Saturday, December 25, 2010

Sukenyeeeee.......dieeee

ALHAMDULILLAH. Program Infaq Bundle menampakkan hasil dari segi sumbangan dan Jualan. Terima kasih kepada yang membantu. Semoga Allah s.w.t membalasnya.



Seminar Keusahawanan-
Alhamdulillah, berkat doa dan redha Allah s.w.t usaha yang dilakukan oleh Suhaini, Majdi, Asmiza, Ina, Rahman dan Saya membuahkan kejayaan. Walaupun persiapan masa yang pendek, bas Poli yg tak de pemandu, koorg kena g KL sebelum tu (tingal aku ngan Rahman terkontang kanting) tetapi peserta dapat memuatkan 91 orang pelajar PTSS dari pelbagai Jabatan (asalnya 80 org je) ke seminar terbabit.
Tahniah juga telah disampaikan oleh Pengarah dan Puan TPSA yang sudi hadir (bagi pekena susu kerbau) memeriahkan dan memberi sokongan kepada semua. Bak kata TPSA, bukan senang nak memuatkan satu bas untuk ke program sebegini...Tapi program ini memuatkan lebih 2 bas sehingga terpaksa membawa kenderaan pensyarah...
Nak tahu rahsianya..... rahsianya ialah "Kerjasama" dan "Doa" dan "Usaha" dan "Tawakkal" dan "Ikhlas"
Semoga Allah s.w.t memberkati usaha-usaha kita dan ganjaran Allah s.w.t itu Maha besar dari ganjaran apa yang ada seisi langit dan bumi.
(beg tu nak la jugak)

Ini gak pengorbanan.."Potong" jangan tak "Potong" Iklan baru YMAX


No comments: