Walaupun di Jabatan ada Isu yg ehem..ehemm..tapi aku masih kena menjalankan tanggunjawab yang telah diberi. Ialah jawatan memangku KP ni..bukannya jawatan free...elaun ada dapat kerja kena la buat (sungguhpun khabar2 angin ..elaun memangku tahun ni tak dapat dah..). Hari tu kaki aku berhajat la melihat kelas yang berjalan. Actually kelas tu bersebelahan dengan kelas aku. Tengok kerusi meja yang left?
Kalau ikut kat jadual ada pensyarah mengajar kat kelas ni. Bersangka baik (bona fide) aku rasa lecturer terbabit buat kelas kat Bilik Persembahan. Yes ..correct...Next lecturer aku rasa buat kat bilik micro...(Aku tak kuasa nak siasat)
Kekadang bukan kita berniat nak cari salah sesiapa. Pensyarah terbabit teknikallynya tak buat salah pun. Tetapi kekadang big boss bising...KP gak yg kena jawab.
Dari jadual di atas ko teka la kelas kat mana dan hari apa. Tapi isu sebenarnya kekadang kerusi meja seperti di bawah yg tak selesai-selesai..
Ini baru betul-betul observe. Ada 3 spesis borang nak tenyeh. Pemantauan Kurikulum, Pemantauan Penilaian, Pemantauan Akademik...semuanya lain-lain borang. Tu belum kalau ISO suruh mantau dan KJ kekadang suruh mantau. Dok sejam melangu kat belakang..kekadang terkenang diri sendiri..Samada diri boleh buat lebih baik atau rasa je /perasan je boleh buat lebih baik.
Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan je ni walaupun keje mcm nak mampuih menghidupkan koperasi ni. Sok-sok dah berjaya mesti ramai yang berebut nak jadi ALPK...percayalaaahhhhhh.....
Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk akhirat pulak..harap-harap diterima oleh Nya.
Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk anak-anak. Hari tu aku ambik la masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah anak aku. Bermula jam 3 perasmian. Jam 5 baru nak mula meeting. Akibat ucapan lama sesangat. Alamat aku tak la tunggu. Walaupun ada cabutan nombor bertuah..aku tak sanggup nak tunggu..walaupun aku rasa nombor aku ni nombor bertuah ni.
No comments:
Post a Comment