Thursday, February 16, 2012

Behaviour on electronic word of mouth

Dalam ilmu penyelidikkan ada 2 bentuk penyelidikkan yang boleh dilakukan, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif selalunya melibatkan penggunaan statistikal dan soal selidik manakala kaedah kualitatif selalunya melibatkan temuduga. Bagi mendapatkan data, kedua- dua kaedah ini dilaksanakan mengikut objektif dan metodologi kajian masing-masing.

EWOM adalah merupakan satu elemen dalam FB yang memberikan kemudahan kepada sipengguna bagi memberikan komen, idea, cadangan dan sebagainya bagi 'post' yang dihantar oleh diri sendiri atau orang lain. Komen-komen tersebut mungkin berkenaan isu, produk, suasana, aktiviti dan sebagainya. Menjadi isu sekarang ini ialah bagi mana EWOM ni mempengaruhi sikap masyarakat IT dalam memberikan pendapat akan sesuatu isu. Kita dapat melihat komen- komen yang dihantar samaada negatif atau positif dan dapat melihat keberanian masyarakat menghantar komen negatif berbanding dengan member komen tersebut secara traditional ( di tempat awam ,peti cadangan dan sebagainya). Ini bertepatan dengan hasil kajian Moderic (2009) yg menyatakan luahan sikap di media IT lebih mempengaruhi dari luahan sikap melalui pengucan awam. Kemunculan medium seperti FB telah merubah landskap komunikasi antara manusia. Kajian mendapat sejumlah 5 hingga 6 jam masyarakat dunia menghabiskan masa dengan rangkaian sosial ini dan negara Asia adalah negara tertinggi menggunakanya.(.........)

Kajian ini ingin melapurkan bagaimana kaedah kualitatif ini digunapakai dalam melihat reaksi masyarakat terhadap sesuatu isu vendalisma yang ditonjolkan. Dua post dihantar ke FB menyatakan bahawa telah berlakunya vendalisma di sebuah cyber cafe ( gambarCCA) 13 Februari dan di kawasan jalan raya (gambarCCB) 18 Januari disebuah IPT. Manakala satu post dihantar menunjukkan keadaan peti talifon dalam keadaan yang baik ( gambar TEL 1) 18 januari. Kajian ini ingin melihat reaksi masyarakat pelajar terbabit dalam memberikan komen kenapa vendalisma berlaku terhadap post terbabit (EWOM). Iaitu sejauhmana keberanian mereka dalam memberikan komen, adakah komen tersebut berunsur positif atau negatif. Bagaimana mereka menilai isu sebenar, bagaimana sikap mereka terhadap isu terbabit.

CCA 11 like 51 komen pada 16 februari 2012


CCB 4 like pada 16 februari 2012
Tiada sebarang komen diterima dari tarikh post dihantar.

TEL 1 40 like 21 komen pada 16 februari
Repond pertama yang diterima ialah pada 18 januari yang menyatakan kerinduan dan sebagai tempat mencuci mata. Pengkaji telah meminta di muat naik gambar terkini keadaan telefon terbabit dan pada 26 Januari, ..... telah memuat naik gambar terkini. Pada 22 januari ada komen yang menyentuh vandalisma telah berlaku disini. Post yang sebelum itu hanya banyak menyatakan kerinduan dan nostalgia tempat terbabit bagi pelajar. Tiada sebarang komen selepas itu.

No comments: