Friday, February 25, 2011

Senang-Senang je Orang Menfitnah..

Lama gak tak menjengah blog sendiri ni. Tetapi ari ni berpeluang lak nak nulis.

Malam tadi sempat menonton Drama dalam Slot Zehra -Ustaz Amirul
kali ni Ustaz Amirul di FITNAH menodai Anita hingga mengandung.

Kita sebagai penonton sememangnye tahu sape yg melakukan perbuatan terkutuk tu. Org yang melakukan perbuatan terkutuk tu selamba beruk je dengan kehidupan hariannya...Leh makan kat kedai makan, leh naik moto keliling kampung, leh tengok pokok-pokok kat dusun. Dan dia selamba beruk pulak menuduh sememangnya Ustaz Amirul yang menodai Anita.
Lakonan itu semua dapat penonton saksikan..Macam kehidupan kita kat dunia ni jugak la..Satu Lakonan yang Allah s.w.t sedang saksikan.

Anita-
Cerdik gak..dia dan-dan dulu membuat report polis...Mcm ye je dia betul..Ya la..kalau tak betul takkan dia berani report polis kann..kan..(kata org-org kampung yang naif ni). Berani gak dia ni kan. Ialah..kalau tuduh org tu..kalau berani/betul logik nye mesti report la kat polis ke.. atau pihak berkuasa ke..atau pihak atasan ke...Tak la membebel satu kampung je..kan.
Bukti apa pun tarak..dok reka-reka..tapi berani ooo menfitnah orang. Terror tul dia ni.

Ketua kampung
- yang ada kuasa..setakat episod tadi..belum lagi buat keputusan..Ialah..penduduk kampung dah mintak perambat je Ustaz Amirul ni keluar kampung. Mungkin biar MASA menentukannya..Ketua Kampung ada Kuasa kan..mesti leh buat nye. Atau memantau pergerakkan Ustaz Amirul..dia gi kelas mengajar ke, gi ke Masjid ke..gi ke jamban kee..kalau tak sempat suruh la pemuda-pemuda kampung tengok kan dia.

Penduduk Kampung
- Yang naif percaya bulat-bulat cite ni. Ada yang kata ;
'jangan masuk campur..'
'Nasib baik kamu tak kawin ngan Ustaz Amirul tu'
'padan muka dia'
'tuihh'

Perogol sebenar
- Masih selamba je hidupnya. Tiap-tiap bulan ambik hasil kebun ladang Pak dia.

Ustaz Amirul
- Bangun Tahajjud mintak pertolongan dengan Allah s.w.t. Blah dari kampung? Tidak sama sekali..

No comments: