdan rashid

Subject: perkiraan bayar balik ETK
To: "pengarah ptss"

Date: Saturday, 2 August, 2008, 7:56 AM

TERIMA KASIH DI ATAS PERHATIAN KEPADA ETK YANG SAYA UTARAKAN. TINDAKAN SEDANG DIAMBIL OLEH MT TPSA EN MALIK SENDIRI BAGI MENYELESAIKAN PERKARA INI.

HASIL PERTEMUAN DENGAN EN MALIK, CADANGAN SAYA IALAH BAGI MEMBAYAR BALIK SEJUMLAH RM7,758.50 SEBANYAK 3 KALI PEMBAYARAN. WALAUPUN JUMLAH NYA AGAK BANYAK NAMUM ALHAMDULILLAH IANYA INSYAALLAH DAPAT DISELESAIKAN. HARAP IANYA TIDAK MENYUSAHKAN PIHAK TUAN.

ATTACH PENGIRAANNYA

+++++++++++++++++++++++++
Malam tadi meeting post mortem Hari Interaksi Jabatan Perdagangan. Ramai AJK adalah pelajar sem satu. Walaupun banyak masalah di hadapi, harap-harap pelajar tak serik untuk menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran-kemahiran generik (mentang2 lah aku ajar modul ni-asik dok sebut ni je). Lepas ni banyak lagi aktiviti seperti mencipta logo, lagu, Pesta Konvo dsbnya. Pendekatan generik aku kali ni lebih kepada "Kemahiran bekerja tanpa pemantauan" Dimana penglibatan aku paling minima. Yg terkejutnya, diorg boleh buat sendiri arahan pelajar JPG di 'blok' dari outing pagi sabtu. Walaupun pak guard tanya aku balik, aku cakap..tegurlah diorg kalau diorg silap, sebab diorg tengah di ajar oleh aku.

1. Selalunya Pensyarah la yang letih bila buat aktiviti, so ini approach baru aku this semester sebagai Penyelaras Aktiviti Jabatan. Mesyuarat diorg buat sendiri , handel sendiri (wpun aku dengar mesyuarat pun last2 minit), paper work buat sendiri (aku tenyeh sign je..) Aktiviti berjalan aku tengok dari jauh je (nampak meriah). Post Mortem tadi baru la aku masuk campur.(Ini kiranya nak merapatkan balik barisan la..).
2. Cuba plan aktiviti yang diserap dalam aktiviti sedia ada dan yang berjalan (oleh jabatan atau unit lain di PTSS)Cth:
Kalau kita dah ade kumpulan usrah pelajar di Pusat Islam, dan kita wujudkan Kumpulan Usrah pelajar di Jabatan pulak. Naqib dah kena buat 2 tempat. Mungkin nak bahagikan masa jadi sukar. Nak buat seminggu sekali utk dua kumpulan pun kekadang susah.Kan ke payah..
3. Cuba buat kumpulan sasaran (mcm marketing la..) . Selalu nak buat aktiviti nak semua pelajar Jabatan terlibat. Maka timbullah masalah tempat, masa dsbnya. Hasilnya kekadang buat frust je..Kaedah Kelab Diskusi Islam Ustaz Sharihan nampak lebih praktikal. Satu naqib ambik 15 org je.(kumpulan sasaran). Dari 15 ni pun kekadang gugur le jadi 6/7 org. Tapi aktiviti seminggu sekali mesti ada wpun berjogging, main futsal atau makan kat kafe masing2 bayar..he..he..Macam Penasihatan Akademik gak..tapi tak masuk ISO.
+++++++++++++++++++++++++
Esok kena gi Dewan Warisan pasal Hari Pengguna.

Pekeliling peraturan 11

(tengok warna kuning dah merah)

Jawapan last yang diterima dari admin ialah:

AG tidak mengeluarkan surat menamatkan pembayaran. tapi bila aku refer pekeliling JPA
Pihak Berkuasa Melulus ialah Bahagian Sumber Manusia, b.p Ketua Setiausaha KPTM

1. Surat aku terima dari Bhg Sumber dah terang lagi nyata mengatakan tempoh memangku dari 1.3.2007 sehingga 31.8.2007. Mana tah penglibatan AG dalam arahan membayar atau menghentikan bayaran. Maknanya bulan Sept*(warna kuning) conferm boleh stop bayaran..nak tunggu arahan AG (lihat 2)
2. Semak Fail Peribadi aku, takde pun surat dari PTSS ke AG menjelaskan/memaklumkan tentang pemberhentian bayaran ETK (diorg buat ke dak ni..)Takkan AG automatik boleh tahu kot..

p/s baca pekeliling la..kalau nak tahu tipah tertipu ke dak..
tu belum nak komen sepatutnya dlm tempoh 30 hari (dari tarikh memangku) surat kelulusan memangku kena pohon ke Pihak Berkuasa Melulus. Kalau ISO ni dah kena satu ketidakpatuhan.

