Saturday, December 25, 2010

Sukenyeeeee.......dieeee

ALHAMDULILLAH. Program Infaq Bundle menampakkan hasil dari segi sumbangan dan Jualan. Terima kasih kepada yang membantu. Semoga Allah s.w.t membalasnya.



Seminar Keusahawanan-
Alhamdulillah, berkat doa dan redha Allah s.w.t usaha yang dilakukan oleh Suhaini, Majdi, Asmiza, Ina, Rahman dan Saya membuahkan kejayaan. Walaupun persiapan masa yang pendek, bas Poli yg tak de pemandu, koorg kena g KL sebelum tu (tingal aku ngan Rahman terkontang kanting) tetapi peserta dapat memuatkan 91 orang pelajar PTSS dari pelbagai Jabatan (asalnya 80 org je) ke seminar terbabit.
Tahniah juga telah disampaikan oleh Pengarah dan Puan TPSA yang sudi hadir (bagi pekena susu kerbau) memeriahkan dan memberi sokongan kepada semua. Bak kata TPSA, bukan senang nak memuatkan satu bas untuk ke program sebegini...Tapi program ini memuatkan lebih 2 bas sehingga terpaksa membawa kenderaan pensyarah...
Nak tahu rahsianya..... rahsianya ialah "Kerjasama" dan "Doa" dan "Usaha" dan "Tawakkal" dan "Ikhlas"
Semoga Allah s.w.t memberkati usaha-usaha kita dan ganjaran Allah s.w.t itu Maha besar dari ganjaran apa yang ada seisi langit dan bumi.
(beg tu nak la jugak)

Ini gak pengorbanan.."Potong" jangan tak "Potong" Iklan baru YMAX


Monday, December 6, 2010

Tak puass...tak puasss..

Jangan fokus kepada 3 dara pingitan dalam gambar tu. tetapi fokuskan kepada screen note book yg menunjukkan "web site not found". Ini berlaku tak kala mendaftarkan pelajar lama yang tak pasal-pasal kenai mai bekerja hari Ahad. Takpa demi "pelajar diutamakan". Sementara nak menunggu sistem ok...sempat la aku menjamah nasik sebekas(tiada dalam gambar). Jadi, ada sebahagian bekerja ada sebahagian tidak..sama la ngan sistem hawadingin pejabat waktu itu..ada yg On..ada yang keluar angin je..camno nak duduk kat opis? Apa-apa pun keje tetap keje...

- "Bundle@Pusat Islam"- singgit je..akan dimasukkan ke tabung Pusat Islam. Jadi dari koorg buang baju-baju tu..baik ko org anto kat Pusat Islam...Kalau koorg nak Infaq kete ke, rumah ke, kebun ke, kambing ke, ayam ke... kami alu-alukan...


Gambar Hiasan dari tingkat 16 Dynasty Hotel

Kekadang kita ni suka sembang Melangit. Mengkala ketinggian MENARA PETRONAS. Kita buat itu..kita buat ini. Kadang-kadang kita perlu "menunjuk" bukan "menunjuk-nunjuk"
Kita mennjukkan kita mengajar...wahhh...dasyat..
Kita menunjukkan kerja menanda kita buat...wahhh dasyat...
Tapi.... belajarlah kita untuk merendah kan diri kita..


Gambar Hiasan

Mugkin dah fitrah manusia...bukannya "tak cukup"...tapi "tak cukup-cukup". kalau orang nak beri..kita ambik...Kekadang sesuatu tu "easy come..easy go.."

Friday, October 29, 2010

This week punya keje



Dalam kesibukkan staf JPG memasukkan dan menyiapkan markah PB, we all sempat gak diberikan kursus mengenai penggunaan CIDOS. Dalam kegawatan kelajuan internet yg di gembar gemburkan kepada kelajuan 10 Mbps, beberapa objektif telah tercapai
a. Dah tau log in dia kat mane
b. Dah tau tekan button LMS PTSS>Commerce Dept>Pilih Course masing-masing
c. Dah tahu tekan "TURN EDITING ON"
ada yg berjaya tukar label je
ada yang berjaya buat tugasan
ada yang berjaya upload nota
ada yang berjaya buat kuiz

ada yang ....... koorg faham2 jelah..
Sebarang pertanyaan sentiasa di layan ok?


ini timbunan tugasan pelajar-pelajar aku.
a. Hiasan tak penting bro
b. Tak cukup masa....dari awal sem saya dah beri tugasan. ialah ujung minggu nak balik kampung, waktu lain nak tidor, basuh kain, internet dsbnya mana nak cukup masa.
a. kaitkan kesibukkan dengan nak buat kerja tugasan bagi kursus lain. Not good excuse maa..


a. Cemas nak present?

+++++++++++++++
This sem gak Aku dan Anas berjaya membawa Geng bas Sekolah PPM5A melawat ke KL. Tak kira la apa org kata atau cerita atau menambah-nambah cerita...yang pasti ada la "kolabirasi" dengan syarikat luar..nanti ada sapa nak tumpang nama ke. Jangan sembang je bro..sebab sejarah anda menceritakan segala-galanya dan dunia IT la ni senang je nak tau...

Friday, October 1, 2010

Kadangkala bertahun-tahun kita menunggu

Sesi Julai 2007 Pra Graduan
Sesi Jan 2008 Pra Graduan
Sesi Julai 2008 Pra GraduanSesi Jan 2009 Pra Graduan

?

(tak buat kot)

Sesi Julai 2009 Pra Graduan
Sesi Jan 2010 Pra Graduan

Tadi petang, jabatan aku buat meeting sempena persiapan Minggu Jabatan Perdagangan. kalau dulu aku jadi ketua program, tapi la ni dah diserahkan kepada orang lain. lain kepimpinan maka lainlah caranya. Mcm juga Ketua Pengarah Sektor Politeknik KPTM yang baru, maka lainlah caranya.
++++++++++++++++++++++++++++
Kertas Kerje..kertas bekerjee..?




