Saturday, December 25, 2010

Sukenyeeeee.......dieeee

ALHAMDULILLAH. Program Infaq Bundle menampakkan hasil dari segi sumbangan dan Jualan. Terima kasih kepada yang membantu. Semoga Allah s.w.t membalasnya.



Seminar Keusahawanan-
Alhamdulillah, berkat doa dan redha Allah s.w.t usaha yang dilakukan oleh Suhaini, Majdi, Asmiza, Ina, Rahman dan Saya membuahkan kejayaan. Walaupun persiapan masa yang pendek, bas Poli yg tak de pemandu, koorg kena g KL sebelum tu (tingal aku ngan Rahman terkontang kanting) tetapi peserta dapat memuatkan 91 orang pelajar PTSS dari pelbagai Jabatan (asalnya 80 org je) ke seminar terbabit.
Tahniah juga telah disampaikan oleh Pengarah dan Puan TPSA yang sudi hadir (bagi pekena susu kerbau) memeriahkan dan memberi sokongan kepada semua. Bak kata TPSA, bukan senang nak memuatkan satu bas untuk ke program sebegini...Tapi program ini memuatkan lebih 2 bas sehingga terpaksa membawa kenderaan pensyarah...
Nak tahu rahsianya..... rahsianya ialah "Kerjasama" dan "Doa" dan "Usaha" dan "Tawakkal" dan "Ikhlas"
Semoga Allah s.w.t memberkati usaha-usaha kita dan ganjaran Allah s.w.t itu Maha besar dari ganjaran apa yang ada seisi langit dan bumi.
(beg tu nak la jugak)

Ini gak pengorbanan.."Potong" jangan tak "Potong" Iklan baru YMAX


Monday, December 6, 2010

Tak puass...tak puasss..

Jangan fokus kepada 3 dara pingitan dalam gambar tu. tetapi fokuskan kepada screen note book yg menunjukkan "web site not found". Ini berlaku tak kala mendaftarkan pelajar lama yang tak pasal-pasal kenai mai bekerja hari Ahad. Takpa demi "pelajar diutamakan". Sementara nak menunggu sistem ok...sempat la aku menjamah nasik sebekas(tiada dalam gambar). Jadi, ada sebahagian bekerja ada sebahagian tidak..sama la ngan sistem hawadingin pejabat waktu itu..ada yg On..ada yang keluar angin je..camno nak duduk kat opis? Apa-apa pun keje tetap keje...

- "Bundle@Pusat Islam"- singgit je..akan dimasukkan ke tabung Pusat Islam. Jadi dari koorg buang baju-baju tu..baik ko org anto kat Pusat Islam...Kalau koorg nak Infaq kete ke, rumah ke, kebun ke, kambing ke, ayam ke... kami alu-alukan...


Gambar Hiasan dari tingkat 16 Dynasty Hotel

Kekadang kita ni suka sembang Melangit. Mengkala ketinggian MENARA PETRONAS. Kita buat itu..kita buat ini. Kadang-kadang kita perlu "menunjuk" bukan "menunjuk-nunjuk"
Kita mennjukkan kita mengajar...wahhh...dasyat..
Kita menunjukkan kerja menanda kita buat...wahhh dasyat...
Tapi.... belajarlah kita untuk merendah kan diri kita..


Gambar Hiasan

Mugkin dah fitrah manusia...bukannya "tak cukup"...tapi "tak cukup-cukup". kalau orang nak beri..kita ambik...Kekadang sesuatu tu "easy come..easy go.."