Wednesday, March 17, 2010

Cuti di KL

Kos cuti-cuti Malaysia seminggu di KL
Corus Hotel Jalan Ampang.
Hotel 2 malam RM4++. Servis kat sini OK..lokasi Strategik dgn Harga yg standard. Spoilnya aku tak bawak Kad Kerja..Kalau dak boleh mintak gov. rate. Yg bestnya internet 1 hari free.(Actually 2 hari aku bedal free). Restoran Pelita just in front of the hotel. Menara Petronas dan Ampang Point just walking distance. ok nak berjalan melainkan kalau terpaksa kena dukung anak umur 3 tahun...macam aku.
Bring along CD GOGO, Notebook, PS2 buat hiburan dalam bili. Jgn sampai bawak set karoke dah..

Room servis aku saja mintak brakefast in room menu. Walaupun harga masyaAllah..RM60 utk 2 nasik goreng special..(ada satay+Keropok+telur dadar). Nak turun kat Mac D...malas lak nak gi jalan kat Ampang Point. Tapi taste not bad.
Lunch 1 st day at Pizza Hut Suria KLCC RM70++. Tengah sedap mentekedarah..diorg nak melepas lak. Kat Pizza Hut ni tak de tandas so kena pakai tandas Suria KLCC..Ko tau jelah dengan ramai org melepasnya dan susah nak basuh "ANU". Aku pesan kat Mat Bangla yg jaga kaunter Pizza tu..."I'll be back don't clear up the table" Paham kot dia tu.


Muka mencuka sebab aku tak beri mandi. Nanti mandi je kat kolam hotel


In front of Menara Petronas.Si kecik dah mula start mintak didukung.....Nak gi Petrosains..nak naik lif pun berbaris..Malas la aku.
Aqua - tiket ya rabbiii...

Balik Hotel..Amannnnnnn...................


3 rd day Lodging di Sungai Buluh. FOC he..he..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saje je masuk gambar ni.


Waktu pi perasmian Malaysia Inovatif

Monday, March 15, 2010

Aktiviti Pemantauan dan Gossip dan Skandal

Walaupun di Jabatan ada Isu yg ehem..ehemm..tapi aku masih kena menjalankan tanggunjawab yang telah diberi. Ialah jawatan memangku KP ni..bukannya jawatan free...elaun ada dapat kerja kena la buat (sungguhpun khabar2 angin ..elaun memangku tahun ni tak dapat dah..). Hari tu kaki aku berhajat la melihat kelas yang berjalan. Actually kelas tu bersebelahan dengan kelas aku. Tengok kerusi meja yang left?
Kalau ikut kat jadual ada pensyarah mengajar kat kelas ni. Bersangka baik (bona fide) aku rasa lecturer terbabit buat kelas kat Bilik Persembahan. Yes ..correct...Next lecturer aku rasa buat kat bilik micro...(Aku tak kuasa nak siasat)
Kekadang bukan kita berniat nak cari salah sesiapa. Pensyarah terbabit teknikallynya tak buat salah pun. Tetapi kekadang big boss bising...KP gak yg kena jawab.


Dari jadual di atas ko teka la kelas kat mana dan hari apa. Tapi isu sebenarnya kekadang kerusi meja seperti di bawah yg tak selesai-selesai..

Ini baru betul-betul observe. Ada 3 spesis borang nak tenyeh. Pemantauan Kurikulum, Pemantauan Penilaian, Pemantauan Akademik...semuanya lain-lain borang. Tu belum kalau ISO suruh mantau dan KJ kekadang suruh mantau. Dok sejam melangu kat belakang..kekadang terkenang diri sendiri..Samada diri boleh buat lebih baik atau rasa je /perasan je boleh buat lebih baik.

Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan je ni walaupun keje mcm nak mampuih menghidupkan koperasi ni. Sok-sok dah berjaya mesti ramai yang berebut nak jadi ALPK...percayalaaahhhhhh.....
Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk akhirat pulak..harap-harap diterima oleh Nya.

Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk anak-anak. Hari tu aku ambik la masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah anak aku. Bermula jam 3 perasmian. Jam 5 baru nak mula meeting. Akibat ucapan lama sesangat. Alamat aku tak la tunggu. Walaupun ada cabutan nombor bertuah..aku tak sanggup nak tunggu..walaupun aku rasa nombor aku ni nombor bertuah ni.