Gambar ni dirakam pada 2009 bulan 6.Iaitu sewaktu aku buat kertas cadangan membina Ruang Rehat pelajar, stor Jabatan dan pembaikan penutup longkang. 30 September tahun ini, keje-keje pembinaan sedang dilaksanakan.


Ini lagi lah lama, seingat aku tahun 2006 aku buat kertas kerja pemasangan bumbung dan laluan muslimat. Siap buat super impose lagi. On Okt 2010 baru berjalan.
Gambar bawah: La ni dah ada pantry kat sini (Bilik pensyarah)
Gambar bawah: La ni dah ada susur gajah berbumbung paper work bulan Ogos 2008

Kesimpulannya...banyak bersabar. InsyaAllah kalau ada..adalah ia walaupun bukan lagi Ketua Program,Pengerusi Pusat Islam, Penyelaras Pembangunan Jabatan dan mungkin dah berpindah dari Poli.

Moral " For ex student PTSS yg dah lama Grad..U will find out that student la ni lebih selesa dari U all dulu. tapi still mcm U all gak..."Kuat Mengomen..".

Moral " For rakan-rakan sekerja org2 muda...apa-apa pun buat je dulu..ada duit, ada nasib diorg akan buat.."

Thursday, September 30, 2010

Sempena Audit ISO:Ganti ngan Tak ganti..which one ISO?

Mintak pandangan DH-DH sekelian
A.






B.Adakah kuliah perlu diganti?

Sekali ngan jamuan raya...dan Perpisahan Dato KP
C. Adakah kuliah perlu di ganti?

D.Adakah kuliah perlu diganti?
Bolehkah diganti begini?
Minta pandangan tuan puan.....

p/s
Kalau Mesyuarat di luar?
Adakah kuliah perlu diganti?

kalau Mesyuarat di dalam (Mesyuarat Jab ke..,Pengurusan ke..,ISO ke..,Audit ke..,MSK ke..?
Adakah kuliah perlu diganti?

Thursday, September 16, 2010

Merayo dari masjid ke masjid dari kedei ke kedei BHG 2

HARI NAK BERTOLAK, HUJAN DI AWAL PAGI..HUJAN RAHMAT MEMBERSIHKAN DAN MENYEGARKAN MUKA BUMI INI. SO SINCE PARKING KETE KAT RUMAH JIRAN DEPAN RUMAH, MAKA PAYAH LA TEMAN NAK LOADING EMBARK. SO..TUNGGU JELA..UJAN SEROYAT.

HEE..HEE...TRAFFIC START Q DI PENDAKIAN BUKIT BERAPIT ARAH SELATAN..HUJAN MASIH RENYAI-RENYAI. KESIAAANNN..ORG LINE SEBELAH...TU YG AKU MALEH NAK KEROJE BELAH SELATAN TU.
AMARAN!!!"DON'T SNAP PICTURE WHILE DRIVING.."BAHAYEE..

EXIT SUNGAI PETANI..CADANG NAK MAKAN RADIX PIZZA..TAPI SADLY "TUTOP"SO AKU SINGGAH KAT MASJID MUSTAQQIN SUNGAI PETANI. INI KALI KE DUA AKU SINGGAH DI SINI. MASJID YG BAGI AKU CUKUP BERSIH TANDASNYA, DALAM MASJIDNYA DAN WAKAF BEREHATNYA, WALAUPUN BUKAN MASJID DALAM BANDAR ATAU MASJID BARU AND ADA AIRCOND GAK.
TAUFIQ "PEACE"

TAUFIQ "PEACE" LAGII


TAUFIQ "PEACE" LAGI DAN LAGI
MASJID KALAU BEGINI..BERBALOI LA NAK MENDERMA.


Tuesday, September 14, 2010

Merayo dari masjid ke masjid dari kedei ke kedei



Cuti raye ni teman merayo pekan kuale. Selalunya anak-anak teman mule le mintak beli itu ini. PS2 masih teman tak sior nak beli. Namun habis la jugak 10 ringgit sorang membeli jam Tangan (jam bergaye). Kuale still busy and jem semenjak 2/3 ari sebelum raye. Ramei ya amat manusie

Skype dengan Abang Ali di Keningau

Aktiviti Raye..tengok TV

Ini makam diraja Perak at night . Terang menerang rumah penghuninya hee...he..

Masjid Ubudiah at night. Teman sembahang Isyaq kat sini..full aircond same seperti teman pegi ke Masjid Bandar Kuale (Masjid Ridhwaniah) ade aircond jugak. Kat Perlih masjid negeri pun tak de aircond..Ikut sunnah kot. Teman gi Surau Ehsaniah Bukit Mercu pun ade aircond. Surau sheikh...Namun Masjid Sultan Abdul Jalil Bendang Panjang tak de gak pasang aircond. Selalunya masjid/surau ni kite tengok je Lapuran Tahunan. Surau Ehsaniah pada 2009 Pendapatan tabung surau sahaje dekat RM20k so no hal la nak pasang aircond. Namun kekadang AJK masjid/surau bangga kalau dapat menyimpan banyak duit kat bank ade. Padahal org infaq ke tabung masjid/surau suruh belanje sheikh, bukan suruh simpan kat bank. Sebab tu lebih baik derme/hanto je peralatan yang masjid nak dari masuk duit kat tabung. Hampeihh je.. Sampei lampu padam, paip pecah pun nak gune peruntukkan kerajaan..Ape cerite...