Wednesday, April 30, 2008

Problem Solving-Trouble Shooting


Problem Solving - atau Trouble Shooting dalam Pengkomputeran. Bukan semuanya proses instalasi OS ok je 100% selepas komputer2 di assemble. Kalau berlaku dan boleh solve ..tu pengalaman yang baik. Bukan mcm paper perdagangan yg teori je yg banyak. Kalau takleh buat depan student kena balik study, tanya member, masuk blog tungu komen/post. Kalau boleh settle nanti "KEMBANG NYE IDUNG>>>"

Macammana nak solve masalah ni .

Screen ini keluar waktu nak Install OS Windows XP, sebelum screen format Hard Disk keluar.

1. Mr Panner kata Format dulu hard disk guna Windows 98. Mana nak cari OS Windows 98
2. Aku ganti hard disk lain - masalah masih berlaku.
3. Ganti Mother biard..malsnya nak bukak balik everything
4. Aku nak cuba suruh Nizah guna OS Ubuntu Open Source..kot2 ok..
5. Hantar kedai balik..keh..keh..keh..

Tuesday, April 29, 2008

Sunday, April 27, 2008

Streamyx


Dah Install siap dengan wireless router lagi. Install sendiri yek...jimat RUPI. Sesapa nak teringin nak pasangkan cal:019..... Kalau suruh ejen TM pasang mahu RM80 terbang. Kira harga adik abang RM50/-

Jualan CC KOOP


Ari ni aku naik tarafkan jualan kat CC dengan pakai Barcode ACE POS system- Ndak di ati tengok student boys yg pakai CC boleh lemah jantung tengok sales nya. Nak ku tutup tak sampai ati, So dgn ada nya sales runcit kat CC harap2 boleh cover cost, Air panas pun ade...

Kalau ikut pengalaman aku bukak membukak kedai ni, kenapa la... aku ni tak nak bukak je kedai sendiri. Dulu kat PKK urus Kedai Koperasi untung boleh cecah RM90K. Untung koperasi, bukak hak sorang2 tapi hak ahli2 kena la bedak2 kan.Yang keje teruknya 2/3 org je cth Kak Fazidah, En Charim..Pak Ya..

Hish..pelik..pelik...Mungkin ade sebab musababnya. Antara yg pasti org tak leh nak kelentong kita pasal kedai dan CC.
Belum cukup Penuh lagi Rak ni..
++++++++++++++++++++++++++
Paper Work Minggu JPG boss dah lulus. Terpaksa reissue balik paper work tu sebab Madihah kata dah return, Rizal kata tak terima pun. Then kena issue lagi sekali. ..Nasib-nasib..Aktiviti dah jalan dah,,,Ayo... lupa nak panggil wakil kelas buat report post mortem. Sok kena buat la.

Friday, April 25, 2008

Pagi Sabtu

Awal pagi ada Program Kerohanian Jabatan-Qiamullail dan Kuliah Subuh.


Lepas tu mewakili KJ ke Perasmian Jom Singgah Hospitaliti. Solehin dan Hakim as usual participate event mewarna dan as usual tak menang...

Apa-apa ajelah


Hari Selasa ari tu Muhammad Hakim Bday (duduk paling kanan)
+++++++++++++++++++
Ini adalah thumb print sistem kehadiran keje kat PTSS. Mcm punch card le ni. Setiap 3/4 minggu jam dia ni mesti cepat 5-6 minit. Semalam tak pasal2 aku dikira lewat. %$##$#@. Sapa yang rasa..So..mai la lagi awal lagi 10 minit (jam tu dah cepat 5 minit)..endak je aku jawab.

"Kalau masuk waktu Zohor kul 1.20petang, dan Jam kat surau cepat lima minit..ko nak ke azan kul 1.15petang waktu sebenar?"


