Friday, September 25, 2009

Hari raya raya ke 6

Raye ke 6, teman masih kat kuale. Ari ni berpeluang merayo-rayo sakan kat kuale. Trafik still jem teruk especially kat rondabout jam besor. Ape ke heinye...Pak pacak pun tak de duty nak jage aliran trafik..almaklumlah teman ni bukan biase dgn jem ni..org keroje kat Perlih le katakan..Aje nye yei.. merayor-rayor ni terjumpe la pulok cawangen Kolej Komuniti Kuala Kangsar. (Nama Khas..tak boleh diubah2..kata Cikgu BM Sekolah Clifford Cikgu Hafizah). Gamaknye sapelah care taker die ni..mau cari-carikan cable kalau nak mindah nanti..EEee..suke nye temann..mintak2 le Kem Sumber Manusia tak hingin nak ngambik kolej dari KPTM..ajenye yong..kalau Kolej Komuniti Sungei Siput..hishhh..Pn Maznah tu satu Poli dgn teman kat KK aritu..Cantik dah cablenye..Balik PUO? Idakle teman gemor sesangat poli yg ramei super2 senior ni..

Satu lagi menarik kat kuale ni, pasal Lakse..ade lakse Zimbo,Lakse Pak Ngah, Laksa kuale dgn cendoi. Tapi cendoi paling terangkat yg teman rase tak lain kat Joo Pulut Cendoi kat Hosba. Teman penah le bermotor dari UUM semata2 nak pekene cendoi kat situ...naik honda cup 70 milik Tuan Ibrahim Tuan Mat (la ni keroje kat UUM). Tapi apasei sekarang ni tah tak de bernafsu sangat makan2 ni. Kalau teman kire le jarak dari UUM ke Hosba ni..memang keje gile naik moto tengah2 hari. Mcm keje gila nak mentekedarah Ikan bakor kat Kuale Perlis..teman naik moto malam2 bute dgn Zamzuri, Zubair dsbnya dari UUM. UUiiii...(mucung kan bibir anda..sebab ni mad jaih munfasir..) Jauh ooii...
Sekarang ni haram tak kesior nye teman ke kuale perlis..wahei dekat ya amat.

Ni ape ke hei..nye kapeiterobang tepacak tengoh-tengoh pekan ni..yong oii..

p/s Jenuh yong oii..teman nak menaip bahase kuale+parit ni.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Aktiviti raye zaman sekarang:


Lepas tu;Beli ape?;


Raya kat kedei cine..................1 Malaysia

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya IdilFitri

Hari Sabtu..selepas subuh aku dan keluarga bertolak ke kampung. Dah separa jalan aku berpatah balik sebab rasa-rasa mcm tak tutup kipas..nampaknya telahan aku betul..memang tak tutup.tengoklah saujana mata memandang d jalan highway..................... tapi org lorong kanan sana nu..hu..hu...dah jem terok dah...tu yg best duduk kat utaro ni noo..

Baca doa then press je kete lari 110km sejam..no hal...First day Raya- baju tak sedondon langsung...Oren de,biru de,ijau ade.kuning coklat de..tak pakai baju melayu pun ade..
he..he...strategi tu..nak mintak duit raya lebih...

Rumah2 wajib mesti kena pi..mostly Pak2 / Mak2 Sedara
1.Pak Yob
2.Mak Wan
3. Arwah Pak Usop
4. Arwah Ayah Din
5. Wah Chepor
sebelah Apak...

1. Wah Gopeng
2.Wanchu Ani
3. Pakcik Aziz
sebelah Mak..

SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, September 16, 2009

Program Infaq Ramadhan




Rasa macam wakil Rakyat pulok. Rakyat Didahulukan,Prestasi diutamakan.

Tuesday, September 15, 2009

10 terakhir ramadhan

Masih kuat diorg ni..walaupun 4 hari je tak larat posa.


Sahur hari ke 25 Ramadhan Nasik, Lauk Ayam ..(mcm paknya gak) dan calsium
+++++++++++++++++++++
Moody...
Masuk kelas BK 2.9 lantai macam ni, gi kelas 2.10 pun lagi terok. Cuma yang 1.9 dia ada bau-bau taik kucing. Ceh..tak guna la duit ratus ribu kalau benda mcm ni tak boleh settle2 gak.
Dah lama dahhh......

Sunday, September 13, 2009

Persiapan hari nraya

Salah satu ujian yang Allah s.w.t berikan kepada umatnya ialah ujian "Anak". Dalam cabaran sekarang dan masa hadapan..tak tahulah untung nasib anak-anak kita nanti. Cukupkah bekalan yang kita berikan kepada anak-anak kita.?Apakah bekalan yang kita sediakan untuk anak-anak kita?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mendengar taklimat akademik oleh Pengarah Pembangunan Akademik SPP JPPKK Tn. Hj. Zulkifli bin Md. Salleh. Tak de mood nak komen. Sapa yang hadir nak komen pe-pe?Silakan..

Saturday, September 5, 2009

Indahnya zaman anak-anak


Aktiviti anak-anak aku lepas sahur,mandi,sembahyang subuh. Sambung..meroloh..
Tak de benda nak dirisaukan.

++++++++++++++++++++++++++++++++
Menghadiri Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Aqidah

Buat persiapan awal sebelum subuh dengan pelajar2 KDI SPI..alhamdulillah berjaya dilaksanakan.

View dari tempat aku duduk..MC tengah buat pembukaan..View dari tempat aku duduk,TP berucap rasmi. Setahu aku teks ucapan yg Ustaz Razak karang cuma muqadimah dan penutup je boss baca. Isi.., semua dia goreng sendiri.

Gambar aku sendiri berucap?Tarak...nak kena tanya bebudak SPI ade ke sesapa tangkap gambar aku ni...
Waktu forum: waktu ni tahap ke"mengantuk"kan aku amat tinggi..Tau-tau habis je forum ni..mau nya tidak..aku tidoq kul 12.30 pagi..kul 4.30 dah jaga sampai la....Baik khador tidoq balik ni..