Saturday, March 19, 2011

Karnival JPG

Jadi rasanya sampailah masa nak serahkan tugas menguruskkannya kepada sesiapa yang berkenaan dengan berkongsi pengalaman menguruskan Pesta Konvo dan Hari Jabatan yang sudah-sudah.
Idenya memang lah baik dengan melibatkan pelajar. Tetapi pelaksanaannya taklah sesenang yg disangka sebab pelajar ni perlu di "push" kalau nak bergerak. Bukannya pelajar U, yg ada bekas pelajar Malay College, Tengku Kursiah, Best student sana, Best Student sini. So be Realistik.
Jadi ada yang 90% pelajar yg buat, ada yg 50% pelajar yg buat dsbnya. Terpulang la berapa banyak ilmu yg penasihat nak turunkan kepada pelajar. Sebab kalau penasihat buat kekadang lagi senang dan cepat. Silap pun minima..masalahnya, jika pelajar buat dan ada silap..sesetengah pihak tak faham..terus suka menyalahkan.(Bak kata aku.."Karnival JPG is the process of learning outside classes""Outcome kita ialah apa? OBE ....."so semua pihak kena lah faham). Kalau kita buat pun kekadang ada tersalah, tersilap..apatah lagi pelajar.

Kertas kerja - part belanjawan dan tentatif aku tak serahkan kepada Pen Pengarah Program (pelajar)...tapi aku cerita kat diorg macammana ia dibuat. Ini juga cara process of learning bagi diorg..Terangkan bagaimana ia di buat.

Perjumpaan dengan wakil kelas pelajar (2 kali) - 1st-sebelum buat kertas kerja program..Tanya dulu apa yg diorg nak buat. Buat tapisan mana-mana yang perlu.
2nd- lagi seminggu program, tanya perkembangan dan apa-apa permasalahan yang belum selesai..Selaraskan. Pada LEVEL ni, kita kena buat keputusan sebab hakikatnya keputusan kita senang diikuti dan diterima. Kalau serah 100% kat pelajar alamat...tak jadi. Unless koorg ada dapat wakil pelajar yang dominan mcm Saudara Khairy (ex student) dulu.
Perjumpaan dengan Pensyarah
Dulu aku tak berapa suka sangat menganggu pensyarah dengan mesyuarat. Aku lebih suka sms atau berjumpa terus ngan pensyarah. Kalau tak faham..TANYA. Kekadang mesyuarat ni lama (so aku rengkaskan mesyuarat), kekadang org yg boleh kerja independent pun kena masuk mesyuarat jugak...Jadi tukang dengar.

Bila aktiviti berjalan sila MANTAU dan turun padang. Sila beri buah fikiran yang berguna, Peranan sebagai penyelesaian masalah sering diperlukan pada waktu ini. Sebab student banyak yg belum expose dgn pengalaman sebegini. Sebab kecacatan aktiviti bukan semua yg boleh faham "IA SUATU PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR"
Fahami Chain of Command, Fahami Arahan dan Keputusan. dan bertanggungjawab dengan setiap keputusan. Urustadbir Acara, Protokol (wpun aku sendiri tak berapa lepas)

Bedoa, Bertawakkal mudah-mudahan Allah bersama kita.


KARNIVAL JPG yang melabuhkan tirainya. Perancangan selama 2/3 bulan dari kertas kerja asal dibentuk oleh Pelajar sebagai Pengarah Program PPM6A Saudara Amar (la ni sementara jadi DJ kat Karnival Jom Masuk Poli) kemudianya di edit dan dilantik pulak pensyarah sebagai Pengarah Program. Perancangan dan perbincangan...Alhamdulillah terima kasih kepada seluruh warga JPG dari pelajar, sehingga lah ke pensyarah, JKR, Unit Pembangunan, Pengurusan PTSS yg memberikan kerjasama.

2 comments:

afifmohamad said...

nasib gmbar sya ada...tp tgk en. cm dgr xdgr jer...

pkksabah said...

ide tak best..mcm mane nak dengar