Tuesday, April 22, 2008

FUTSAL


Pagi sambung main futsal. Kira level kepala lutut dah macam nak lari socket je rasanya. kang aku keluar kang sape nak ganti yek?Game 2 yang hampir2 nak ke final, Usop ambik posisi tengah , Zaidi naik jadi stricker,aku last Man duduk kat belakang - actually posisi tu je yang aku boleh rehatkan kepala lutut aku n...Perubahan posisi ni kira punca kalah kot? Game 1 menang 2-1 , Game 2 memenangkan 3-2.Actually kalau draw game 2 ni dah boleh masuk final. Tapi apa lah naseeebbb...Lepas abis game..minum dgn team members. Sebijik2 salahkan Usop...Apalah nasib ko Usop..Takpa nanti kita buat liga FUTSAL JPG-kalau ada budget kerajinan.

Balik Opis mandi, lepas tu makan, lepas tu ambik Solehin kat sekolah. lepas tu balik rumah mandi lagi (tadi mandi koboi) , lepas tu lena sat.

Ptg ade penutup, teks ucapan penutup "belasah" je macam perasmian ari tu. Species aku ni pun bukan boleh diberi microphone...tak reti nak berenti. Aku rasa ucapan aku pun dah melangkau panjangnya dari ucapan KJ aku sendiri. Buat simple je..buat pe nak nyusahkan badan. Kang yang kendara semua balik dah..

OK le kot Minggu JPG..dah kali ke 7 , program pun sama je..student je yg mungkin berbeza. harap2 student JPG dapatle mengaplikasikan teori2 yg dibelajar didalam kelas. Nak kena sub next sem kat org lain yang gi "outing" waktu2 gini..Sapa orgnya??

baguih la jugak kalau pelajar dah boleh handlling program ni..Lepas ni handle program makan2 no..saya nak bawak perut je..nak makan....

p/s: first day try streamyx kat rumah...

Monday, April 21, 2008

Minggu JPG

Mengelolakan Minggu Jabatan Perdagangan...

Joint Badminton - kalah awal da...
but FUTSAL masuk SEMI dah ni...ya kita pass je bola kat Zaidi Hero kita..yeee ha...



Majlis Perasmian- buat OUTDOOR belum pernah dibuat orang. Sok2 MBJ pun buat macam ni. Suruh KJ pegang sepanduk jabatan..baru tau sapa dalam jabatan yang tak mai...Tak beri komitment langsung. Kalau ada orang kritik ..jawab je JPM pun buat macam ni..awat PutraJaya tak de dewan ke...jauh lebih canggih dari DKU tu....



Tuesday, April 15, 2008

9 "Dulang Hantaran"

SELEPAS





SEBELUM




Tengok dan bandingkan condition PC di Makmal BUSHA. Baru je tadi menghantarkan 9 "dulang hantaran" ke Pusat Komputer.

Sebut pasal buat report kerosakkan, selalu je kita perlu buat "report bertulis" dah buat report satu lps tu suruh potostat satu utk simpanan jabatan. Report komputer rosak, 2 salinan utk 1 pc. Report kerosakkan di Unit Pembangunan 3 salinan. Tambah 1 KJ mintak fotostatkan nak

A. Samaada nak jadikan bukti yang kita dah buat report

B. Samaada nak menyenangkan org yang ambil alih tugas nanti.Jika berlaku serah tugas

C. Samaada nak berburuk sangka - nak salahkan org tertentu yang tak buat keje walaupun dah report.

Pilih mana satu jawapan anda.

Dah masing2 tak percaya antara satu sama lain.......


Sebab tu aku suka buat kat whiteboard ni, senang nak tengok dan rakan2 pun senang nak refer mana PC yang boleh pelajar duduk.

A. Kalau bubuh dalam fail, ade ke masa nak turun kat opis nak selak fail nak tahu PC mana boleh pakai / tidak.

B. Kalau kita buat salinan potostat sebelum dihantar ke Unit lain...releven ke?Nanti dia kata report tu tak hantar pun..sebab Unit dia tak sign apa2 pun. Betul jugak?
C. Kalau Pelanggan buat aduan pelanggan..Ade tak kita suruh dia buat satu salinan fotostat sebelum dia masuk aduan tu kat peti aduan?

