Monday, November 25, 2013

Trip To Hatyai and Songkhla

Lama tak menulis di Blog ini yang telah mencapai 17078 pageviews. Kalau la boleh jual barang tentu dah Breakeven

Sementara nak ke Putra Jaya bagi memohon kebenaran membuat kerja lapangan di politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia saya nukilan kan disini. Kedai Koperasi On Line di www.ptsscoop.com.my atau blogspot www.polycoop.blogspot.com

Percutian bersama keluarga ke Songkhla dan Hatyai, Thailand.
Taknikal part ialah buat Border pass RM10. Since dah lahir di Perak anak lahir di Perlis tiada masalah la nak buat border pass. Yang lahir di Sabah pun dah lebih 3 tahun menetap di Perlis. Tambaha pulak buat di Imigresen Kangar..Tak ramai orang.

Then sebab nak bawak masuk kereta maka kenala beli Insuran Siam. Dalam RM16 siap buat dekat Bukit Kayu Hitam (Kawasan Rehat)..


Penginapan- 3 hari 2 malam dengan 2 bilik-bila anak dah besar bro..(connecting room). Kami ambik hotel 3 bintang je tetapi tengah-tengah bandar HatYai. Grand Plaza Hotel ok la bagi org yg tak cerewet mcm aku ni. Bilik agak besar dan harga berpatutan...(bagi mereka yg berpendapatan sederhana..bukan yang menabung sejak kecik he..he..)


Alatan:


Dari 4 benda di atas (gambar). Satu benda habis bateri sebelum balik..nak charge pulak satu benda tu lak tertinggal..apakah benda itu?Pikirlah sendiri.(terima kasih kpd penaja GPS En Majdi-wpun ada kala ia sewel..2008 last update). Terutama bila konvoi 2 biji kete. DM59

First Day:Songkhla Aquarium. Since sampai2 hujan maka lawatan ke zoo ditunda ke keesokan hari. bayarannya agak mahal Dewasa 400baht seorang. Tapi alang-alang dah sampai.



Second Day: Songkhla Zoo - well not bad. Bayaran tak mahal..ingat2 lupa berapa..Tapi bendahari merangkap Isteri kata macam tu.





 Makan: Memang tak la murah banding ngan makan di Perlis. Habib Restauran ngan Restoran Kelantan di Hatyai kira tak la memukau sangat. (makan aku cerewet sedikit yg kedua..cerewet yang pertama ialah dot..dot..) Tapi makan di Danok itu yang paling ok.


 Third Day: Cable Car dan Ice Doom..no komen sebab TUTUP..ha..ha..
Shopping: Tak la mana murahnya..Kena tawar gila-gila. Sebab aku mencari benda yg unik..yg ada ditempat itu dan takda bole dicari di Pasar Nat Pauh aje.


Cite TV Siam: Kat hotel ada 53 channel. TV3 Malaysia pun ada. Tapi ini yg aku tengok..Bagi generasi sebaya aku tentu ingat pelakon dan cerita ini. Che teke?


Ini yang aku cerewet no 1:Kebanyakkan mangkuk tandas diorg macam ni.Tapi bersih


Aku sajikan Harimau Putih beraksi. Tak la mandom mcm kat Zoo Taiping dan Zoo Ayer Keroh.

video

No comments: