Hari ni second day aku menerjah bebudak PTSS yang menjalani praktikal di industri."Menerjah" mungkin bukan wording yang sesuai kot sebab
1. Bebudak ni bukannya artis
2. Aku phone dulu diorg
3. Aku bukan pengacara MELODI
Apa-apa pun kehadiran aku sering disalah ertikan. Ramai yang gabra atau bikin gabra.
Selalunya first aku buat ialah kenal dulu dengan penyelia diorg. Ucaplah terima kasih kerana mengambil pelajar kami dan mintak pandangan dia tentang pelajar. Mostly give good recomendation. Cuma 1 je yg kondem sikit budak poli..Mostly sebab Communication.(Suruh buat baru buat , tiada inisetif bertanya)
Lepas tu jumpa student....
Tut--tut SMS terima " Salam..En. nk tnye Koop nwh buka kol bpe?" Balas: Kul 9 pg sok cuba.
Aku beri penerangan bahawa kehadiran aku bukannya nak beri apa-apa markah. Sekadar nak tengok pelajar dan syarikat. Ok ke dak. Itu je..
Tut-Tut Sms terima" Salam..en, sya student sem last, nk ambik duit koperasi ptg ni bleh tak.." Balas: Boleh kot. kat Koop bawah...saya outstation
Lepas tu beri komen buku harian diorg yg mostly tulis ringkas bebenor. Takda gambarajah, carta alir.
Contoh:
Punch Card pukul 8pagi
Kemaskan meja
Terima panggilan talifon
Menguruskan tempahan bas
Kemaskan bilik
Balik pukul 5 ptg
Tut-Tut Sms terima" Salam..saya dah pulangkan beg CEDI. Ada kat puan aniza. Saya x sempat ambil duit koop. Nt saya kursus Taska blh x ambik? Balas: Boleh kot. kat Koop bawah...saya outstation
Lepas u explain tentang perkembangan Laporan LI. Bab-bab yg markah penting (seperti penerangan tentang apa yang dilakukan pelajar)30 Markah. Latar belakang syarikat 5 markah je.
Temuduga LI
Buku Laporan Harian LI
(waktu ini elok tunjukkan borang penilaian laporan LI)
Tut-Tut Sms terima" Salam..en Rashdan..sijil kursus keusahawanan dapat bila? saya hri ni last paper. Balas: Kami akan pos
Selalunya pertemuan dalam 20 minit je. Kang heboh lak hero2 yg kena tinggal dalam kete tu..
Tut-Tut Sms terima" Jikalau Anda boleh tahan Nikmat Koleksi Peribadiku Yang Hebat!Sila balas ya.Warning!Hanya utk umur 18 tahun keatas.. x Balas:
Tut-Tut Sms terima" Bagaimana dengan LO? x Balas: Aku call balik lepas buat beberapa panggilan kepada yang berkenaan
Tut-Tut Sms terima" Kami nk tnya ni..Insurans msuk yg en ckp 2 ja ka?...........................................................
X Balas : Sebab ari tu aku dah cakap..sapa tanya lepas kuliah terakhir ari tu aku tak ambik port.
P/s Markah kesian tak boleh .....buat muka kesian boleh
Nasib baik la Keje dalam Keje..
1 comment:
yang palingggggggg den suko dan takjub dan terkesima adalah TV tu..... waaaaaa manyak kletif maaaaaa..... hahahahahaha.... i like :)
Post a Comment