Friday, August 1, 2008

RM7,758.70 ETK BAYAR BALIK...BINAWE BETUL..

DULU AKU PERNAH TULIS:
Aku nak cerite lagi pasal gaji aku. Bukan nak cerite berapa gaji aku cuma nak cereti pasal Admin yang menguruskan hal gaji. Hari tu aku terima la slip gaji bulan Nov. Dlm blog aku yang lalu aku cite sikit pasal Admin buat gaji 3 bulan sekali kan?
Bulan Sept sekali lagi aku bthau pasal Gaji memangku yang masih masuk.

Sebelum gi India dulu pun aku dah btahu bende yang sama.
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:" Unit Pentadbiran tak maklumkan kepada kami".

Selepas balik India
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:"Kami buat gaji 3 bulan sekali. Jadi kena tunggu bulan 12 baru boleh buat pembetulan. Sementara tu jgn la belanja duit tu"

2 hari sudah
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan: "Staf yang buat gaji cuti" tetiba je Unit Pentadbiran call explain pasal gaji aku memangu diteruskan sehingga memangku DG44 diproses dan diluluskan. nanti dia buat pelarasan.

Actually aku buat message kat YM "Dah tak larat nak remind admin , gaji mangku PegMMedia masih masuk lagi" diorang ada baca kot? Bukan nak tegor kata "ko org buat keje ke tidak". Ce cube jawab jawapan mcm yang 2 hari sudah, takyah la susah2.dan buat org tertanya2. Kita takut duit gaji kena bayar balik je...


LEPAS TU AKU PERNAH TULIS:
ni aku ambik masa sikit nak turunkan temper disebabkan pa'el sesiapa dalam pentadbiran yg terlibat dalam urusan Gaji aku, bukan niat utk merendahkan sesiapa tetapi untuk menasihatkan diri dan kalian sekelian yang mungkin dah terjamin gaji bulanan kalian dan pencen kalian.(Samaada buat keje atau idak)

Dulu aku pernah menulis dalam blog ini tajuk nya Letih
(ko org klik je kat letih tu.)

Semalam dalam hening pagi semangat nak masuk kelas Comptia N+ . Aku dikejutkan dengan surat ni. Hati mana yang tak terbakar setelah menerima surat ni. Dari Post Letih tu dah aku report mengenai ETK ni. Macam2 alasan diberi. Kali ni gunung berapi nak meletup. Ustaz Ajak sampai Rm5K nak kena bayar balik. Pun ari ni alasan lagi diberikan:
a. Kami tak terima surat pembatalan pembayaran ETK dari AG
-Hellooo...ko org dah call ke AG. Ada bukti ka bila call tu. Dah buat surat makluman ke, Dah buat follow up ke. Apa? Pensyarah buat semua tu tau kalau melibatkan pelajar yg tak mai kelas. Bukan sorang dua. Call pelajar, Buat surat, Buat follow up, masuk mesyuarat JP, mcm2 kena buat. Elok ko org jugak kena di ISO kan..
b. Salahkan org lain....

c. Tak bayar dulu pun tak pe. Nanti lulus ETK DH44 tu boleh tolak balik. OK... kalau gitu buat surat menyatakan sedemikian. Jangan main sedap mulut je. Sok2 kita tak bayar, dapat surat tindakan tatatertib pulak.

Bukan masalah tak boleh bayar/ boleh bayar sikit2. Ini masalah "ketidakcekapan proses". Dah la tu..dalam surat tak de lak tukis "ETK telah terlebih bayar oleh pihak kami kepada pihak tuan" "Kami meminta maaf" ke....Ade le sejuk sikit hati.

So aku ngadu pada TP En Jinal. Kang kalau cakap kat org tu..dengan angin dah naik lebih dari harga petrol ni ade yang kena sembor nanti. Tu pun message aura panas aku pun, 2/3 org staf kat atas tu perasan...

Ni nak marah le ni.... Dah lama dah ...
Cammonnnn...la... Kami didik pelajar punya la dipantau mcm nak rak (cth dekat buku jawapan pelajar) ..Staf sendiri buat keje mcm hampeh...Tu belum aku nak semak buku perkhidmatan, Esis aku lagi..tah update ke dak..?

Bini aku Cuti tanpa Gaji pun..tah bila koorg nak buat..."Sleepless In Seattle" betul


Berambus..chow

P/s: Dah tukar Hijau mcm Incredible Huck

LA NI AKU NAK TULIS

KENA BAYAR BALIK DA..
.Personally aku nak tunggu dari mulut sesapa yang terlibat dengan perkara ni ucapan " Saya memohon maaf ".

Buat rakan2 yang lain..ko org beli kete baru yek...tengok duit kat bank tetiba banyak yek...Baik la ko org cek balik slip gaji koorg tu...