Dah masing2 tak percaya antara satu sama lain.......

Thursday, April 10, 2008

ACE POST

Semalam tak semene2 sebiji helikopter mendarat cemas kat Padang RAGBI (yang tak sesuai main ragbi) PTSS. Jakun jugak tengok heli ni...
+++++

Hari Jumaat antar Taufiq ke Nursery, Daddy and Mommy ade koje koperasi nak buat ye..

1. Buat Bar Code (GUNA PERISIAN BAR TENDER- LABEL PRINTING SOFTWARE ) utk barang koperasi yang tak de barcode

2. Install OS 2 PC CC yang rosak- satu tak berjaya2 lagi asik keluar screen biru hardware problem."A PROBLEM HAS BEEN DETECTED AND WINDOWS HAD BEEN SHUT DOWN.........." Dah ganti hard disk, rasanya motherboard problem kot. Call Nazid..dia tak angkat....dah naik angin aku tinggalkan je dulu..

3. Masukkan perkiraan sales CC dari july 2006 hingga sekarang.

+++

Ada student sem akhir SMD nak berenti. BERI NASIHAT..NASIHAT DAN NASIHAT...tinggal berapa minggu je lagi nak habis semester. Tak sayang ke...
++++++

Terima call ex student ada masalah PC. USB Pendrive tak detect. BERI NASIHAT..Lupa lak nak tanya dia keje apa..dan as usual nama dia pun aku lupa.

Wednesday, April 9, 2008

"PERABUT"????

Sim DH bila nak declare "perabut" CUTI ni. Ni cuti poli seminggu pun nak balik kg pun anak2 sekolah. Lepas antar anak sekolah, beli nasik lemak kat warung depan poli, mesti ada 2/3 muka2 staff poli yang senasib. Kalau beri cuti 30 ari ok gak kalau nak cuti2 Malaysia waktu time cuti sekolah. Betulla tak menyokong kempen "Keluarga Penyayang" BINGUNG BETUL.POLISI ni..aku ke sapa yek...
+++++++++++
So bagi mengelakkan kebosanan pagi ni aku ajar budak2 kedai Koperasi dalam 2 jam pasal Internet dan 1 jam ACE POS(ni nak ganti guna cash register machine). Lepas tu buat surat menyelesaikan masalah Parking Bumbung di Blok kuarters. Ada sesapa nak beli ke - takkan nak parking free je...Mungkin dok rasa -"tak sapa parking kat situ..aku parking la.." Alo..benda bukan free bro..tahu pulak nak letak FREE kat yg ada bumbung yek..
Lepas tu InstallPC dan mengemaskan alatan di Bilik Micro Teaching.
Belah petang keluar kangar beli kasut baru, ambik spek baru,GI TH tengok duit simpanan beribu2, (eee.....sukanya..bila nak naik Haji ni? :-), Bank in duit Koperasi, Beli Airport (RM80++) buat niaga air panas kat CC .
Sok pulak nak cuci CC bersih-bersih. bagi SEMARAKKAN KUASA NAGA>>>>..........

Sunday, April 6, 2008

Ribut Datang Lagi Kali ke 2

Ni yang berlaku semalam. Peringkatan kepada semua akan bala Allah atas dosa2 kita. bala Allah menimpa kepada semua tak kira mereka yg beriman atau tidak. Bagi yang beriman berilah peringatan kepada yang lain.

++++++++
TQ Poli sebab Nursery Nirwana dah dapat shower dan sinki baru
TQ Poli sebabkan upkan Bandwith Internet dengan pemasangan Parabola ni...
p/s : Dear Zul- nampaknya taip air ada yang pecah lagi yek. ?